Featured By: Yanie Baharom April 7, 2020 @ 10:00am

Rahsia wajah runcing dan awet muda dengan kaedah urutan Gua Sha

Gua Sha, bukan bermaksud saya (gua) dan sha (si polan bernama sha), akan tetapi Gua Sha merupakan satu kaedah perawatan wajah turun-temurun yang diamalkan masyarakat China sejak zaman-berzaman.

Menggunakan batu jed atau sekeping kayu kecil diperbuat daripada tanduk kerbau, Gua Sha atau disebut gwahshah, dalam bahasa kantonis bermaksud mengikis, menyentuh, atau membentuk.

Mengikut perubatan tradisional Cina, qi atau chi adalah tenaga yang mengalir melalui badan. Ramai orang percaya bahawa qi seseorang mesti seimbang dan mengalir dengan bebas untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan mereka.

Qi juga boleh disekat yang menyebabkan sakit atau ketegangan pada otot dan sendi. Gua Sha bertujuan untuk menggerakkan tenaga yang terhalang atau tersumbat itui untuk melegakan rasa sakit atau kekejangan.

Selain itu, Gua Sha juga membantu menggerakkan darah yang terkumpul, merangsang pembaharuan sel dan melancarkan perjalanan darah.

Ramai aktres popular Hong Kong, China bahkan di Korea Selatan, dikatakan mengamalkan perawatan wajah Gua Sha sebagai senjata rahsia keremajaan mereka.

Perawatan muka menggunakan kaedah itu bermula dengan sesi solekan iaitu wajah akan diurut terlebih dulu dengan batu jed untuk melancarkan perjalanan darah. Kaedah itu dipercayai dapat membangkitkan seri, membuat wajah kelihatan awet muda, menyahtoksin kulit dan menjadikan solekan tahan lebih lama.

Jurusolek selebriti terkenal tempatan yang menggunakan teknik ini ialah KF Bong, yang sering memberi sentuhan magis pada solekan pelakon dan penyanyi, Fazura.

Foto: Tatler

Impak yang paling seronok sekali, urutan Gua Sha ini dapat membuang lemak dan membentuk wajah yang bulat menjadi runcing berbentuk V tanpa pembedahan.

Kelebihan rawatan muka Gua Sha

1. Meningkat perjalanan darah

2. Membantu pembaharuan sel

3. Mengembalikan kesegaran tubuh dan kulit wajah

4. Kulit bersinar dari dalam

5. Kulit wajah lebih cerah

6. Rawatan yang menyihatkan

7. Memberi ketenangan dan tidak menyebabkan kemerahan

Hasil yang anda boleh rasakan apabila pertama kali mencuba rawatan muka Gua Sha:

* Lingkaran hitam pada mata berkurang

* Mengurangkan mata bengkak

* Garis senyum/kerutan berkurang

* Kulit lebih halus

* Pori wajah mengecil

* Memudarkan parut hitam

* Kulit lebih berkilat

* Mengangkat kulit

* Kulit lebih tegang

* Membuat wajah lebih berbentuk

* Keadaan kulit lebih baik

Bagaimanapun anda yang mempunyai masalah jerawat yang teruk tidak digalakkan menggunakan rawatan ini kerana ia sedikit sakit dan kemungkinan menyebabkan luka pada jerawat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Oct 2022

“Soal Jaga Batas Ini Kalau Boleh…” – Tajul Elak Babak Bersentuhan Dengan Wanita

Penyanyi Tajul Ariff yang kini semakin aktif dalam dunia lakonan mengakui dia seboleh-bolehnya mahu mengelak untuk melakonkan babak bersentuhan demi menjaga hati isteri, Nurul Shamieza Eddie. Menurut Tajul atau nama sebenar Tajul Ariff Noor Md […]

Events Sat, 12 Aug 2023

PRN: Afdlin Shauki Pilih Altimet Teraju Kawasan Lembah Jaya

Wah, agak-agak siapa yang menang PRN malam ni??

Featured Tue, 12 Apr 2022

#JusticeForBella: Terdapat Unsur Konflik & Berkepentingan, Sokong Tamatkan Khidmat Syed Azmi

Susulan kes melibatkan penderaan secara kejam ke atas adik Bella, aktivis sosial, Senator Ras Adiba Mohd Radzi dilihat menyokong penuh dan menggesa pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) agar segera membuat pindaan terhadap […]

Featured Thu, 2 Feb 2023
Eat Travel Tue, 26 May 2020
Featured Thu, 22 Apr 2021

“Tidak Bersentuhan” – Amyra Rosli Hormati Pendirian Saharul Ridzwan & Izzue Islam

Pelakon popular, Amyra Rosli mengakui imejnya yang kini bertudung tidak menghalang beliau daripada terus berlakon. Ketika ditanya sekiranya beliau meletakkan syarat dan batas untuk tidak bersentuhan berlakon bersama dengan pelakon lelaki, Amyra mengakui suaminya, Amar […]

Featured Tue, 28 Apr 2020
Featured Mon, 7 Nov 2022