Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops May 15, 2020 @ 11:51am

Jangan panik! Peguam jenayah ini kongsi perkara yang perlu dilakukan mangsa rogol

Rogol, aktiviti seksual secara paksa dan tanpa rela adalah satu jenayah berat yang meninggalkan kesan fizikal serta psikologi terhadap mangsa.

apa perlu dilakukan jika menjadi mangsa rogol

Kredit gambar: Hello Doktor

Kebiasaannya, mangsa rogol mungkin mengalami trauma atau takut untuk membuat laporan polis kerana berasa malu dengan pandangan masyarakat terhadap mereka.

apa perlu dilakukan jika menjadi mangsa rogol

Kredit gambar: Free Malaysia Today

Sudah semestinya kita tidak mahu lelaki durjana itu terlepas daripada kesalahan terkutuk yang dilakukan, justeru wanita perlu tahu apa perkara penting yang perlu dilakukan untuk membawa perogol ke muka pengadilan.

Menerusi perkongsian bebenang peguam jenayah, Irwan Sumadi di Twitter miliknya, antara fakta pahit yang perlu ditelan adalah kebanyakan kesalahan rogol yang membuatkan si tertuduh terlepas daripada tuduhan adalah disebabkan mangsa itu sendiri.

Sebagai wanita, amat penting untuk mengetahui hak dan mempunyai pengetahuan asas mengenai apa yang perlu dilakukan jika berlaku perkara buruk itu kepada diri sendiri ataupun orang terdekat.

Semoga perkongsian daripada Irwan dapat memberi manfaat kepada kita semua.

1. Jangan mandi dan jangan bersihkan bahagian sulit. Jangan basuh atau bersihkan pakaian ketika diserang. Jika terpaksa salin pakaian, simpan pakaian (luar dan dalam) yang dipakai ketika diserang di dalam plastik untuk diserahkan kepada polis atau hospital. Ini amat penting untuk pastikan spesimen penyerang seperti air mani, rambut, bulu dan air liur penyerang tidak hilang.

2. Selepas perkara tragis itu berlaku, kita mempunyai dua pilihan. Pertama, terus pergi ke balai polis atau kedua terus ke Jabatan Kecemasan Hospital untuk pemeriksaan. Ingat hanya laporan hospital kerajaan sahaja yang diterima untuk dijadikan bukti pendakwaan dan bukan hospital swasta.

Jika pergi ke balai polis terlebih dahulu, mangsa akan ditemani polis wanita ke hospital untuk mendapatkan laporan perubatan, asid deoksiribonukleik (DNA) dan sebagainya.

3. Apabila tiba di Jabatan Kecemasan, mangsa hanya perlu memberitahu kepada kakitangan Jabatan Kecemasan bahawa dirinya telah dirogol. Dengan serta-merta mangsa akan dilindungi dan dibawa masuk ke bilik khas terlindung bagi tujuan pemeriksaan oleh doktor. Sistem ini dipanggil One Stop Crisis Centre (OSCC) yang terdapat di semua hospital kerajaan di seluruh negara.

4. Masa adalah musuh apabila kes sebegini terjadi kerana untuk menyabitkan si tertuduh, pihak pendakwaan perlu membuktikan adanya penetrasi iaitu kemaluan lelaki masuk ke dalam kemaluan perempuan.

apa perlu dilakukan jika menjadi mangsa rogol

Kredit gambar: ABC7 New York

Perkara itu boleh dibuktikan menerusi laporan perubatan dan laporan DNA. Laporan adalah untuk memastikan ada atau tidak air mani atau DNA si penyerang di tubuh mangsa. Paling penting ada atau tidak DNA di kemaluan mangsa.

5. Kesan kecederaan di kemaluan juga adalah bukti. Lebih cepat mangsa datang ke hospital bagi tujuan pemeriksaan, lebih tinggi kebarangkalian bahan bukti dapat diambil kerana bahan bukti masih segar.

6. Melengahkan masa untuk membuat laporan akan membuatkan peluang untuk mendapatkan bahan bukti semakin tipis, justeru mangsa disarankan untuk terus buat laporan secepat mungkin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 31 May 2022
Featured Wed, 7 Jul 2021

3 Cara Mudah Mohon Moratorium Secara Automatik

Moratorium automatik selama 6 bulan bermula Julai telah diumumkan oleh Perdana Menteri untuk semua peminjam Individu B40, M40 & T20 di bawah Pakej Bantuan PEMULIH hari ini. Mulai hari ini, semua golongan peminjam boleh mendapatkan […]

Featured Fri, 8 Oct 2021

Tiada SOP Baru Untuk Rentas Negeri

Kerajaan mengumumkan tiada prosedur operasi standard (SOP) baharu yang akan dilakukan apabila rentas negeri dibenarkan dalam beberapa hari lagi. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kerajaan juga tidak akan mewajibkan pelaksanaan ujian kendiri COVID-19 kepada individu […]

Events Mon, 17 Feb 2025
Featured Fri, 2 Dec 2022

Netizen Kata Lelaki Meroyan Is Real! Adam Shahz Dedah Sudah Hilang Sabar, Dakwa Fatin Afeefa Menipu

Isu rumah tangga diantara pelakon Adam Shahz dan Fatin Afeefa nampaknya masih tidak menemui titik noktah apabila baru-baru ini Adam mendedahkan dia sudah hilang sabar dan tegas dalam mempertahankan haknya. Menurut Adam Shahz, dia tidak […]

Featured Mon, 1 Jun 2020

Janna Nick kongsi senaman mudah untuk kecilkan paha

Jika dia berjaya, anda juga boleh!

error: Content is protected !!