Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom March 26, 2020 @ 12:00pm

Terliur tengok kek gula hangus Awal Ashaari, tapi macam mana nak buat?

Jika semalam Hijab & Heels berkongsi resipi kopi dalgona yang tular di tengah-tengah kekecohan wabak COVID-19, sehingga golongan selebriti seperti Scha Alyahya dan jurusolek terkenal, Syed Dewa tertarik mencubanya

Hari ini, kita ingin kongsikan satu lagi resipi yang turut diperkatakan ramai. Kek gula hangus atau sarang semut, satu-satunya kek ‘hangus’ yang enak di makan!

Kek gula hangus boleh diklasifikasikan sebagai kek buatan Malaysia. Kenapa tiba-tiba saja semua orang sibuk mencari resipi kek gula hangus ini? Ini semua penangan pelakon dan pengacara, Awal Ashaari.

Empat hari lalu, isterinya, Scha Alyahya membuat cabaran dengan mencabar Awal untuk menghasilkan kek gula hangus memandangkan kek yang dibuatnya dan seorang teman sebelum itu tidak begitu menjadi.

Foto: Instagram Awal Ashaari

Siapa sangka, kepakaran Awal di dapur dengan menggunakan tanda pagar #dapurdaddy telah berjaya menghasilkan kek gula hangus yang bukan saja tampak sempurna, malah menyelerakan!

Ekoran video yang dipaparkan Awal dan Scha itu, ramai yang mula tercari-cari resipi kek gula hangus.

Pada kesempatan ini, Hijab & Heels ingin berkongsi resipi kek yang hanya menggunakan bahan-bahan ringkas, namun sangat enak sebagai hidangan seisi keluarga.

Bahan-bahan

2 cawan gula pasir

2 cawan air panas (pastikan ia benar-benar panas)

3 sudu penuh mentega

Bahan untuk dicampurkan

7 biji telur gred A

2 cawan tepung gandum (diayak)

2 sudu teh soda bikarbonat (diayak)

1 sudu teh serbuk penaik (diayak)

1/2 cawan susu pekat manis/ susu cair

2 sudu teh esen vanilla

Cara membuat kek gula hangus

  1. Masak gula di atas api sederhana perlahan sehingga menjadi karamel.
  2. Bila sudah cair dan perang, masukkan air panas (hati-hati bila meletakkan air panas, ini kerana ia akan meletup-letup).
  3. Bila gula sudah larut, tutup api dan masukkan mentega, biarkan sejuk pada suhu bilik.
  4. Pukul telur selama 10 minit atau pukul hingga naik.
  5. Masukkan esen vanilla dan kacau, kemudian masukkan susu pekat/cair dan kacau lagi hingga sebati.
  6. Masukkan soda bikarbonat diikuti serbuk penaik. Kacau lagi hingga sebati.
  7. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, kacau sampai sebati (guna pengadun/mixer pun boleh).
  8. Akhir sekali masukkan air gula yang sudah disejukkan, kacau sehingga sebati dan pastikan tidak berketul (sebaik-baiknya gunakan pengadun).
  9. Sapu loyang dengan mentega dan lapik dengan kertas minyak. Langkah seterusnya tapis adunan ke dalam loyang, kemudian bakar kek di bahagian bawah sahaja selama 1 jam pada suhu 180 darjah Celsius.
  10. Alih Loyang tadi ke ke bahagian atas dan biar dibakar lagi antara 5 hingga 10 minit api pada suhu 180 darjah Celsius.

Alternatif lain jika tidak mempunyai ketuhar, anda boleh menggunakan kaedah mengukus menggunakan periuk nasi elektrik lebih kurang 1 jam.

Selamat membesarkan diri!

Video untuk membuat kek gula hangus turut disertakan di bawah ini

Sumber: YouTube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 3 Dec 2018
Featured Fri, 18 Jun 2021

Syafiq Kyle & Mimi Lana Kembali Bersama, Sedia Untuk Berumah Tangga

Pasangan serasi, Mimi Lana dan Syafiq Kyle kembali menjalinkan hubungan cinta setelah berpisah baru baru ini. Menurut Mimi lagi pelbagai perkara berlaku yang mengajar dirinya untuk menjadi lebih matang sepanjang enam tahun menjalinkan hubungan bersama […]

#tilljannah Sat, 7 Jan 2023

[VIDEO] Mengaku ‘Confess’ Dulu Dekat Syamel, Ramai Ingin Jadi Berani Macam Ernie Zakri

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di platform TikTok yang memaparkan penyanyi Ernie Zakri mengaku menjadi orang pertama meluahkan perasaan terhadap suaminya, Syamel. Menurut Ernie, dia menghubungi Syamel dan meluahkan perasaannya. Walaubagaimanapun, setelah meluahkan perasaan, Ernie […]

Events Fri, 28 Feb 2025

Raut Wajah Kelihatan Sugul, Ibu Allahyaham Zulfarhan Terkilan – “Kami Tahu Arwah Tak Salah”

“Jika mereka (tertuduh) datang minta maaf, saya sedia maafkan tapi…” – Ibu Zulfarhan

Featured Thu, 8 Aug 2019

Tengah cari kerja? Pastikan resume anda tiada bahagian yang tidak relevan ini

Pengurus pengambilan pekerja tiada masa nak tengok!

Featured Mon, 22 Jul 2024

Kongsi Wajah Anak Kedua, Uyaina Arshad Pilih Nama Raja Urayyan Bermaksud Penunjuk Arah Kiblat

Mashaa-Allah, Moga Raja Urayyan jadi anak yang soleh dan memberi manfaat buat semua❤️❤️❤️

Featured Mon, 10 Jan 2022

Saintis Namakan Pokok Spesis Baru Leonardo DiCaprio

Sekumpulan saintis antarabangsa di Royal Botanic Kew Gardens London dan Herbarium Kebangsaan Cameroon telah memberi penghormatan kepada pelakon Hollywood terkenal, Leonardo DiCaprio yang juga merupakan aktivis alam sekitar dengan menamakan spesis pokok tropika baharu dengan […]

Featured Fri, 13 Feb 2026

Gelar Bapa Tiri Puteri Balqis ‘Kurang Ajar’, Daler Yusuf Minta Maaf – “Saya DM Dia Tapi Tak Respons”

tujuan teguran itu dibuat hanyalah untuk mengingatkan golongan lelaki khususnya menjaga tutur kata terutamanya terhadap wanita.

error: Content is protected !!