Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Fadzlena Jafar March 31, 2020 @ 11:56am

Cara buat roti jala corak segi empat

Roti jala yang dianggap antara juadah istimewa masyarakat Malaysia enak dimakan sama ada dengan kari ayam ataupun serawa durian.

Begitupun, ada yang menggemari roti jala yang bertekstur lembut, tidak kurang juga yang lebih meminati tekstur sedikit garing. Oleh itu, resipi dan cara penyediaan memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur roti jala.

Bagaimanapun perkongsian pemilik akaun Facebook, Mariana Zainal baru-baru ini menjadi tular berikutan corak roti jala yang dihasilkan berbentuk segi empat.

Corak unik dihasilkan Mariana itu berbeza daripada roti jala yang lazimnya dikirai dalam bentuk bulatan tanpa aturan tertentu, justeru ramai warganet memuji kaedah yang dikongsi Mariana Zainal itu.

Perkongsiannya dalam kumpulan Masak Apa Hari Ini yang mempunyai lebih 1.4 juta ahli mendapat sambutan hangat apabila ramai warganet memuji roti jala yang dihasilkan tampak tersusun kemas.

Berikutan permintaan ramai, Mariana turut menghasilkan video cara mengirai  roti jala bagi membentuk corak segi empat itu.

Dalam video berdurasi hampir 23 minit itu, Mariana menunjukkan cara mudah bagi menghasilkan bentuk berkenaan yang hanya menggunakan botol tiga lubang.

Mariana turut berkongsi resipinya yang menggunakan susu cair bagi menjadikan rasa lebih berlemak.

Mariana berkata, resipi berkenaan tidak mudah basi meskipun menggunakan susu, malah boleh disediakan semalaman sekiranya hendak dinikmati pada awal pagi.

“Jika tempahan banyak dan pelanggan menempah untuk penghantaran pagi, anda boleh mula menghasilkan adunan seawal jam 10 malam dan terus dikirai.

“Pastikan roti jala yang sudah siap dimasak itu dibiarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas bertutup. Setakat ini tidak pernah basi apabila dinikmati keesokan hari,” katanya bagi menjawab soalan warganet dalam perkongsian berkenaan.

Beliau berkata, bagi resipi yang dikongsinya itu, lazimnya beliau mampu menghasilkan 85 gulung roti jala.

Berikut dikongsikan resipi roti jala Mariana Zainal.

Roti jalan segi empat Mariana Zainal. (Gambar daripada Facebook Mariana Zainal)

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum
2 biji telur gred A
1/2 tin susu cair (bersamaan 1 cawan)
150 ml minyak masak
1,500 ml air
Sedikit garam
Pewarna kuning telur

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan dan kisar sehingga sebati.
  2. Apabila adunan nampak sebati, anda boleh mula mengirai.
  3. Guna kuali tidak melekat (non stick frying pan), namun jika anda hanya mempunyai kuali leper yang sering digunakan bagi memasak daging burger, anda dinasihatkan supaya meletakkan sedikit minyak masak pada kiraian yang pertama

Kredit gambar utama: Facebook Mariana Zainal 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Mar 2025

Isu Rumah Tangga Bukan Marketing, Isteri Azlan Komen Mengaku Anak ‘Hilang’ Angkara Perbuatan Bakal Madu?

ilam juga berkongsi bahawa kekasih suaminya itu adalah wanita yang bertanggungjawab dalam isu sihir..

Featured Thu, 15 Aug 2024

“Bahagialah Di Syurga Firdausi”- Aufahanie Sifatkan Arwah Seorang Abang & Anak Yang Baik

Allahu, sebaknya bila kita kehilangan orang yang tersayang!

Featured Wed, 21 Aug 2024

Kongsi Rutin Harian Bersama Ibu Bapa, Shukri Yahaya Bikin Netizen Sebak! – “Comelnya! Bila Dengan Parents Auto Jadi Budak Kecil”

Alahai, comelnyaaaa! Moga ibu bapa kita semua happy dan dikurniakan kesihatan yang baik-baik❤️

Featured Tue, 29 May 2018

Kalau Tak Nak Boros Berbelanja, Ikuti 5 Tip Membeli-Belah Ini

Jangan nak syok sangat membeli-belah, takut pokai pula lepas raya!

Featured Sat, 17 Jan 2026

“Tak Perlu Luah Di Media Sosial Untuk Merendahkan Orang Lain” – Siti Nurhaliza Anggap Hantaran Threads Sekadar Berseloroh

Menurut Siti, komen itu dibuat sebagai respons kepada pertanyaan peminat dan sama sekali tidak mempunyai niat untuk mencetuskan sebarang salah faham.

Featured Fri, 27 Mar 2020
Featured Tue, 8 Nov 2022
Featured Sat, 12 Oct 2024
Featured Wed, 10 Sep 2025

“Moga Apa Yang Berlaku Di Indonesia Jadi Pengajaran Buat Semua” – Inul Daratista

Inul kembali dengan goyang gerudinya pada konsert Disember ini!

error: Content is protected !!