Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom March 22, 2020 @ 3:00pm

Rahsia cantik hujung rambut hingga hujung kaki wanita Latin, kini bukan rahsia lagi!

Sebut saja wanita Latin pasti terbayang rupa paras mereka yang cantik, potongan tubuh menggiurkan, kulit mulus dan rambut berombak persis patung Barbie. 

Seorang bintang Latin yang masih cun-melecun pada usia 50-an, siapa lagi kalau bukan Jennifer Lopez atau lebih dikenali dengan panggilan JLo.

Foto: Glamour

Sama seperti kita di Malaysia, wanita Latin juga mempunyai rahsia kecantikan dengan mengamalkan bahan semula jadi yang sudah diamalkan sejak zaman-berzaman.

Nak tahu apakah rahsia kejelitaan dari hujung rambut hingga hujung kaki wanita Latin, teruskan membaca artikel ini.

Lulur pasir – Brazil

Foro: Elsevier

Ritual kecantikan wanita Brazil sejak turun-temurun adalah mandi lumur pasir pantai. Butiran pasir dipercayai dapat menanggalkan sel kulit mati selain mengurangkan selulit. Minum air kelapa antara rutin kecantikan mereka.

Bawang putih – Republik Dominika

Menurut ahli kecantikan Shalini Vadhera yang juga penulis buku Pasport to Beauty, wanita  negara ini menggunakan bawang putih untuk memperkuatkan kuku mereka.

Caranya adalah dengan mencampurkan potongan bawang putih ke dalam botol cat kuku kemudian biarkan selama seminggu. Setelah itu baru dioleskan pada kuku. Rahsia  lainnya, selalu menyapu kulit kepala dengan minyak kelapa bagi mendapatkan rambut yang sihat dan lebat.

Anggur merah – Chile

Wanita Chile mengatakan kandungan antioksidan yang tinggi di dalam anggur merah menjadi rahsia kulit cerah berseri. Wanita negara itu biasanya membuat pupur wajah dengan menumbuk segenggam anggur merah lalu mencampurkannya dengan dua senduk tepung. Apabila sudah sebati, pupur itu disapukan pada wajah dan dibiarkan selama 10 minit sebelum dibilas.

Pupur strawberi, dadih dan madu – Columbia

Negara yang satu ini dikenali dengan populasi wanita yang memiliki kulit halus-mulus. Mudah saja rahsia mereka, amalkan pemakaian pupur diperbuat daripada dadih, strawberi dan madu kemudian sapukan pada wajah juga badan.

Cara menyediakannya sangat mudah, kisar kesemua bahan dan sapukan pada wajah termasuk anggota badan anda selama 20 minit kemudian bilas!

Minyak zaitun – Puerto Rico

Minyak zaitun adalah rahsia kecantikan rambut dan kuku perempuan Puerto Rico. Perawatan kecantikannya pun sangat mudah, cukup menggosokkan sedikit minyak zaitun pada kulit kepala dan kuku.   

Madu – Costa Rica

Wanita dari negara ini terkenal dengan identiti berambut lebat dan sihat. Nyata tidak sukar untuk mengamalkan petua turun-temurun mereka. Anda hanya perlu mencampurkan madu dalam botol perapi rambut anda. Mudahkan!

Mimosa Tenuiflora / Bunga semalu – Mexico

Menurut bintang Hollywood Salma Hayek, tumbuh- tumbuhan dinamakan Mimosa Tenuiflora (tanaman yang tumbuh di Mexico dan Brazil) adalah rahsia awet muda wanita Mexico.

Salma Hayek turut memaklumkan bahwa neneknya meninggal tanpa kedutan kerana menggunakan mimosa pada kulitnya.

Avokado – Venezuela

Foto: Pulse

Negara ini melahirkan ramai Ratu Dunia dan Ratu Universe. Apabila menyebut nama Venezuela bukan setakat golongan selebriti saja yang cantik. Gadis di jalanan pun lawa. Rahsia kecantikan wanita Venezuela, mereka rajin makan avokado. 

Buah yang banyak manfaat ini dipercayai dapat menyuburkan rambut, membuatkan kulit halus dan berseri termasuk memperoleh kuku yang kuat.

Nampaknya tidaklah sukar untuk kita mempraktikkan amalan kecantikan wanita Latin, kerana semua bahan digunakan sangat mudah didapati dan mungkin juga ada di dalam peti ais rumah anda.

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 Jul 2018

Anda Rasa Gemuk Itu Hodoh? Bagi Suku Kaum Mauritania Berbadan Gempal Paling Cun!

Jika anda menganggap rupa paras menawan, kulit yang bersih, bertubuh sasa, langsing dan tinggi lampai, itu sebagai cantik dan tampan, bagi suku kaum di sesetengah negara pula adalah sebaliknya

Oh Lawa Thu, 19 Apr 2018

Selepas Bulu Kening, Trend Seni Hidung Pula Viral Di Instagram, No. 4 Paling Unik

Macam dah tak ada tempat lain nak melukis. Muka pula dijadikan kanvas!

Oh Lawa Sun, 27 May 2018

Berikan Nafas Baru Kepada Baju Raya Lama Anda Supaya Nampak Baru

Jangan buang baju lama anda! Mereka boleh digunakan lagi jika anda tahu cara-cara untuk memperbaharuinya.

Oh Lawa Wed, 31 Jan 2018

Etika Fesyen Yang Perlu Anda Tahu

Pakaian mencerminkan diri seseorang. Secantik mana busana yang digayakan, namun jika tidak mengikut etika fesyen yang digariskan, ia pasti mencacatkan penampilan si pemakai.

Oh Lawa Tue, 19 Mar 2019

Cara mudah menjaga aksesori berbatu, anda hanya memerlukan pengilat kuku! 

Pengilat kuku lutsinar bertindak sebagai gam, beri impak berkilau!  

Featured Fri, 20 Mar 2020
Featured Thu, 17 May 2018

Tampil Sopan & Anggun Dengan Koleksi Eksklusif Ramadan Fazbulous by Fazura

Seindah pengertiannya, Jauharah menampilkan gaya sopan dan minimalis, sempurna untuk digayakan sepanjang bulan penuh keberkatan, Ramadan.

Gaya Hidup Wed, 15 May 2019

4 bahan dalam penjagaan wajah yang perlu anda elakkan! Ini sebabnya

Keempat-empatnya berpotensi merosakkan alam sekitar.

Oh Lawa Wed, 5 Dec 2018

Pewarna Kuku Mesra Wuduk, Sesuai Untuk Si Manis Bertudung Litup!

Wanita berhijab juga pastinya tidak mahu ketinggalan dalam trend kecantikan!

Featured Sun, 20 Oct 2019

Siti Khadijah lebar sayap buka butik gaya hidup

Sedia produk dari hujung rambut ke hujung kaki

error: Content is protected !!