Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Fadzlena Jafar April 7, 2020 @ 1:16pm

Resipi nasi Planta dengan ayam bakar ala Kenny Rogers

Antara juadah yang sering dimasak di negara ini, tentunya asam pedas, masak kicap, masak lemak cili api atau singgang, namun tidak salah jika sesekali menyediakan hidangan yang agak istimewa.

Lebih-lebih lagi dengan kehadiran semua ahli keluarga yang berkumpul di rumah ketika ini, sudah tentu hidangan yang berbeza akan memberi kegembiraan khususnya dalam kalangan anak-anak.

Memandangkan harga ayam ketika ini agak murah, mungkin menyediakan hidangan berasaskan ayam pilihan terbaik seperti yang dilakukan pemilik akaun Facebook, Nur Aisya.

Beliau yang berkongsi resipi nasi Planta dan ayam bakar ala Kenny Rogers menerusi kumpulan Masak Apa Hari Ini, menarik perhatian warga maya sehingga memperoleh lebih 4,600 tanda suka (Like).

Hidangan yang disediakan sesuai untuk dimakan lima orang dan agak murah kerana kebanyakan bahan sudah ada dalam almari makanan di rumah.

Berikut dikongsikan resipi ayam bakar ala Kenny Rogers dan nasi Planta

1. Ayam bakar ala Kenny Rogers

Ayam bakar ala Kenny Rogers perlu diletakkan sedikit mentega dsebelum dibakar. (Gambar daripada Facebook Nur Aisya)

Bahan-bahan untuk dikisar:

Sebiji bawang Holland

3 ulas bawang putih

1 1/2 inci halia

Lada hitam

Sos lada hitam

Sos tiram

1 kiub ayam

Sedikit gula, jika perlu

Bahan-bahan untuk dibakar:

Seekor ayam

1 biji kentang (direbus bersama ayam)

Brokoli

Lobak

Bawang Holland

Cendawan Shitake

Cara penyediaan:

Ayam direbus dahulu sebelum dibkar bagi memastikan ayam masak secara menyeluruh. (Gambar daripada Facebook Nur Aisya)

  1. Masukkan semua bahan yang dikisar ke dalam kuali.
  2. Masukkan kiub ayam.
  3. Apabila menggelegak, masukkan ayam dan kentang.
  4. Kisar kentang yang direbus tadi dan masukkan ke dalam kuah supaya kuah menjadi lebih lemak berkrim. Kacau sehingga sebati dan masukkan gula dan garam.
  5. Biarkan seketika bagi memastikan ayam sedikit masak supaya apabila dibakar anda tidak berdepan dengan masalah ayam kurang masak.
  6. Masukkan ayam dan bahan yang dikisar tadi dalam bekas empat segi.
  7. Sebelum dimasukkan ke dalam oven, letak sedikit mentega dan bakar pada suhu 200 darjah Celsius selama 60 minit. Pastikan 15 minit pertama menggunakan api atas dan bawah, namun selepas itu guna api atas sahaja.

2. Nasi Planta

Nasi Planta berwarna sedikit kekuningan.(Gambar daripada Facebook Nur Aisya)

Bahan-bahan:

Beras

Marjerin 

Halia, dihiris

Bawang besar, dihiris

Cara penyediaan:

  1. Cairkan marjerin dan tumis bawang besar serta halia, biarkan sehingga menjadi kekuningan.
  2. Masukkan beras, sedikit garam dan gula.
  3. Sukat air seperti biasa dan masak nasi dalam periuk biasa.

Kredit: Facebook Nur Aisya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Aug 2023

[VIDEO] Pakai Spek Macam Rappers, Ramai Terhibur Gaya Pu Riz Jual Barang – “Caprice Ke DJ Khaled Ni?

Amboiiiiii, ni abah Bilal dengan Abbas ke? 😂🤣 Lain macammm ek 🤣🤣

Featured Thu, 19 Mar 2020

Ekstrak tumbuhan padang pasir, zaitun bantu kulit kekal sihat

Bahan daripada alam selamanya bermanfaat untuk kulit

Featured Fri, 19 Jun 2026

“Dia Workaholic Tapi Anak-Anak Akan Jadi Keutamaan” – Lisa Surihani Dedah Sisi ‘Fatherly’ Yusry

Kata Lisa, Yusry tak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa walaupun jadual kerjanya padat.

Events Tue, 7 Oct 2025
Eat Travel Mon, 3 Sep 2018

Gebu & Murah, Donat Warna-Warni Ini Memang Wajib Anda Cuba

Istimewanya donat yang dijual adalah 100% homemade!

Featured Tue, 10 May 2022
Featured Tue, 7 Mar 2023

[VIDEO] Baby Shima Ajak Amir Ahnaff Gelek, Netizen Suruh Lari!

Amboi Baby Shima cuba masuk line ke tu?

Featured Mon, 18 Mar 2024

Kongsi Berita Gembira, Caprice Kini Bergelar Bapa

Tahniah Caprice & Isteri❤️❤️❤️

error: Content is protected !!