Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 26, 2020 @ 7:18pm

Rakyat baru pulang dari Indonesia paling tinggi positif COVID-19

Rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air dari Indonesia dikesan paling tinggi positif COVID-19 dengan 99 kes, berbanding negara lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga kini, sebanyak 139 kes positif COVID-19 dikesan daripada 12,672 rakyat yang pulang ke tanah air sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Katanya, semua rakyat yang pulang akan disaring dan dikuarantin wajib selama 14 hari di pusat kuarantin yang disediakan sebelum dibenarkan kembali ke rumah masing-masing bagi mengelakkan penularan kes import seperti yang berlaku di Kuching dan Kuantan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Putrajaya, hari ini. (Gambar BERNAMA)

“Ini menunjukkan aktiviti pendekatan tertumpu (targeted approach) yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini menunjukkan hasil yang diharapkan seperti mengekang penularan dalam kalangan kumpulan yang berisiko tinggi ini.

“KKM menjangka lebih banyak kes positif akan dikenal pasti dalam masa terdekat ini memandangkan aktiviti pendekatan tertumpu masih diteruskan,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Selain Indonesia, KKM mengesan 14 kes positif COVID-19 daripada rakyat yang pulang dari United Kingdom, Singapura (13 kes), Turki (lima kes), Belanda (tiga kes), Amerika Syarikat (dua kes) dan satu kes masing-masing pulang dari Thailand, Perancis dan Bangladesh.

Sementara itu, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan sebanyak 38 kes baharu positif COVID-19 dikesan sehingga jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 sebanyak 5,780 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,820 kes.

Terdapat 100 kes yang pulih dan dibenarkan keluar daripada hospital hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 sebanyak 3,862 kes  atau 66.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sehingga kini, seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 15 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Bagaimanapun, tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 98 kes atau 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Gambar utama: Gambar hiasan/NSTP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 21 Dec 2024
Trending Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Featured Fri, 27 Oct 2023
Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Shiha Zikir Percaya Wujudnya Gangguan Sihir Dalam Dunia Perniagaan – “Tapi Itu Bukan Sebab Utama Kedai Saya Ditutup”

Shiha Zikir menegaskan penutupan restorannya bukan kerana gangguan mistik, sebaliknya disebabkan kelemahan dalam menguruskan perniagaan.

Featured Fri, 14 Apr 2023

“Yang Mendengar Tak Ada Otak Ke?” – Reen Rahim Perjelas Tohmahan Pemalas Bangun Sahur

Siapa je yang tak marah kalau kena tuduh bukan-bukan kan😡😡😡

Hiburan Thu, 14 May 2026

“Jangan Suruh Lock Date Kalau Bajet Tak Ada” – Sarimah Ibrahim Tegur Produser Beri Harapan Palsu, Pelakon Jadi Hilang Motivasi

Sarimah turut mendakwa situasi tersebut menjadi antara punca ramai pelakon semakin hilang motivasi untuk terus aktif dalam industri seni.

error: Content is protected !!