Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom April 2, 2020 @ 4:00pm

Kreatif dan baik hati, ketahui kelebihan anak-anak autisme yang jarang disingkap

Ramai yang mungkin terlupa hari ini adalah Hari Kesedaran Autisme Sedunia, yang disambut setiap kali menjelang 2 April.

Tiada hebahan yang rancak mengenai sambutan ini bukan bererti golongan itu dipinggirkan, sebaliknya dalam situasi ketika ini fokus utama masyarakat seluruh dunia adalah bagaimana memerangi pandemik COVID-19.

Apapun selamat menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia, Hijab & Heels ucapkan kepada penghidap autisme di seluruh dunia terutama di Malaysia.

Penulis masih ingat tahun lalu bersempena hari istimewa ini, Hijab & Heels pernah menampilkan dua gadis autistik yang sangat berbakat besar, Wan Jamila Wan Shaiful Bahri, 17, dan Norshuhadah Salleh, 21.

Wan Jamila yang mempunyai bakat melukis, sudah banyak melakar kejayaan di dalam dan luar negara. Pada Sambutan Hari Kebangsaan 2019, lukisannya terpahat pada Arca Putrajaya yang berada di tengah-tengah Dataran Putra. Ia satu pencapaian yang sangat luar biasa!

PUTRAJAYA 26 AUGUST 2019. Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr Aminuddin Hassim dan pelukis, Wan Jamila Wan Shaiful Bahri, 17 bergambar bersama hasil lukisannya yang ditampal di arca Putrajaya selepas sidang media di Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Untuk pengetahuan umum, masyarakat sering mengaitkan autisme dengan kekurangan dan kelemahan individu terhadap persekitaran atau pergaulan.

Atas alasan interaksi sosial, ibu bapa sering mengasingkan anak autistik daripada masyarakat.

Tahukah anda bahawa ramai tokoh hebat seperti Albert Einstein, Sir Isaac Newton (pakar teori graviti) dan Michelangelo (pelukis terkenal) ialah penghidap autisme?

Kanak-kanak autistik ini sebenarnya boleh menjadi insan yang hebat sekiranya mereka mendapat bimbingan yang betul tanpa skeptikal dan prejudis masyarakat, termasuk ibu bapa.

Selami kelebihan yang mereka ada dan teruskan membaca artikel ini.

1. Daya kreativiti yang sangat tinggi

Satu kajian yang dilakukan terhadap 312 individu di United Kingdom mendapati 75 daripada mereka adalah penghidap autisme. Mereka didapati mempunyai daya kreativiti dan ketelitian dalam melakukan sesuatu perkara adalah lebih baik.

Mereka juga mempunyai imaginasi yang luar biasa dan mampu menghasilkan sesuatu yang tidak diduga.

Foto: Muhammad Muctar

2. Kemampuan visual yang lebih baik

Penghidap autisme mempunyai daya visual yang sangat baik dan mampu mengingat sesuatu perkara yang dilihat oleh mereka.

Kajian mendapati apabila kanak-kanak autistik berinteraksi secara visual, informasi visual yang terserap ke dalam fikiran mereka akan berkembang. Daya pemfokusan mereka juga jauh lebih tinggi daripada kanak-kanak biasa.

3. Saiz otak anak autisme lebih besar

Dalam siri kajian yang dijalankan institusi NIH-UCSD School of Medicine di California, mendapati jumlah sel saraf korteks prafrontal kanak-kanak autistik adalah abnormal.

Ini adalah kerana saiz otak penghidap autisme adalah lebih besar berbanding kanak-kanak biasa dan dikatakan juga mereka memiliki sel saraf pada bahagian otak 79 peratus lebih banyak.

4. IQ lebih cerdas

Jangan sesekali memandang rendah kepada kanak-kanak autistik. Mereka sebenarnya mempunyai daya pemikiran yang lebih pantas dan cekap.

Mereka mungkin tidak suka menunjukkan kelebihan ini kepada masyarakat, tetapi apabila bersendirian mereka mampu menyelesaikan beberapa persoalan yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi.

Foto: Otsimo

5. Baik hati

Apa yang sangat menarik untuk diketahui mengenai penghidap autisme, mereka sangat berdikari secara dalaman, tidak suka dimanja dan kurang selesa apabila dibelai.

Mereka tidak punya perasaan cemburu jika ibu bapa memanjakan adik-beradik yang lain lebih daripada mereka. Oleh kerana itu, Allah SWT menjanjikan syurga buat mereka.

Foto: Pop Sugar

Semoga perkongsian ini dapat menjadikan kita masyarakat yang lebih prihatin!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 May 2026

Isu Gadis Ditik*m 61 Kali, Liyana Jasmay Tegur Golongan Lelaki Tinggal Komen Kasar

Liyana Jasmay kesal dengan sikap segelintir lelaki yang meninggalkan komen kasar dan tidak sensitif berhubung kes tragis melibatkan kematian seorang gadis baru-baru ini.

Featured Wed, 1 Feb 2023

Muat Naik Foto Bersama Isteri, Hafidz Roshdi Buktikan Tiada Masalah Rumah Tangga?

Ish ish siapa lah yang buat cerita tu? Happy je suami isteri ni

Featured Thu, 9 Mar 2023

[VIDEO] “Macam Mana Nak Perah Tu Sis?” – Netizen Tegur Cara Potong Limau Nipis Salah, Peminat Pertahankan Elisya Sandha

Alahaiii, kesian Elisya! Tak apa its not too late untuk belajar lebih dalam lagi kan 🥰 Ibu mentua pun hebat dalam memasak 🥰

Featured Mon, 30 Jan 2023
Featured Fri, 22 Apr 2022

Sudah Memasuki Carta Trending Di YouTube, Netizen Dakwa MV Lip Lap Raya Siti Nurhaliza Ambil Konsep MV Adele?

Yeke? Min tengok cantik dan menarik je MV Siti Nurhaliza. Nombor syaatuu gitu🔥

Eat Travel Thu, 13 Dec 2018

Asyik Berangan Untuk Memiliki Kediaman Mewah Di Tepi Pantai? Ini Lokasi Ideal Untuk Anda!

Logde mewah ini dilengkapi sebuah bilik yang menghadap terus ke pantai.

Featured Wed, 7 Apr 2021

Datuk Ramli MS Bakal Muncul Dengan Panggung Tok Ram

Kredibiliti pencinta muzik ternama tempatan, Datuk Ramli MS dalam dunia seni tidak dapat disangkal lagi dalam industri tanah air. Datuk Ramli MS akan muncul dengan Panggung Tok Ram iaitu sebuah platform yang dicetuskan untuk mencari […]

error: Content is protected !!