Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie April 5, 2020 @ 12:25pm

Berhati-hati beli produk kesihatan dalam talian

Tuntutan kerja demi menyara kehidupan kadangkala menjadikan kita lupa mengenai penjagaan kesihatan yang sangat berharga dalam hidup.

Pepatah ‘kesihatan adalah kekayaan’ itu sewajarnya sentiasa diingat agar kita mengambil berat mengenai tahap kesihatan diri sendiri.

Hari ini ramai yang mengambil makanan tambahan seperti vitamin atau multivitamin bagi meningkatkan kesihatan diri, lebih-lebih lagi begitu banyak produk seumpama itu ditawarkan dan dijual menerusi atas talian.

Urus niaga pembelian juga kini semudah ABC, dengan hanya membaca testimoni pengguna terdahulu, tidak mustahil ramai terpengaruh dengan keberkesanan produk ditawarkan itu.

Oren adalah sumber terbaik vitamin C – gambar hiasan. Foto: NSTP/Khairul Azhar Ahmad.

Bagus sekiranya peka dengan keperluan kesihatan, namun sebelum membeli produk sebegitu pastikan ia mendapat kelulusan Agensi Kawal Selia Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kelulusan berkenaan diperlukan bagi memastikan mutu, keberkesanan dan keselamatan produk berkenaan diperoleh menerusi skim pendaftaran dan perlesenan yang betul.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

[Ubat/suplemen Kami Lulus KKM????] . Selalu kan dengar orang jual produk tu cakap camni? Macam mana tu dikira sebagai lulus KKM? Jom saya cerita . Produk Ubat2,suplemen , dan ubat tradisional yang dijual di pasaran Malaysia mesti diuji oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.Ini bagi memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk2 ini, melalui skim pendaftaran dan perlesenan. Barulah pengguna dapat menggunakan produk2 yang berkualiti dan yang penting, SELAMAT ???? . Ia akan menjadi isu apabila company ni daftar produk dia sebagai suplemen vitamin/herba SAHAJA. TETAPI selepas sahaja mendapat kelulusan NPRA untuk vitamin/herba, BOOM dia repackage kotak suplemen tu dan tukar terus CLAIM jadi ubat penyembuh rabun, kencing manis, dan strok. 3in1 macam instant coffee, bro. Amazing!???? . Sebab tu ada kes seller tu jual ‘ubat’ super yang kononnya boleh menyembuh banyak penyakit n pada masa yang sama, dia dah didaftar/lulus KKM. ???? . Satu lagi, kalau dengar/baca iklan ubat kata boleh menyembuh penyakit etc, sah2 tu TIPU guys. Ada 20 JENIS PENYAKIT yang tak boleh diiklankan. Swipe kiri juga untuk tengok penyakit2 tersebut. Kalau dia ada iklan salah satu daripada 20 penyakit tu, itu tak benar. ???? . Setiap produk berdaftar ada nombor pendaftaran MAL. Inilah IC kepada produk tersebut. Kita boleh check produk tu di website NPRA dengan menggunakan nombor MAL ini. Maklumat kandungan aktif produk,pengeluar etc boleh kita stalk di situ. . Produk berdaftar juga ada Pelekat Hologram Meditag sendiri.Swipe left kalau nak tahu cara membaca nombor MAL n tengok rupa Meditag tu. . So, kalau penjual promote ubat was2 tu , tanyala dia ada no MAL tak.Tengok ada Meditag tak. Check dulu kat website NPRA.Kalau takde no MAL, bye bye la. N kalau dia claim melampau , takyahla beli. Check senarai 20 penyakit yang saya terangkan tadi.???? . Untuk yang ada mak ayah tu, selalu ke rumah diorang. Pergi ke dapur dan check sikit ubat/suplemen apa diorang ambil. Saya dan adik2 selalu buat. Memang ada kadang2 produk was2 ni. ???? . Ok semua.Semoga tak diperdaya scammer lagi. Beli jelah ubat kat farmasi. InsyaAllah selamat.???? #drizzarshares

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar) on

Dr Izzar Anwari Abdul Khani yang juga suami kepada pelakon Ummi Nazeera Zainal Abidin dalam perkongsian menerusi akaun media sosial Instagram @izzar menjelaskan banyak kes pemalsuan berlaku membabitkan makanan tambahan itu.

“Ada syarikat mendaftar produk mereka sebagai vitamin sahaja, tetapi apabila mendapat kelulusan NPRA, mereka menukar pembungkusan dan mendakwa vitamin dikeluarkan berupaya menyembuhkan pelbagai penyakit.

“Sebab itulah ada kes peniaga menjual ubat yang didakwa mampu menyembuhkan banyak penyakit, malah menghebahkan sudah mendapat kelulusan atau sudah berdaftar dengan KKM,” tulisnya di akaun Instagram miliknya itu.

Sehubungan itu, sebagai pengguna sikap berhati-hati perlu bagi mengelakkan tertipu dengan bermacam jenis produk yang dikatakan boleh menyembuh, menurunkan berat badan atau membekalkan tenaga tambahan.

Pastikan produk makanan kesihatan yang dibeli tertera logo MAL pada kotak pembungkusan. Sumber: Instagram Dr @izzar

Dr Izzar berkata, bagi memastikan produk dijual berdaftar dengan KKM, pembeli boleh meneliti nombor pendaftaran produk itu di laman sesawang NPRA dengan menggunakan nombor MAL yang biasanya ada tertera pada kotak pembungkusan.

“Jika anda berasa was-was dengan produk yang mahu dibeli, tanya penjual adakah produk mereka ada nombor pendaftaran MAL dan juga periksa pelekat hologram meditag.

“Jika tiada pelekat hologram atau tiada nombor MAL, lebih baik jangan beli produk yang dijual itu,” jelasnya lagi.

Diharap panduan ringkas itu dapat melindungi pembeli daripada tertipu dengan ubat-ubatan yang sebenarnya hanyalah vitamin untuk kesihatan sahaja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Apr 2026

Kenyataan Berbaur Emosi Cetus Spekulasi, Pengurus Peribadi Fazura Tampil Respons – “Lidah Ular Memang Bercabang, Tapi Lidah Manusia”

Susulan hantaran yang dimuat naik pada Isnin, selebriti popular, Nur Fazura meraih perhatian apabila berkongsi posting berbaur emosi di media sosial miliknya.

Featured Sat, 10 Aug 2024
Featured Sat, 11 Feb 2023

Dikritik Memalukan Ibu Mentua Selepas Kongsi Video Menari Dengan Suami, Fasha Sandha Tepis Netizen

Bila lagi nak bermesra dengan suami kan? 🤪🥰 Netizen jealous ke tuuu?

Featured Mon, 19 Jul 2021

Kelonggaran Pergerakan & SOP Diumum Selepas Aidiladha

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan sedang membincangkan secara terperinci mengenai SOP kebebasan pergerakan kepada individu melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 dan perniagaan selepas sambutan Aidiladha. “Kita akan beri kelonggaran (individu […]

Featured Tue, 20 Dec 2022

Ramai Puji Sikap Aeril Zafrel Tak Suka Lepak & Pulang Rumah Awal – “Bagus Suami Utamakan Family”

Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal sering melayan karenah peminat ketika bersiaran langsung di TikTok. Baru-baru ini, menerusi perkongsian yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok, Aeril menjawab persoalan pengikut yang mahukan […]

Featured Wed, 29 Mar 2023
Featured Sun, 19 Apr 2020

Tempoh pendaftaran kelahiran, kematian dilanjutkan

Denda turut dimansuhkan sekiranya lambat daftar

Featured Fri, 1 Sep 2023

“Selagi Boleh, Masukkan Je Semuanya!” – Ain Edruce Mengaku Jadikan Keluarga Sebagai ‘Content’

Selagi boleh angkut, angkut je Ain! Yang penting content Ain tak pernah tak kelakar🤣🤣🤣

error: Content is protected !!