Featured By: Fadzlena Jafar April 18, 2020 @ 7:13pm

Jangan berpuas hati meskipun jumlah jangkitan baharu menurun

Masyarakat tidak boleh berpuas hati dan mengambil sikap sambil lewa meskipun jumlah pesakit baharu positif COVID-19 semakin menurun sejak beberapa hari lalu.

Hari ini, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dikesan hanya 54 kes berbanding 69 kes yang dicatat, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata masyarakat perlu membudayakan gaya hidup baharu selain mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak penularan baharu COVID-19 terutama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

“Sama ada PKP akan diteruskan atau tidak, kita perlu berdasarkan sains dan fakta. Kita melihat setiap hari Malaysia sudah mencapai angka dua digit bagi kes jangkitan baharu atau mungkin satu digit nanti.

“Mungkin jumlah itu bermakna pencapaian Malaysia semakin baik, tetapi kita tidak boleh terlalu berpuas hati. Kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan kekal dengan sikap sebegitu kerana kehidupan selepas PKP tidak akan sama lagi,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya hari ini.

Peningkatan jumlah kes baharu positif COVID-19 sebanyak 54 kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan di negara ini meningkat kepada 5,305 kes.

Sementara kes sembuh dan dibenarkan keluar hospital terus mencatat angka yang tinggi iaitu 135 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 3,102 atau 58 peratus.

Bagaimanapun, hari ini mencatat dua lagi kes kematian, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kepada 88 kes, manakala kes yang masih dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 49 kes dengan 26 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Reaksi kakitangan Kementerian Kesihatan yang dilengkapi pakaian perlindungan diri (PPE) mengangkat tangan tanda semangat ketika membuat pemeriksaan saringan COVID-19 di Masjid Sheikh Haji Ahmad, Taman Nusari Aman, Sendayan. Gambar hiasan/NSTP/KHIS/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN)

Dr Noor Hisham berkata, ketidakpatuhan masyarakat terhadap PKP boleh menyebabkan perintah berkenaan berlanjutan kerana jumlah jangkitan yang sudah berkurangan mungkin boleh kembali meningkat.

Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat supaya kekal mematuhi PKP dan tidak mengabaikan arahan duduk di rumah sepanjang fasa tiga PKP ini.

“Masyarakat perlu mematuhi peratuan kesihatan tertentu dan langkah berjaga-jaga yang disarankan supaya negara dapat mengurangkan jangkitan dan seterusnya menamatkan PKP,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Apr 2020
Featured Sun, 13 May 2018

Ucapan Selebriti Buat Ibu Tersayang Sempena Hari Ibu. Awww…So Sweet

Selebriti tanah air juga tidak melepaskan peluang untuk menzahirkan penghargaan serta menunjukkan tanda kasih sayang mereka kepada wanita yang melahirkan mereka di muka bumi ini. 

Featured Sat, 25 Sep 2021
Featured Sun, 17 Nov 2019
Featured Fri, 27 Jan 2023

‘Inni Tawakkaltu’ Untuk Penguat Semangat, Hafiz Hamidun Muncul Single Baharu

Kesedihan dan kesusahan yang kita alami tidak selalunya difahami oleh semua orang – Hafiz Hamidun

Featured Sat, 5 Mar 2022
Featured Tue, 16 Jan 2018

Kesan Stress Pada Kesihatan

Masalah stres bukan sahaja boleh menganggu fungsi fizikal dan mental seseorang, malah ia turut memberi kesan pada kesihatan tubuh badan seseorang. Mereka yang mengalami stres jangka pendek boleh mendapat kesan-kesan seperti sakit kepala, migrain, sakit […]

Sihat Thu, 28 Jun 2018

5 Teknik Urutan Untuk Wanita Hamil Yang Gerenti Melegakan

Sekali-sekala wanita hamil perlu rehatkan badan mereka.