Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom April 23, 2020 @ 12:30pm

Agar sentiasa ‘husnuzon’ dalam kehidupan, praktikkan 21 pesanan bermakna Ustaz Ebit Lew ini

Dalam carian Google, apabila anda menulis perkataan ustaz, yang pertama sekali muncul adalah nama Ustaz Ebit Lew. Ini menandakan beliau amat popular dan paling relevan dalam media sosial.

Penulis percaya, dakwah dan kerja-kerja kebajikan yang dilakukan sama ada di jalanan sehingga menelusuri pedalaman untuk menjengah golongan fakir membuatkan pendakwah bebas berstatus mualaf ini amat disayangi dan dihormati.

Namun begitu, niatnya membantu golongan kurang berkemampuan mutakhir ini disalah erti dan dipertikai segelintir pihak, sedangkan perkongsiannya dalam media sosial untuk membuka mata dan menyedarkan umum, betapa ramai golongan yang terpinggir dan wajar diberikan bantuan.

Sumber: YouTube

Bersempena meraikan ibadah puasa bermula Jumaat ini, jom kita terapkan 21 pesanan bermakna atau ‘qoutes’ popular yang sering diungkapkan Ustaz Ebit Lew dalam siri ceramahnya.

Pesanan berguna ini wajar dikongsi kepada anak-anak agar sentiasa husnuzon (bersangka baik) pada Allah SWT juga sesama manusia.

Foto: Gulapop

21 pesanan bermakna Ebit Lew

1. Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia.

2. Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.

3. Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.

4. Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.

5. Kita selalu ingat apa yang kita nak daripada Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak daripada kita.

6. Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.

7. Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.

8. Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.

9. Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.

10. Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.

11. Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah, itulah cinta yang sebenar.

12. Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.

13. Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.

14. Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.

15. “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”

16. Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.

17. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.

18. Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.

19. Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.

20. Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk reda Allah.

21. Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.

Foto: Lima Minit

Semoga bermanfaat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 20 May 2020

Jenama kecantikan Korea, Mamonde jalin kerjasama dengan Umma

Tampil cantik dan anggun pada Aidilfitri

Featured Wed, 20 Oct 2021

Kongsi Berita Gembira, Elfira Loy Hamil Anak Kedua

Pelakon Elfira Loy, 27, mengumumkan berita gembira dirinya sedang hamil anak kedua. Elfira menerusi akaun Instagram miliknya memuat naik gambar dengan memegang belon yang tertera ‘Baby 2 is Coming’ dan perkara itu jelas mengumumkan bahawa […]

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Sat, 24 Sep 2022

Selepas Dibayar Ribuan Ringgit Untuk ‘Paid Review’, Selebriti Popular Didakwa Mungkir Janji!?

Alamak! Siapa pulak ni? Tapi, dengar kata selebriti tu selalu buka slot ‘paid review’ dekat IG 🤨

Featured Wed, 11 Apr 2018

Amboi Ligat Shopping Raya Nampak! Puasa Dah Habis Ganti Ke Belum?

Kita beria-iya membuat persiapan Hari Raya lima bulan lebih awal, tetapi tidak pula beria-ia mengatur persediaan menyambut puasa?

Featured Sun, 19 Apr 2020
Featured Sun, 5 Feb 2023
Featured Wed, 17 May 2023

Adam Shamil Sampai Mesej Penghargaan Melalui Lagu ‘Bantu’

Pempengaruh digital, Adam Shamil Misran, 29 atau nama pentasnya sebagai Adam Shamil kini bersedia untuk melakar lebih jauh dalam industri hiburan tanah air setelah secara rasminya menjadi artis terbaru World Peace Entertainment (WPE) Sdn Bhd […]

Featured Wed, 11 Aug 2021

“Akak Nak Adik Sampaikan COVID-19 Is Real, Tolonglah Dapatkan Vaksin..”- Nasihat Jururawat Buka Mata Shuib

Setelah pemergian isteri tercinta akibat virus COVID-19 , pelawak dan pelakon terkenal Shuib Sepahtu menyeru orang ramai agar membuka mata dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan segera mendapatkan vaksin. Menurut Shuib lagi, pada mulanya dia tidak […]

error: Content is protected !!