Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom April 12, 2020 @ 10:00am

Duduk di rumah pun mestilah kena cantik, jom cuba solekan ‘PKP Encik suami semakin sayang’

“Bersolek-solek bagai nak pergi mana, kan tengah PKP ni,” tempik si suami.

“Saya bersolek cantik-cantik untuk siapa lagi kalau bukan untuk awak. Nanti awak tak tahu pula nak bezakan antara saya dengan bibik,” seloroh si isteri.

Abang-abang kalau dengar isteri cakap macam ini, agak-agak macam mana ya perasaan dalam hati? Pasti berbunga-bungakan!

Wahai suami-suami sekalian, kalau isteri hendak melaram di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana mahu terlihat cantik di hadapan anda, biarkan dia dengan inisiatif untuk menyenangkan hati dan mata suaminya.

Maklumlah seharian bekerja dari rumah, mengemas dan memasak lagi, memang boleh bayangkan wajah isteri yang pucat lesi. Oleh itu, biarkan dia menghias dirinya jika tidak berasa terbeban berbuat demikian.

Kalau dia kelihatan cantik bergaya setiap kali ketika hendak ke pejabat, apa salahnya kalau dia masih vogue di rumah.

Tambahan pula, berhias untuk suami dianjurkan dalam Islam selagi dalam batas-batas yang tidak dilarang oleh syariat, seperti mencukur kening, menyambung rambut, mencacah tubuh dan lainnya.

Rasulullah SAW bersabda,

‎خَيْرُ النِّسَاءِ مَنْ تَسُرُّكَ إِذَا أَبْصَرْتَ، وَتُطِيْعُكَ إِذَا أَمَرْتَ، وَتَحْفَظُ غَيْبَتَكَ فِيْ نَفْسِهَا وَمَالِكَ

“Sebaik-baik isteri adalah yang menyenangkan jika engkau melihatnya, taat jika engkau menyuruhnya, serta menjaga dirinya dan hartamu di saat engkau pergi.” (HR. Ath-Tabrani Ayat 3299).

Cuma satu nak pesan kepada wanita-wanita sekalian, nak melaram tak salah tapi jangan sampai suami fikir anda buang tabiat pula, tiba-tiba konsep mekap ala-ala smokey atau gothic, macam nak pergi kelab malam.

Cukup solekan tipis atau dalam bahasa fesyen, makeup no makeup look. Mungkin juga boleh diaplikasikan teknik solekan bercahaya (dewy) barulah tampak segar!

Foto: Archive Hijab & Heels

Foto: Archive Hijab & Heels

Bagi memudahkan anda, Hijab & Heels (H&H) sertakan video panduan solekan ‘PKP encik suami semakin sayang’ yang didemonstrasikan oleh staf H&H, Aiza Adriena.

Selamat mencuba!

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Duduk di rumah pun mestilah kena cantik, jom cuba solekan ‘PKP Encik suami semakin sayang’ ????????????❤️#stayhome # staysafe #stayhealthy Talent: @aizaadriena

A post shared by Hijab & Heels (@hijabnheelsofficial) on

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Nov 2025

Tular Video Belakang Tabir Edry KRU Pengsan, Netizen Titip Kata Semangat – “Moga Allah Jaga & Beri Kesembuhan”

Edry dilaporkan telah pengsan dan mengalami kekejangan otot lebih 45 minit.

Oh Lawa Sat, 25 Aug 2018
Featured Sat, 18 Apr 2026

Irfan Haris Dedah Faktor Kesihatan Punca Amira Othman Tak Nyanyi Rasa & Takdkr – “Dia Tak Cukup Fit”

Irfan Haris memaklumkan punca sebenar ketiadaan kakaknya yang juga penyanyi, Amira Othman pada malam AJL40 SA.

Featured Tue, 23 Jun 2026

Ukir Fenomena Luar Biasa! Kutipan Panggung Filem Polong Raih RM15 Juta

Polong terus mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya mencatat kutipan RM15 juta selepas beberapa minggu ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Featured Fri, 4 Nov 2022

“Jangan Bertahan Untuk Dilukakan & Disakitkan” – Nasihat Makan Dalam Iddin Ramli Buka Mata Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli tular mengulas berkenaan hubungan persekitaran di dalam kehidupan seharian @iddinramliiBerangkat dari kedukaan.♬ original sound – fiaa Iddin memberitahu kepada warganet menerusi video berdurasi 56 saat yang dikongsikan di […]

error: Content is protected !!