Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom May 15, 2020 @ 11:51am

Sedekah untuk arwah papa, Nora Danish nangis teresak-esak berjaya khatam al-Quran

Dalam keadaan masih bertelekung dan memeluk senaskah al-Quran berwarna biru muda, pelakon berwajah comel, Nora Danish, 38, kelihatan menangis teresak-esak.

Tangisan yang turut mengundang sebak pengikutnya di Instagram, adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran apabila akhirnya berjaya khatam al-Quran, selepas bertahun-tahun niat itu tergendala.

Realitinya, sesiapa sahaja mampu menghabiskan bacaan novel beratus muka surat dalam masa sehari, tetapi untuk khatam sebuah al-Quran tidak ramai yang mampu melakukannya.

Foto: Instagram Nora Danish

Ketekunan aktres yang mencipta nama menerusi drama Puteri itu untuk menyudahkan bacaan 30 juzuk al-Quran, berlandaskan niat murni untuk menghadiahkan usaha itu kepada bapanya, Allahyarham Mohd Danish Hanif.

“Nak sangat hadiahkan pada arwah papa dalam bulan penuh keberkatan ni. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Ampunilah dosanya Ya Allah. Terimalah bacaan hamba-Mu yang tidak sempurna ini Ya Allah,” tulis Nora.

Mengakui permulaan yang agak lambat untuk mendapatkan rentak dan konsistensi dalam bacaan, namun begitu ibu kepada dua orang putera ini tidak lokek berkongsi pengalaman menghabiskan bacaan al-Quran walaupun caranya mungkin berbeza dengan orang lain.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ya Allah , Syukur Alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan. Mcm tak percaya dapat Khatam pada 9 malam terakhir Ramadhan ???? SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui. Khatam Quran ini Nora ingin sedekahkan Pada Arwah Papa. Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Ampunilah dosa dosa nya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah Maha Mengasihani , Maha Penyayang Dan Maha Pengampun ???????? Terima lah ya Allah bacaan hamba Mu yg tidak sempurna ini ????SesungguhNya Allah Maha Penerima. InsyaAllah Nora akan Khatam pula bersama ustazah / ustaz pabila semua dah ok. Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang , tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora Yg padat, niat Nak Khatam bertahun tahun tersekat. Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal , so nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan , takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadi nya , saya pula berminat dengan pen digital itu , Jadi saya pula start mengaji ???? Aturan Allah ???? Dan ditambahkan pula , bila lihat Instagram @elizadsharifuddin dah Khatam during MCO , lagi berkobar jiwa raga ini. Thank u babe, ???? u pendorong semangat I. Harap post nora ini , akan pula membuka niat pada mereka Yg lain. InsyaAllah. Sama sama kita share benda yang baik. Pada mula nya. Satu muka surat nak habiskan rasa susahhhhh nyaaaa. Lama lama 5 muka surat, jadi 10 , jadi 20 , jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari. Sampai Rasa tak sabar Nak bgn tido n start mengaji. MasyaAllah. Berkat Doa lepas solat bersungguh2 sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji. Nak sangat hadiah pada arwah papa dalam bulan penuh keberkatan ini. Allah Maha Mendengar. Terima kasih kepada PU Hafiz untuk Quran digital pen ini. Juga Terima kasih pada followers Yg Mendoakan Setiap kali nora share perjalanan Khatam ini. Dan perjalanan Khatam ini tidak akan sempurna tanpa Doa Suami & Ibu tercinta???? Terima kasih , love u both. Suami Yg byk bersabar mendengar suara sumbang Setiap hari ????????‍♀️???? Ada hikmah MCO ini Bagi saya. Boleh focus 110 percent. Kalau tidak ada je dugaan. Next , terjemahan ????

A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on

 

“Ya Allah syukur alhamdulillah, mengalir air mata kegembiraan. Macam tak percaya dapat khatam al-Quran pada sembilan malam terakhir Ramadan.

“Nampak mudah khatam ni bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora yang padat niat nak khatam bertahun-tahun tersekat.

“Pada mulanya satu muka surat nak habiskan rasa susah. Lama-lama lima muka surat jadi 10, jadi 20, jadi 30 dan seterusnya boleh cecah 150 muka surat satu hari.

“Sampai rasa tak sabar nak bangun tidur dan mula mengaji. Berkat doa sungguh-sungguh lepas Subuh sampai menangis minta Allah beri jalan mudah untuk mengaji,” tulisnya lagi.

Nora juga sempat menitipkan ucapan terima kasih kepada pengikut yang mendoakannya setiap kali dia berkongsi perjalanan khatam. Perjalanan khatam itu juga tidak akan sempurna tanpa doa suaminya dan ibu tercinta.

“Suami yang banyak bersabar mendengar suara sumbang setiap hari. Ada hikmah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Bagi saya, boleh fokus 110 peratus,” tulis Nora.

Selain Nora, antara selebriti lain yang turut menggunakan kesempatan PKP untuk menamatkan bacaan al-Quran adalah pelakon dan penyampai radio Siti Elizad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Jan 2024

Hentikan Sebar Berita Palsu…Hasnol Belum Meninggal Dunia, Masih Stabil & Sedang Dirawat Di Hospital

Kita sama-sama doakan agar kesihatan abang Hasnol baik-baik sahaja serta segera sembuh🤲🏻

Trending Wed, 27 Dec 2017

Saya Dilayan Seperti Hantu Selepas Disemadikan

Mati tujuh bulan kemudian yang balik ke rumah adalah “Hantu” , jadi yang mana satu ni?

Featured Tue, 20 Jan 2026

“Suara Perempuan Bukan Aurat, Fight Me!”- Ika Nabella Bukan Ajak Bergaduh Tapi Mahu Hujah

Ika juga tampil mengulas dengan lebih lanjut mengenai penggunaan frasa ‘Fight Me’ yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Featured Fri, 4 Nov 2022

[VIDEO] “Kalau Tau Suruh Dia Buat Silat Masa Kahwin” – Neelofa Terhibur PU Riz Terkejut Siap Buka Langkah Kuda!

Min saja ulang banyak kali video PU Riz bersilat 🤣🤣 Terkejut sangat ni hahaa

Hiburan Fri, 31 May 2024
Trending Tue, 3 Apr 2018

Tarian Alien Hijau Buat Dame Tu Cosita Tular, Caras Populariti Lagu Panama

Apa yang menariknya, selain irama yang menangkap, muzik video lagu Dame Tu Cosita turut mempamerkan aksi lucu alien berwarna hijau menari mengikut tempo.

error: Content is protected !!