Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar May 14, 2020 @ 8:41pm

85 peratus kes positif COVID-19 kluster tahfiz dikesan tidak bergejala

Kadar positif jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar dan kakitangan madrasah tahfiz (Kluster Tahfiz) meningkat 5.1 peratus berbanding hanya 4.4 peratus yang dicatat pada 7 Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkatan kadar positif Kluster Tahfiz itu amat membimbangkan, lebih-lebih lagi apabila Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati sebanyak 85 peratus daripada kes yang disaring tidak bergejala (asymptomatic).

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah  pada pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

“Seramai 539 kes atau 85 peratus daripada 635 kes positif COVID-19 membabitkan 370 Madrasah atau Sekolah Tahfiz didapati tidak bergejala dan mereka hanya diketahui positif COVID-19 selepas KKM melakukan saringan.

“Data ini amat membimbangkan lebih-lebih lagi apabila kadar positif dalam kalangan kumpulan berisiko ini turut meningkat, sekali gus menunjukkan kadar kebolehjangkitan juga amat tinggi terutama jika pelajar ini pulang ke kampung masing-masing dan mungkin menjangkiti ahli keluarga lain,” katanya pada pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Sehingga 14 Mei 2020 terdapat sebanyak enam kluster COVID-19 yang melibatkan madrasah tahfiz. Empat kluster itu adalah subkluster kepada perhimpunan di Seri Petaling yang dikunjungi sehingga lima kali oleh ahli jemaah tabligh daripada kluster Seri Petaling, manakala dua lagi masih dalam siasatan.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjalankan operasi nyahcemar bagi membantu perpindahan 132 pelajar tahfiz Madrasah Miftahul Ulum, Masjid Seri Petaling, Mac lalu. (Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

KKM mengenal pasti seramai 19,209 pelajar dan juga kakitangan daripada 370 madrasah tahfiz yang berdaftar. Daripada jumlah itu sebanyak 12,384 pensampalen dilakukan dan hasilnya sebanyak 635 kes positif COVID-19  (5.1 peratus) dikesan, 10,755 kes negatif COVID-19 serta 994 kes masih menunggu keputusan.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham menggesa pelajar atau kakitangan madrasah tahfiz termasuk sekolah tahfiz persendirian untuk tampil memberikan maklumat kepada KKM secepat mungkin.

“KKM membangunkan beberapa saranan sebagai pelan tindakan, iaitu pelajar madrasah atau pusat tahfiz yang sudah pulang ke rumah ibu bapa atau penjaga, dimohon menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Klinik Kesihatan atau hospital saringan KKM yang berdekatan untuk menjalani persampelan ujian COVID-19.

“Bagi pelajar yang belum pulang, diminta supaya kekal berada di madrasah atau pusat tahfiz, serta menghubungi PKD atau Klinik Kesihatan saringan terdekat agar dapat dijalankan aktiviti persampelan,” katanya.

Petugas KKM melakukan pensampalen bagi menyaring kakitangan dan pelajar di madrasah tahfiz. (Gambar daripada Facebook Dr Noor Hisham Abdullah)

Sementara itu, terdapat 70 kes yang pulih dan dibenarkan keluar hospital pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 5,351 kes  atau 78.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

KKM juga melaporkan terdapat 40 kes baharu positif COVID-19 yang dikesan setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,819 kes.

Kesemua 40 kes itu itu membabitkan penularan tempatan dengan 31 kes bukan warganegara Malaysia, namun tiada kes import dilaporkan. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,356 kes.

KKM turut melaporkan seramai 16 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, empat kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) turut melaporkan terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 112 kes (1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 26 Mar 2023

[VIDEO] Imam Shah Tak Boleh Fokus Berlakon Sama Dengan Hannah Delisha – “Isteri Comel Sangat Sampai Nak Gigit”

Amboiiiii, sweet sangat ni! Isteri comel, cantik.. Tak boleh fokus si suami 🤪🤪🥰

Featured Wed, 17 Nov 2021

Ikon Hijab Hana Tajima Tampil Dengan Imej Nampak Rambut, Akui Hadapi Tekanan

Pernah menjadi inspirasi buat ramai wanita untuk berhijab suatu ketika dahulu, Hana Tajima baru-baru ini mendedahkan imej baharunya yang menampakkan sebahagian rambut menerusi perkongsian di Instagram pada Ahad. Menurut Hana, dia mulai faham mengapa ‘role […]

Featured Tue, 28 Sep 2021

Kerajaan Tangguh Gelembung Pelancongan Ke Pulau Tioman Dan Genting Highlands

Kerajaan menangguhkan gelembung pelancongan domestik di Pulau Tioman dan Genting Highlands yang dilaporkan dibuka pada 1 Oktober ke satu tarikh akan dimaklumkan kelak. Menurut Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim, ia susulan kenyataan Perdana Menteri, […]

Featured Wed, 8 May 2024

Yusof Haslam Enggan Komen Dakwaan Ira Kazar Sudah Bersalin – “Please! Saya Tak Mahu Komen.. Itu Diluar Bidang Saya”

Alahai, sebak pula tengok. Apapun moga yang baik-baik sahaja buat keluarga Datuk😥

Events Wed, 18 Jun 2025

Nina Kho Dedah Terima Layanan ‘Double Standard’ Di China – “Makanan Pun Mereka Beza-Bezakan”

Demikian perkongsian pelakon Nina Kho ketika menjalani penggambaran di China baru-baru ini.

Featured Tue, 3 Dec 2024

“Jangan Ada Yang Hidung Tinggi, Ramai Penyanyi Baru Sudah Mula Lupa Diri” – Jadi Juri CSOIAM, Ziana Zain Mahu Kongsi Pengalaman

Demikian respons Ziana Zain apabila diberikan tugas menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap OIAM.

Featured Fri, 28 Jun 2019
error: Content is protected !!