Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie May 15, 2020 @ 6:40pm

Denda RM1,000 atau 6 bulan penjara jika ingkar PKPB

Tiada lagi kata-kata nasihat, sebaliknya orang ramai yang didapati bersalah ingkar terhadap Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dikenakan kompaun RM1,000 atau enam bulan penjara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata hukuman berkenaan dilaksanakan bagi membuktikan Kerajaan mengambil serius terhadap individu yang melanggar PKPB atau prosedur operasi standard (SOP) yang sedang dikuatkuasakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini. Foto: Huzaini Daud.

“Tindakan ini dikenakan bagi memberi ingatan kepada orang ramai bahawa Kerajaan serius dengan langkah mengawal COVID-19 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Keputusan itu juga selaras dengan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan kawalan ketat dan tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan undang-undang terhadap mana-mana inividu yang bertindak melanggar PKPB dan SOP,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan PKPB di Putrajaya, hari ini.

Sehingga semalam, seramai 55 individu sudah ditahan kerana ingkar terhadap SOP berdasarkan Akta 342, berbanding pada Selasa lalu apabila hanya seorang individu yang ditahan diikuti 10 orang (Rabu) dan 44 orang ditahan semalam.

Orang ramai diminta patuh terhadap SOP dan peraturan dilakukan Kerajaan – gambar hiasan.Foto: NSTP/Muhamad Hazim Izam.

Katanya, tindakan sabit kesalahan juga bergantung kepada pihak polis yang membuka kertas siasatan sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Selain kompaun RM1,000 atau enam bulan penjara, pesalah juga berkemungkinan berhadapan kedua-dua hukuman sekali.

“Sehubungan itu, kita merayu kepada orang ramai agar patuh kepada SOP dan peraturan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Sep 2022
Featured Wed, 26 Mar 2025

Gabung Elemen Moden & Tradisional, Andi Bernadee Tampil Dengan ‘Inikan Hari Raya’

Penyanyi berbakat Andi Bernadee kembali dengan karya baharu, menandakan penampilan sulungnya dengan lagu Hari Raya secara solo.

Featured Mon, 17 Oct 2022

Konsert Gigi Nakal Sama Dengan Tarikh PRU15?

Mesti dah tak sabar kan peminat Gigi semua? PRU15 pun nak dekat dah?

Cahaya Mata Fri, 27 Jan 2023

Cantiknya Khadijah Alkubraa Nama Anak Ketiga Saharul Ridzwan!

Pelakon Saharul Ridzwan menimang anak ketiga pada Sabtu lalu. Berita gembira itu telah dikongsi sendiri oleh Saharul di laman Instagramnya yang memaparkan dia sedang mendukung puteri ketiganya dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati. “Subhanallah, Alhamdulillah, […]

Featured Sun, 12 Sep 2021
Featured Mon, 7 May 2018

Wanita Ini Mewarnakan Rambut Panjangnya Macam Pelangi, Rupanya Memang Memukau

Trend rambut bermacam-macam warna memang dah lama ada. Namun, warna rambut pelangi memang unik!

Featured Sun, 7 Aug 2022
Featured Wed, 8 Jan 2025

Terus Kunci Mulut, Uqasha Senrose Enggan Komen Isu Rumah Tangga Didakwa Berantakan

‘People will not stop talking’ – Uqasha Senrose

error: Content is protected !!