Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Shaidah Shafie April 14, 2020 @ 5:13pm

Mahu buat jeruk seperti McD, ini caranya

Sesiapa yang gemar makan burger McDonalds, pasti menyedari akan jeruk zukini yang nipis terselit antara helaian salad segar dan mayonis.

Apabila digigit, rangup dan sedap sahaja pada lidah, tetapi baru dua kali kunyah sudah habis ditelan. Tidak puas rasanya mahu menikmati zukini jeruk yang sedap itu.

Selain zukini, ada banyak lagi sayur-sayuran yang boleh dijadikan jeruk untuk dimakan dengan nasi atau diletakkan antara lapisan sandwic.

Jeruk kubis dan lobak merah, enak dimakan dengan nasi – gambar hiasan. Foto: transat.ru.com.

Rasanya yang masam-masam manis itu berfungsi sebagai penambah rasa dan tidaklah muak sangat apabila mengunyah kepingan roti bersalut mentega atau mayonis.

Antara sayur-sayuran yang boleh dibuat jeruk ialah kubis ungu, timun, lobak merah dan zukini juga. Atau mungkin juga anda boleh lakukan seni dalam sebotol jeruk dengan meletakkan sayur berwarna seperti kubis ungu diselang seli dengan lobak merah dan timun.

Kubis ungu enak dijadikan jeruk – gambar hiasan. Foto: hellodoktor.com.

Hijab & Heels berkongsi resipi mudah bagi penggemar jeruk yang ingin menyediakan sendiri di rumah:

Jeruk sayur-sayuran

Bahan-bahan:
1 batang lobak merah (dipotong halus mengikut kesesuaian)
1 genggam cili padi merah/hijau (bersihkan dan buang tangkai)
1 inci halia dihiris sederhana nipis
1/2 ketul kubis ungu (dihiris sederhana tebal)
2 batang timun (dipotong sederhana tebal sepanjang 2 inci, buang bijinya)
1 cawan gula
1 sudu teh garam bukit
2 gelas cuka makan

Lobak merah memberi rasa manis kepada jeruk – gambar hiasan. Foto: NSTP/Nik Harif Hassan.

Cara penyediaan:

1. Basuh ketiga-tiga jenis sayur termasuk cili padi, tos dan biarkan ia kering sempurna. Ketepikan seketika.

2. Campurkan cuka, gula dan garam, didihkan di atas dapur dengan api biru dan biarkan ia mendidih kecil. Apabila semuanya sudah sebati, sejukkan pada suhu bilik.

3. Masukkan ketiga-tiga jenis sayur yang sudah kering ke dalam botol seperti lapisan demi lapisan yang diselang selikan dengan cili padi hijau atau merah. Tabur juga hirisan halia.

4. Apabila selesai menyusun sayur-sayuran di dalam botol, tuang cuka yang dimasak dengan gula dan garam perlahan-lahan ke dalam botol. Pastikan air cuka cukup untuk memenuhi lapisan sayur-sayuran.

5. Tutup kemas dan biarkan ia di dalam peti sejuk atau letak di dapur pada suhu bilik. Selepas dua atau tiga hari, ia sudah boleh dimakan sebagai bahan tambahan dalam sandwic, burger atau gulungan lempeng sardin yang anda masak sendiri di rumah.

Timun juga sesuai dijadikan jeruk – gambar hiasan. Foto: NSTP/ Syamsi Suhaimi.

Rasanya mungkin tidak sama 100 peratus dengan jeruk zukini, tetapi tentunya anda puas hati kerana jeruk warna-warni itu memberi nilai tambah pada menu yang disediakan di rumah.

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 May 2020

Caj kuarantin 50 peratus dikenakan kepada rakyat yang pulang dari luar negara

Perlu dapatkan surat persetujuan sebelum pulang ke tanah air

Featured Wed, 24 Jul 2019

Uqasha Senrose bongkar rahsia mengenai dirinya

Yang terakhir paling tak sangka!

Eat Travel Mon, 31 Dec 2018

Diiktiraf Sebagai 100 Destinasi Terbaik Pelancongan Eko Dunia, Taiping Wajar Dicontohi!

Taman Tasik Taiping menjanjikan suasana damai buat pengunjung

Featured Fri, 31 Mar 2023
Featured Fri, 23 Mar 2018

Resepi Mudah Kek Batik Cheese. Sedap Tak Terkata

Siapa penggemar kek batik sila angkat tangan! Kek batik antara pencuci mulut yang paling mudah dibuat dan sedap pulak tu! Kek yang dibanjiri dengan coklat memang enak dimakan bersama orang-orang tersayang.

Featured Wed, 14 Sep 2022

“Saya Risau Dengan Keadaan Isteri” – Hazama, Isteri Tangguh Rawatan IVF

Rezeki Tuhan bagi berbeza-beza.. Semoga dipermudahkan semua urusan 🤲🏼

Drama Sat, 17 Dec 2022

Isi Slot Sakura TV3, Fadlan Hazim & Riena Diana Bergabung Dalam Chinta Arjuna

Drama bersiri 20 episod, Chinta Arjuna telah menemui penonton di kaca televisyen bermula 13 Disember 2022. Diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production Sdn Bhd, drama ini diarahkan oleh Suhaimi Lua dan skrip nukilan daripada Zyza […]

error: Content is protected !!