Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops July 22, 2019 @ 3:00pm

Hati-hati, salinan IC juga boleh disalah guna! Ikuti cara mencegahnya

Pernahkah anda kehilangan kad pengenalan? Mesti jantung berdegup kencang kerana kad pengenalan amat penting bukan saja diperlukan untuk sebarang urusan penting, tetapi juga sebagai identiti anda sebagai rakyat Malaysia.

Jika jatuh ke tangan orang yang berniat jahat, habislah. Penjenayah boleh mencuri identiti anda dan menggunakan kad pengenalan berkenaan untuk melakukan penipuan.

Contohnya, ia boleh digunakan untuk memohon kad kredit baharu. Tanpa disangka, suatu hari akan dimaklumkan mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan, padahal tidak pernah menggunakan kad itu.

Tidak kiralah sama ada kad pengenalan dicuri ataupun tercicir akibat kelalaian anda sendiri, anda perlu membuat laporan polis.

Kemudian, pergi ke mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan laporan polis terbabit untuk memohon kad pengenalan baharu.

Foto: Malaysia Aktif

Bagaimanapun, jangan ingat kad pengenalan anda sahaja yang boleh disalah guna, sebaliknya salinan fotostat juga boleh!

Contohnya, seorang individu menggunakan salinan kad pengenalan seseorang untuk mendapatkan perkhidmatan sebuah syarikat telekomunikasi.

Tiba-tiba pemilik kad pengenalan itu diberitahu bahawa dia berhutang sebanyak lebih RM3,000 dengan syarikat itu!

Bagi mencegah perkara ini daripada berlaku, ada satu perkara yang anda boleh lakukan sebelum anda memberikan salinan kad pengenalan kepada sesiapa.

Cara mengelakkan penipuan kad pengenalan 

Menurut Persatuan Pengguna Islam Malaysia, anda patut melukis dua garisan pada penjuru foto salinan IC anda.

Kemudian, pada garisan itu, tuliskan mengapa anda ingin memberikan salinan itu. Sebagai contoh, jika tujuannya adalah untuk memohon pinjaman rumah, tulis sahaja ‘urusan pinjaman rumah’.

Mudah, bukan?

Saksikan video di bawah ini untuk penjelasan selanjutnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 2 Jul 2018
Featured Fri, 3 Apr 2020

Kagum lihat Raja Permaisuri Agong tetap memasak ketika kuarantin  

Turut sedia sarapan untuk Yang di-Pertuan Agong

Gaya Hidup Tue, 2 Oct 2018
Gaya Hidup Mon, 29 Jan 2018

Berbuat Baik Panjangkan Usia

Menghulurkan tangan membantu mereka yang memerlukan bukan sahaja sesuatu yang mulia, malahan boleh memanjangkan usia juga, menurut satu kajian.

Featured Fri, 5 Jun 2020
Gaya Hidup Thu, 20 Dec 2018
Featured Mon, 20 Apr 2020

Bindi ulangi sejarah manis ibu, bertemu teman hidup di zoo

Sarung gaun berusia 55 tahun pada hari bahagia

Gaya Hidup Mon, 2 Apr 2018

Sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia: Ini 9 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Austime

Tahukah anda bahawa satu daripada 160 kanak-kanak di dunia adalah kanak-kanak autistik?

Featured Thu, 29 Dec 2022

“Kita Hidup Hanya Sekali” – Nasihat Andi Bernadee Buka Mata Netizen, Jadi Lebih Matang!

Pelakon dan penyanyi, Andi Bernadee memberi nasihat untuk tidak membenci antara satu sama lain. @syaaanzz._ that’s not good❣️#repost #xybca #fyp ♬ suara asli – Penyair Emosian Penyanyi lagu Donde itu berkongsi perkara terbabit menerusi rakaman […]

error: Content is protected !!