Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar May 13, 2020 @ 8:48pm

Kejutan Kluster IPT, KKM buat siasatan kenal pasti punca jangkitan

Kemunculan kluster institusi pengajian tinggi (IPT) Sabah yang diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menimbulkan persoalan kemungkinan lebih ramai pelajar yang sudah dijangkiti COVID-19 daripada universiti yang sama.

Ramai beranggapan KKM kini bakal berdepan dengan isu baharu berikutan pergerakan besar-besaran yang dijalankan bagi menghantar pelajar IPT pulang sejak seminggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kluster IPT Sabah yang mencatat dua kes baharu positif COVID-19 hari ini kini disenaraikan antara tujuh kluster aktif yang masih dalam pemantauan KKM.

Katanya, ketika ini KKM sedang membuat siasatan rapi bagi mengenal pasti punca jangkitan COVID-19 dalam kluster berkenaan yang sehingga kini sudah mencatat tiga kes positif COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

“KKM memantau dengan teliti kes positif COVID-19 membabitkan dua pelajar yang kembali dari Semenanjung ke Sabah itu. Mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan.

“Sehubungan itu, KKM kini melaksanakan pengesanan kes aktif dengan menjalankan siasatan punca jangkitan COVID-19 termasuk di universiti pelajar terbabit dan sudah membuat saringan,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Selain kluster IPT di Sabah itu, enam lagi kluster aktif ialah Kluster Pedas yang membabitkan 20 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 151 kes, Kluster Madrasah Solok Duku dengan penambahan dua kes baharu (keseluruhan empat kes), Kluster Benus, Bentong tambahan satu kes (keseluruhan tiga kes), Kluster Pesantren tambahan satu kes (keseluruhan 231 kes), Kluster Selangor Mansion tambahan satu kes (keseluruhan 179 kes) dan Kluster Sendayan tambahan satu kes (keseluruhan 111 kes).

Orang ramai dan pekerja warga asing menunggu untuk membuat saringan COVID-19 di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan wabak COVID-19. (Gambar NSTP/KHIS/MOHD YUSNI ARIFFIN)

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan jangkitan dalam kalangan Kluster IPT Sabah itu berlaku di universiti sebelum mereka bergerak pulang ke Sabah.

“Meskipun pelajar berkenaan boleh dianggap sudah dikuarantin lebih empat minggu di kampus, mereka tetap terdedah kepada kakitangan universiti yang tidak dikuarantin.

“Oleh itu, besar kemungkinan pendedahan berlaku di kampus, namun KKM sedang membuat siasatan untuk mengenal pasti punca jangkitan,” katanya.

Dua kes baharu membabitkan pelajar IPT itu adalah sebahagian daripada 37 kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi. Jumlah itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,779 kes.

Pelajar disaring sebelum dihantar pulang, namun kini timbul persoalan berikutan tempoh inkubasi COVID-19 ialah 14 hari. (Gambar hiasan/NSTP)

Daripada 37 kes itu, sebanyak empat kes import dikesan dan selebihnya adalah33 kes penularan tempatan membabitkan 21 kes bukan warganegara Malaysia.

Selain itu, terdapat 58 kes yang pulih dan dibenarkan keluar hospital pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 5,281kes  atau 77.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,387 kes. KKM turut melaporkan seramai 16 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) turut melaporkan terdapat pertambahan dua lagi kes kematian berkaitan COVID-19, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 111 kes (1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 18 Mar 2022

“Perasaan Saya Awalnya Berbolak-Balik.. Sehinggalah Terjumpa Video Penghijrahan Nabil Ahmad” – Asfan Shah

Bukan mengikut ‘trend’, Asfan Shah mengakui terjentik hati selepas menonton luahan dan perjalanan hijrah pengacara Nabil Ahmad

Featured Wed, 21 Sep 2022
Featured Thu, 13 Jun 2024

Ibu Bapa Zayn Rayyan Selesai Diikat Jamin Sebanyak RM20,000

Kedua-dua pasangan itu diikat jamin oleh seorang penjamin

Featured Tue, 12 May 2020
Featured Tue, 26 Mar 2024
Featured Thu, 23 Jan 2025

“Jangan Berprasangka Buruk” – Netizen Gelar Hubungan Bersama Jefri Nichol Toksik, Ameera Khan Bidas Komen Jahat

“Honestly, kalau kita fikir postif, hidup kita lagi happy insyaa-Allah,” – LMK

Gaya Hidup Mon, 28 May 2018

Selalu Pakai Minyak Wangi? Ini 4 Tanggapan Salah Yang Anda Mungkin Ada Tentangnya

Untuk anda yang selalu pakai minyak wangi, take note ya!

error: Content is protected !!