Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Shaidah Shafie April 1, 2020 @ 12:32pm

Resipi mudah terung panggang ala piza

Terung termasuk dalam kategori buah walaupun ramai menganggap ia adalah sayur kampung yang murah dan mudah didapati menyebabkan buah itu dinafikan keistimewaannya.

Kalau ada yang berminat untuk menggunakan terung dalam masakan mereka sekali pun, antara menu yang sering dimasak ialah sambal terung berlada, dibakar atau celur serta dijadikan bahan tambahan dalam gulai sahaja.

Meskipun ramai menganggap terung bersifat ‘sejuk’ dan ‘berangin,’ portal kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) ada menerangkan mengenai kebaikan terung ungu.

 

Terung panggang juga enak dimakan dengan nasi panas dan sambal. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Selain tinggi serat, terung juga berfungsi melancarkan proses perkumuhan dan mengelakkan sembelit bagi ibu dalam pantang.

Jika jarang menggunakan terung dalam masakan dan teringin mencuba keenakan dengan cara yang mudah dan cepat, Hijab & Heels kongsikan menu mudah menggunakan terung ini yang dimasak seperti piza.

Roti dihiasi terung panggang

Bahan untuk roti terung panggang. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Bahan-bahan:

1 biji terung sederhana besar, bersihkan dan hiris sederhana tebal.
1 sudu minyak zaitun
I ulas bawang putih dihancurkan
1 biji telur dijadikan telur hancur
4 keping roti
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar keju parmesan
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit mentega untuk disapu pada roti

Cara penyediaan:

1. Tumis bawang putih dengan minyak zaitun, masukkan telur dan kacau hancur. Tabur serbuk cili dan serbuk lada hitam. Apabila sudah masak, ketepikan.

2. Panggang terung di dalam kuali yang sama, balikkan kedua-dua bahagian sehingga bertukar warna perang. Apabila sudah masak, ketepikan.

3. Sapu mentega pada roti, panggang di atas kuali sama. Apabila roti sudah bertukar warna perang, letak terung dan sudukan telur hancur ke atasnya dan tabur keju parmesan. Untuk memberi nilai tambah, letakkan sos cili tau mayonais di atasnya.

Selamat mencuba resipi mudah berasaskan terung ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 Feb 2026

“Banyak Kebaikan Yang Dibuktikan, Akhlak, Jaga Anak & Maruah Diri” – PU Riz Titip Ucapan Sweet Sempena Birthday Neelofa

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz tidak pernah gagal menzahirkan penghargaan terhadap isterinya, Noor Neelofa

Featured Thu, 16 Apr 2026

Aliff Syukri Hulur Gaji Puluhan Ribu Buat Norish Karman & Anak-Anak – “Mereka Bukan Meminta-Minta Tetapi Bekerja”

Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi memberikan sumbangan berupa wang tunai dan gaji puluhan ribu ringgit kepada pelakon, Norish Karman dan anak-anaknya.

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Tue, 27 Aug 2024
Featured Wed, 2 Nov 2022

[VIDEO] Peminat Teruja Siti Nurhaliza Sakan Menari Tema Bollywood Dengan Datuk K… Sweetnya!

Amboiii sweetnyaa pasangan ni! Bersemut timeline min 🤩🤣

Featured Thu, 31 May 2018
Events Tue, 5 Apr 2022
error: Content is protected !!