Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 3, 2020 @ 5:18pm

Kagum lihat Raja Permaisuri Agong tetap memasak ketika kuarantin  

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya terkenal dengan kemahiran memasak, malah baginda pernah menerbitkan tiga buku masakan.

Buku masakan pertama yang diterbitkan pada 2005 bertajuk Air Tangan Tengku Puan Pahang dan dua buku lagi diterbitkan pada 2018 bertajuk Air Tangan Tengku Puan Pahang – Masakan Tradisional Pahang serta Air Tangan Tengku Puan Pahang – Manisan Tradisional Pahang.

Terkini, Tunku Azizah berkongsi hantaran dalam laman Instagram miliknya bagaimana baginda menyediakan sarapan untuk santapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah meskipun baginda sekeluarga sedang dikuarantin.

Ramai pengikut laman Instagram baginda yang melahirkan kekaguman atas inisiatif Tunku Azizah yang tetap setia menyediakan santapan untuk suami baginda ketika baginda berdua melakukan kuarantin di bilik berasingan.

Baginda bertitah, setiap wanita tanpa mengira latar belakang atau agama mahupun siapa suaminya, tetap bertanggungjawab untuk menyediakan hidangan untuk suami dan keluarga.

No matter who you are, who you are married to, regardless of race, wealth, religion or creed, you are still a wife. It’s our duty to serve our husband and family, and I rather quite enjoy it! Serve with love (Tidak kira siapa anda, siapa yang anda kahwini, apa bangsa anda, kekayaan, agama mahupun kepercayaan anda, anda tetap seorang isteri. Kita bertanggungjawab terhadap suami dan keluarga, saya menyukainya! Berkhidmatlah dengan penuh kasih sayang),” titah baginda

Baginda bertitah, meskipun setiap hari petugas Istana Negara akan menghantar pelbagai santapan seperti nasi lemak, mi goreng, mihun goreng atau kuetiau goreng, baginda akan tetap menyediakan sarapan untuk santapan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam perkongsian itu, baginda turut memaklumkan sarapan kegemaran Yang di-Pertuan Agong yang sangat ringkas, iaitu hanya telur masak.

“Setiap pagi saya siapkan sarapan untuk Tuanku Agong…nasib baiklah Tuanku memang santap hanya telur setengah masak untuk breakfast (sarapan).

“Beginilah kami setiap hari, kami self quarantined dan distancing (kuarantin sendiri dan penjarakan sosial). Saya akan pakai mask (topeng muka) dan gloves (sarung tangan) untuk masak sendiri untuk Tuanku Agong,” titahnya.

Karipap gergasi resipi air tangan Tunku Azizah. (Gambar Instagram @airtangan_tunkuaziah)

Dalam hantaran terdahulu, Tunku Azizah turut berkongsi menyediakan santapan ringkas karipap gergasi yang diubah suai menggunakan roti canai segera berinti bahan yang sedia ada di dalam pantri baginda seperti keju dan rendang.

Karipap ubah suai itu bukan sahaja menjadi tular kerana resipinya yang ringkas dan tampak menyelerakan, tetapi turut mempopularkan jenama roti canai segera, Tisha yang digunakan baginda untuk menyediakan santapan ringkas berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 Nov 2025

Riena Diana Mengaku Tak Selamat Miliki Kulit Putih – “Make Up Tak Boleh Beria Nanti Nampak Macam Pond*n”

Kata Riena, warna kulitnya kadang-kala menjadi cabaran untuknya terutama ketika mengenakan solekan.

Featured Thu, 5 Feb 2026

Sempena Hari Kanser Sedunia, Elyana Kongsi Luahan Menyentuh Hati – “Jangan Pernah Ejek Rasa Sakit Yang Belum Kau Rasakan”

Elyana mengingatkan orang ramai agar tidak mudah meremehkan penderitaan dan beban yang ditanggung oleh seseorang.

Featured Wed, 2 Nov 2022
Featured Sat, 21 Mar 2026

“Tahun Ni Hawra Balik Kelantan” – Kamal Adli Kongsi Perasaan Pertama Kali Beraya ‘Single’, Persiapan Raya Hanya Untuk Anak

Pelakon Kamal Adli mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini bakal terasa sedikit berbeza apabila di berkemungkinan besar tidak dapat beraya  bersama anaknya, Hawra.

Featured Wed, 25 Jan 2023
Eat Travel Fri, 7 Sep 2018

Anda Mungin Gunakan Cara Salah Untuk Makan Sushi, Chef Sushi Ini Ajarkan Cara Betul

Ha, check sama ada anda ada tersalah atau tidak selama ini.

Gaya Hidup Wed, 11 Apr 2018

Sebenarnya Berapa Kerap Patut Anda Cuci Seluar Jeans Anda? Ini Jawapannya

Bila baru perlu kita cuci jeans? Selepas dua kali pakai atau 4 kali?

Eat Travel Sat, 18 Apr 2020

Pulau Jerejak yang dulu pulau ‘buangan’, kini tarikan utama si kaki foto

Peluang kenali sejarah sambil menikmati panorama indah

error: Content is protected !!