Featured By: Shaidah Shafie April 23, 2020 @ 7:24pm

Himpunan tunik Ella polos, namun tetap bergaya

Baju daripada fabrik atau kain polos sentiasa menjadi pilihan ramai kerana ia boleh disuai padan dengan apa sahaja termasuk kasut mahupun tas tangan berbeza warna.

Namun begitu, tidak semestinya baju daripada kain polos boleh digayakan untuk semua acara kerana mungkin ada yang dihasilkan daripada kain yang tebal dan tidak menyerap peluh.

Memikirkan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun serta mengimpikan gaya yang kena dengan kehendak diri, jenama fesyen tempatan yang terkenal dengan konsep tunik longgar paras lutut, Ella tampil dengan himpunan Ella by Cipela yang diperbuat daripada helaian polos.

Hidayah Hassan (kiri) dan Dr Shasa Aziz sepakat menghasilkan Ella by Cipela untuk penggemar tunik. Foto: NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman.

Pengasas Ella, Dr Shasa Aziz dan Hidayah Hassan, sepakat memilih kain polos kerana selain faktor cuaca, kedua-duanya gemar kepada kesederhanaan, namun pada masa sama tetap mahu menyarung pakaian yang melambangkan cita rasa mereka.

Dr Shasa yang mengendalikan klinik pendengaran di Subang Jaya berkata, walaupun sentiasa mempunyai hari yang padat dengan tugas, beliau memastikan tidak ketinggalan dalam berfesyen

“Saya mempunyai jadual kerja yang ketat, dalam satu hari kadang-kadang ada beberapa acara yang perlu dihadiri. Oleh itu saya sentiasa tercari-cari baju yang boleh dipakai untuk semua acara.

“Oleh sebab itulah terhasilnya Ella yang mengutamakan helaian polos kerana bagi saya kain yang tiada bercorak boleh masuk untuk semua acara sama ada rasmi atau tidak,” katanya ketika ditemui di butik Ella by Cipela, di pusat beli-belah Bangsar, baru-baru ini.

Tunik Ella dan Leia sesuai untuk semua acara. Foto: NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman.

Pada peringkat permulaan, Ella ditampilkan dalam dua potongan iaitu Leia dan Ella. Kedua-duanya dihasilkan daripada kain bersifat sejuk, polos tanpa corak dan dengan simbahan warna semula jadi seperti warna tanah.

Sebagaimana yang dimahukan kedua-duanya, Dr Shasa dan Hidayah sepakat menjadikan Ella dan Leia sesuai untuk semua peringkat usia serta pada masa sama mempunyai kelebihan boleh disuai padan dengan kain mahupun seluar.

“Meskipun saya daripada bidang perubatan, saya gemar berfesyen dan mahu menyarung pakaian yang selesa serta memudahkan pergerakan, sebab itulah Ella dihasilkan dengan ciri sopan dan selesa

“Ella by Cipela menyediakan satu penampilan gaya yang lengkap daripada pakaian hinggalah kasut yang disarungkan, tidak terkecuali di butik sama turut ditawarkan selendang dan tas tangan cantik pelengkap gaya,” katanya.

Ella by Cipela turut menawarkan tas tangan comel sebagai pelengkap gaya. Foto: NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman.

Bermula daripada harga di bawah RM100 sehingga RM300 dan ke atas, Ella by Cipela juga boleh dibeli menerusi dalam talian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 1 May 2023

Janji Persembahan Bertenaga, Lenka Bakal Hiburkan Lebih 2,000 Peminat Di Malaysia Malam Ini

Penyanyi popular menerusi lagu Travel Is A Friend dan The Show, Lenka bakal menghiburkan peminat di Malaysia malam ini. Konsert yang berlangsung di lokasi muzik popular Zepp, Kuala Lumpur dijangka akan menghiburkan lebih 2,000 peminat […]

Featured Tue, 5 Apr 2022
Featured Tue, 21 Mar 2023

Fail Nusyuz, Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Suami Orang… Kesal Difitnah Abai Nafkah

Siapa yang boleh terima kalau mengetahui isteri kita ada berhubungan dengan suami orang?- Syamsul Yusof

Featured Thu, 16 Feb 2023
Featured Wed, 23 Feb 2022
Featured Sat, 22 May 2021

Berniqab Tetapi Tidak Memakai Pelitup Muka Tetap Salah -Ismail Sabri

Susulan tular kes selebriti yang berniqab tetapi tidak memakai pelitup muka baru baru ini, Menteri Kanan Keselamatan Dato Seri Ismail Sabri berkata perkara tersebut tetap salah. Menurut beliau, di bawah akta 342, seseorang individy diwajibkan […]

Eat Travel Mon, 17 Dec 2018

Cuba Resipi Nasi Goreng Ini Yang Gerenti Berkhasiat Untuk Anak Anda

Rasanya cukup sedap untuk menambat seleranya!