Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie April 1, 2020 @ 5:28pm

4 panduan mudah elak bibir menggelupas, merekah

Cuaca panas biasanya akan menyebabkan tekak haus dan badan mengalami kekurangan air, namun bagi individu yang berkerja di dalam ruang yang sejuk dengan pendingin hawa, mereka mungkin kurang mengalami rasa haus atau dahaga.

Bagaimanapun, sama ada haus atau tidak, badan memerlukan air yang cukup agar keseluruhan organ di dalam tubuh dapat berfungsi dengan baik sekali gus mengelakkan kita jatuh sakit.

Bibir yang cantik adalah bibir yang sihat – gambar hiasan. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Mungkin ramai menyedari bibir mengelupas dan rasa tidak selesa dengan keadaan itu, secara tidak langsung tangan dibiarkan bebas menarik kuping akibat pengelupasan pada bibir.

Jangan amalkan tabiat menarik kulit kering yang terjadi pada bibir kerana tindakan itu akan memburukkan lagi keadaan.

Lebih membimbangkan apabila jari atau tangan mungkin ada bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan pada luka di bibir.

Badan mungkin kekurangan air apabila bibir sering berdarah dan merekah – gambar hiasan. Sumber: klikdokter.com

Hijab & Heels kongsikan empat panduan asas mengelakkan bibir kering dan menggelupas

1. Minum banyak air kosong

Air kosong adalah minuman terbaik untuk memastikan badan sentiasa dalam keadaan sihat. Apabila badan cukup air, kulit akan sentiasa lembap dan bibir tidak terkecuali menerima manfaat itu.

Selain itu, air kosong juga tidak mengandungi kolesterol mahupun lemak, jadi tidak perlu risau untuk minum dalam jumlah yang banyak setiap hari.

Gunakan salap bibir untuk melindungi bibir daripada kering dan menggelupas – gambar hiasan. Sumber: shopee.co.id

2. Gunakan salap bibir

Pastikan anda memilih salap bibir yang mengandungi bahan pelembap yang tinggi. Minyak jojoba misalnya baik untuk menangani bibir kering, oleh itu baca terlebih dahulu kandungan salap bibir yang ingin dibeli.

3. Pupur bibir untuk buang sel mati

Bibir juga mempunyai sel yang akan rosak jika tidak dijaga dengan baik. Sel mati pada bahagian kulit bibir boleh menyebabkan pelbagai masalah berlaku pada bibir.

Gunakan gula pasir dan sedikit madu untuk membuang sel mati pada bibir. Gosok perlahan, cuci bersih dan kemudian oleskan salap agar bibir terhindar daripada kekeringan.

4. Elak membasahkan bibir dengan lidah

Tindakan ini akan menyebabkan bibir lebih cepat kering. Selain itu air liur di dalam mulut juga mengandungi bakteria dan dikhuatiri bakteria berkenaan akan memberi tindak balas tidak baik jika terus berada pada bibir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 May 2018

Anda Tak Perlu Gigih Nak Bersihkan, Sekali Celup Boleh Tahan 20 Hari Dakwat PRU14

Jangan gigih sangat nak hilangkan dakwat di jari itu lepas mengundi, sebab ia akan tahan selama 20 hari!

Featured Thu, 26 May 2022
Featured Mon, 9 Feb 2026

Public Health Malaysia Tegas Ibu Tunggal Bukan Bahan Lawak

PHM menegaskan ibu tunggal bukan bahan jenaka apatah lagi jika ia menyentuh soal tubuh, maruah dan isu seksual.

Featured Tue, 22 Oct 2024
Cahaya Mata Thu, 29 Dec 2022

Luangkan Masa Bersama Keluarga, Elyana Ajar Anak Naik Public Transport

Penyanyi Elyana dan suami, Khairul Anuar Husin membawa anak-anak mereka, Cinta Sumayah dan Cahaya Ramadhani bersiar-siar di sekitar Kuala lumpur dengan menaiki pengangkutan awam perkhidmatan transit aliran ringan (LRT).   View this post on Instagram […]

Featured Thu, 12 Mar 2026

“Diam Tak Bermaksud Saya Rela Dipijak”- Betty Rahmad Bagi ‘Warning’ Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Pada Pemfitnah

Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad tegas dengan pendiriannya untuk mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang menyebarkan fitnah terhadapnya.

Featured Mon, 19 Aug 2019

Himpunan Merdeka Habib 2019 tampil motif antik

Sambutan istimewa bersempena nostalgia 61 tahun

error: Content is protected !!