Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 8, 2020 @ 10:46am

Elak jangkitan COVID-19 antara manusia dengan haiwan peliharaan

Laporan mengenai haiwan yang dikesan positif COVID-19 menimbulkan kebimbangan masyarakat akan kemungkinan jangkitan antara manusia dengan haiwan peliharaan.

Kelmarin, media melaporkan seekor harimau Malaya di Zoo Bronx, Amerika Syarikat (AS) bernama Nadia disahkan positif COVID-19 selepas mengalami batuk kering beberapa hari.

Harimau berusia empat tahun itu disyaki dijangkiti novel koronavirus itu daripada penjaga zoo yang tidak menunjukkan gejala sebelum itu. Selain Nadia, media Hong Kong turut melaporkan beberapa anjing peliharaan di negara itu dijangkiti COVID-19, manakala di Belgium seekor kucing turut dilaporkan positif COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam perkongsian di laman sosial Facebooknya berkata berdasarkan laporan yang diterima haiwan yang dijangkiti itu tidak menunjukkan gejala yang ketara, justeru masyarakat dinasihatkan supaya menjaga kebersihan bagi mengelakkan jangkitan manusia dengan haiwan peliharaan.

“Ramai yang ingin mengetahui mengenai kemungkinan jangkitan COVID-19 kepada binatang khususnya haiwan peliharaan. Bagi kebanyakan kita, haiwan peliharaan umpama keluarga dan amat sukar untuk melakukan penjarakan sosial dengan haiwan berkenaan.

“Oleh itu, penting bagi menjaga kebersihan termasuk apabila berada di sekitar haiwan peliharaan. Basuh tangan anda sebelum atau selepas menguruskan haiwan peliharaan,” tulisnya dalam perkongsian berkenaan.

Pakai kelengkapan keselamatan khususnya sarung tangan dan topeng ketika menuruskan haiwan peliharaan. (Gambar hiasan/NSTP)

Ketika ini, tiada laporan mengenai haiwan yang dijangkiti COVID-19 di Malaysia, namun langkah berjaga-jaga akan diambil Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengelakkan penularan antara manusia dengan haiwan peliharaan.

Ketika sidang media harian perkembangan COVID-19 6 April lalu,  Dr Noor Hisham berkata, KKM akan mengadakan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengenal pasti prosedur bersesuaian bagi mengendalikan kes haiwan peliharaan yang kemungkinan turut dijangkiti COVID-19.

Sementara itu, BH melaporkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam satu kenyataan semalam menjelaskan kajian saintifik menunjukkan haiwan peliharaan bukan penyebar COVID-19 meskipun haiwan boleh dijangkiti COVID-19.

Menurut kenyataan itu, kajian mendapati jumlah novel koronavirus yang ada dalam haiwan hanya dalam jumlah yang rendah, sekali gus hanya menyebabkana jangkitan yang ringan.

“Sehingga kini, punca jangkitan pada haiwan adalah daripada manusia. Oleh itu, jabatan menasihati pemilik haiwan yang mengesyaki dirinya dijangkiti COVID-19 untuk mengasingkan diri daripada haiwan kesayangan bagi mengelakkan ‘in contact’,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut berkongsi petikan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) yang dikeluarkan awal April lalu membabitkan jangkitan COVID-19 pada dua ekor anjing di China.

OIE dipetik berkata, anjing berkenaan tidak menunjukkan sebarang tanda klinikal penyakit itu, justeru tiada bukti bahawa haiwan memainkan peranan dalam menyebarkan wabak terbabit. Kajian lanjut sedang dilakukan untuk memahami jika dan bagaimana haiwan lain akan mendapat kesan jangkitan COVID-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 May 2023
Featured Thu, 22 Sep 2022
Featured Wed, 18 Sep 2019

Al-Ikhsan lancar tudung sukan mudah kering

Guna fabrik berasaskan Smartdry Technology

Events Thu, 21 Apr 2022

Empat Peguam Pemerhati TMJ Dibenarkan Ikuti Kes Perbicaraan #JusticeForBella

Selepas perbincangan diantara Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che Puan Khaleeda bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun pada Selasa, hari ini Mahkamah Sesyen telah membenarkan […]

Gaya Hidup Wed, 7 Nov 2018
Featured Fri, 19 Dec 2025

Izara Aishah Gelar Netizen ‘Mulut Puaka’ Biadap Gara-Gara ‘Face Shaming’ Sepupu – “Saya Tak Akan Bagi Muka Jika Orang Itu Dibuli Depan Saya”

Izara tegas dengan pendirian untuk tidak teragak-agak melindungi sesiap sahaja yang dibuli dihadapannya.

Featured Wed, 23 Feb 2022
Featured Wed, 18 Jun 2025

Ameerais, Mariam OIAM Berpadu Suara Dalam ‘Puaskah’

Lagu berkonsepkan balada pop ini menampilkan naratif menyentuh jiwa

Featured Wed, 4 Oct 2023
error: Content is protected !!