Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Putri January 21, 2018 @ 1:55pm

Enot Bangkit Semula Dengan #YouCanDuit

Dah lama tak tengok Enot berlakon. Rindu pulak rasanya! Sebelum ini, Enot yang menderita kanser usus tahap dua beberapa tahun lalu memberitahu tindakannya menukar nombor telefon juga antara sebab dirinya sukar dicari pihak produksi.

Memetik laporan BH Online, hasrat Enot untuk kembali memeriahkan dunia lakonan akhirnya terlaksana apabila dilamar sutradara, Erma Fatima, membintangi teater muzikal seminar pertama di Malaysia berjudul #YouCanDuit – Pemangkin Pendapatan Digital, di Istana Budaya. Nampaknya ia menjadi percubaan pertama Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah berlakon teater di pentas berprestij berkenaan. Menerusi teater yang turut dibintangi oleh Nabila Huda dan Dynas Mokhtar itu, Enot membawakan watak Azimah.

Teater terbabit agak berbeza apabila menampilkan ‘speaker’ dalam kalangan artis seperti Datuk Rosyam Nor, Nabil Ahmad dan Fattah Amin. Masing-masing akan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam perniagaan dengan khalayak.

“Alhamdulillah, minat saya terhadap lakonan tidak pernah pudar. Memang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya tak banyak menerima undangan berlakon. Kali terakhir saya berlakon pun kira-kira dua tahun lalu, menerusi drama Bibik Bibikku siaran TV3.

“Jadi, saya memang teruja apabila dapat sama-sama menjayakan teater ini. Tambahan pula, ia dipentaskan di Istana Budaya. Saya berharap ia akan menjadi pembuka jalan untuk saya berlakon drama pula. Lagipun, saya memang sudah sihat dan boleh bekerja seperti biasa,” katanya.

Beliau yang kini turut rancak menjalankan perniagaan produk pelangsingan badan, Lemonex, berkata, tumpuannya sekarang adalah memajukan dirinya.

“Saya pernah berdepan dengan ujian, keperitan dan penderitaan yang teruk. Bagaimanapun saya mula bangkit semula pada tahun lalu. Kini, saya hanya mahu terus maju ke depan.

“Dalam soal jodoh pula, sudah tentu saya menipu jika mengatakan enggan memiliki sesiapa untuk berkongsi kasih sayang. Saya harap akan ditemukan dengan jodoh yang baik satu hari nanti. Paling utama, dia harus menerima dua anak saya,” katanya yang pernah dua kali mengalami keruntuhan rumah tangga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Jun 2025
Hiburan Tue, 11 Jun 2019
Events Wed, 5 Oct 2022
Events Fri, 26 Apr 2019

Ingin Menjadi Bintang? Serlahkan Bakat Di Nova Academy

Jadikan impian korang satu kenyataan!

Featured Mon, 14 Apr 2025
Featured Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Mon, 26 Aug 2019

黄若熙演唱多首未曝光创作!让媒体粉丝投选下一首新歌

刚入围台湾金曲奖的黄若熙选择在出道三周年庆当日举办新歌发布会,现场除了演唱多语创作新歌《只想说谢谢你》,也现场演唱了被电视电台媒体禁播入围金曲奖的歌曲《十种自杀的方法》。

Hiburan Fri, 3 Jan 2020

Aeril Zafrel’s Innocent Picture Of Son’s First Day Of School Become A Subject Of Cyber Bully

Sometimes these people on the Internet are too free that they have the time to attack on innocent people.

Hiburan Sat, 14 Jun 2025
error: Content is protected !!