Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom May 5, 2020 @ 4:30pm

Rakyat pamer kawalan kendiri tinggi pada hari pertama PKPB, kerajaan ucap tahniah!

Kebimbangan dan tanggapan ramai pelaksanaan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa semalam akan menjadi kelam-kabut, sedikit tersasar apabila rakyat mempamerkan disiplin dan kawalan kendiri tinggi.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mewakili kerajaan menzahirkan rasa berpuas hati terhadap kawalan kendiri dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) diamalkan orang ramai pada hari pertama PKPB.

“Jangkaan premis perniagaan akan sesak dan tiada pematuhan SOP seperti penjarakan sosial jelas meleset. Hasil laporan pemantauan mendapati premis perniagaan mengamalkan SOP ditetapkan.

“Mereka juga didapati mengambil suhu badan, mengehadkan jumlah pelanggan pada satu-satu masa dan memastikan pelanggan beratur di luar premis dalam jarak sosial dibenarkan, iaitu satu meter.

“Oleh itu, kerajaan ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada orang ramai atas kawalan kendiri dalam mematuhi SOP ditetapkan dan berharap amalan kawalan kendiri tinggi dapat diteruskan sepanjang masa bagi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan ,” katanya ketika sidang media selepas mesyuarat menteri mengenai pelaksanaan PKP, di Putrajaya, hari ini.

Tambah beliau meskipun pelaksanaan PKPB memberi sedikit kelonggaran dan membenarkan operasi perniagaan dijalankan, tidak bererti rakyat mempunyai lesen hijau untuk melanggar garis panduan yang ditetapkan.

Katanya, pendekatan pihak berkuasa masih sama seperti dulu sebagaimana dipraktikkan pada PKP fasa pertama, kedua dan ketiga.

“Pendekatan polis bermula dengan nasihat. Jika tidak mampu mengawal, akan ditingkatkan kepada beri amaran dan jika masih berdegil, akan dinaikkan kepada tindakan undang-undang,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, tindakan undang-undang yang dikenakan tetap sama, iaitu hukuman denda RM1,000, atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan kesalahan mengikut peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Task Force Operasi Pematuhan bagi pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPB di seluruh negara.

Pasukan khas itu terdiri daripada 14 agensi kerajaan yang diberi kuasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk melaksanakan pematuhan PKPB berkenaan, antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM); Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM); Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 29 Jun 2022
Events Thu, 12 May 2022

Semak Senarai Kategori Permohonan Rayuan BKM 2022 Yang TIDAK Dibenarkan Dibuat Secara Online

Haa, boleh semak mana tau ini punca bantuan BKM anda tidak berjaya…

Featured Mon, 30 Oct 2023
Featured Fri, 1 May 2020

Malala, Greta guna kuasa wanita tuntut hak

Saling menyokong antara satu sama lain

Featured Mon, 1 Dec 2025

Anzalna Nasir Syukur Suami Izin Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa – “Dia Mampu Sediakan Semuanya”

Anzalna syukur suami mampu sediakan keperluan dan memberi keizinan untuknay menjadi suri rumah sepenuh masa.

Featured Thu, 29 Dec 2022

Beri Kata Semangat Untuk Mereka Di Fasa Healing, Ramai Inginkan Perkongsian Hana Ismail – “Teruskan Buat Video Macam Ni…”

Pengacara Hana Ismail sering berkongsi nasihat dan kata-kata semangat kepada pengikut yang sedang berada di fasa sulit di laman TikTok. Terkini, Hana memuat naik lagi sebuah perkongsian bagi pengikutnya yang sedang berada di fasa ‘healing’ […]

Featured Thu, 25 Jun 2026

“Ada Yang Nilai Terlerainya Sangkar Namun Tak Pernah Tahu Mengapa Burung Memilih Terbang” – Luahan Aslam Selepas Sah Bercerai Dengan Marissa Raih Perhatian

Aslam menyorot perhatian selepas dia memuat naik luahan seolah-olah menggambarkan perasaannya pada ketika ini.

Featured Wed, 24 Feb 2021

Tarikh Tutup Pendaftaran BPR 2021 Dilanjutkan Sehingga…

Tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sebelum ini yang dibuka sehingga 15 Februari 2021, kini dilanjutkan sehingga 25 Februari esok. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, […]

error: Content is protected !!