Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar March 20, 2020 @ 11:33am

Selebriti antarabangsa kempen #SafeHandsChallenge untuk bendung penularan COVID-19

Penularan wabak COVID-19 yang kini disenaraikan pada tahap amat merbahaya oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menarik perhatian selebriti antarabangsa yang mengambil inisiatif mempromosikan kempen #SafeHandsChallenge.

Antaranya peragawati terkenal, Naomi Campbell; bintang tenis, Maria Sharapova dan pelakon Bollywood, Vatsal Sheth.

Begitupun, video yang mendapat ulang siar terbanyak tentunya sedutan daripada drama komedi bersiri terkenal, Friends. Dalam sedutan itu, Phoebe lakonan Lisa Kudrow memarahi Chandler (Matthew Perry) yang keluar dari tandas tanpa membasuh tangannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Phoebe is all of us right now ???????????? #friends #corona

A post shared by Friends Fans (@friendsbestscenes) on

Video Naomi Campbell yang terkenal dengan gelaran The Original  Supermodel, turut mempromosikan amalan sihat membasuh tangan dan  mendapat sambutan baik apabila ditonton lebih 500,000 warganet.

Dalam hantarannya di media sosial, Naomi berkata, video berkenaan bagi menyahut cabaran rakan baiknya Maria Sharapova yang mencalonkan beliau untuk menghasilkan video #SafeHandsChallenge.

Bagi hantaran itu, Naomi turut mencalonkan beberapa rakan supermodel antaranya Cindy Crawford dan Christy Turlinton, selain rakan selebriti seperti Puff Diddy, Lee Daniels, Chrissy Teigen, Gabrielle Union-Wade dan Trevor Noah.

Menerusi ciapan di Twitter, Maria turut menyatakan rasa kagum apabila melihat video Naomi yang dikatakan tetap kelihatan cantik walaupun tidak mengenakan solekan dalam video membasuh tangan itu.

Maria membuat hantaran #SafeHandsChallenge selepas dicabar oleh peragawati Ange Kagame yang juga anak Presiden Rwanda, Paul Kagame.

Anak kedua Kagame itu turut menghasilkan video #SafeHandsChallenge bagi menyahut kempen berkenaan.

Beliau yang kini berjinak-jinak dalam dunia peragaan mempunyai ramai rakan dalam industri peragaan.

Hantaran #SafeHandsChallenge Vatshal Sheth pula turut menunjukkan cara betul untuk membasuh tangan. Vatshal yang popular di India menerusi pelbagai filem dan drama lakonannya melakukan inisiatif berkenaan bagi menggalakkan peminatnya untuk kekal selamat dengan mengamalkan kebersihan diri.

India ketika ini mencatatkan hanya 156 kes jangkitan COVID-19 dengan tiga kematian, namun tanpa kesedaran awal, jumlah kes di India boleh meningkat jauh lebih tinggi berbanding kes di Eropah berikutan kepadatan penduduknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 7 Apr 2022
Featured Wed, 30 Oct 2019
Drama Fri, 28 Mar 2025

Umie Aida Tegas Jaga Batas, Amal Wuduk Sepanjang Penggambaran

Pelakon berbakat besar, Datin Seri Umie Aida, tegas dalam menjaga batas pergaulan di set penggambaran, terutama ketika berlakon dengan pelakon bukan mahram.

Events Tue, 25 Mar 2025

Blood Brothers Gegar Absolut Bazaar, Peminat Teruja Bertemu Barisan Pelakon Popular

Sharnaaz terharu melihat sokongan luar biasa peminat terhadap filem ini,

Featured Wed, 24 Dec 2025

Nadia Annuar Beri Nasihat Pilih Pasangan Berkemampuan, Tegur Lelaki ‘Kuat Mimpi’ Tapi Tak Ada Kerja Tetap

Kata Nadia, isu kewangan tidak wajar dipandang remeh, terutama apabila melibatkan lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap namun,  ghairah mengejar impian bergelar ‘bos’.

error: Content is protected !!