Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops May 21, 2020 @ 11:00am

Belum ada SOP khusus melarang kanak-kanak pergi ke tempat awam

Hari Raya bakal menjelang tiba. Walaupun raya pada kali ini disambut dalam suasana yang cukup berbeza kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun persiapan raya tetap dilakukan dengan penuh keterujaan.

Orang ramai mula melakukan persiapan raya pada saat-saat akhir antaranya membeli baju raya dan bahan-bahan masakan untuk hidangan pagi raya. Pastinya ada yang turut membawa anak-anak mereka ke tempat awam seperti pusat beli-belah dan pasar raya.

larangan bawa kanak-kanak pergi tempat awam

Kredit gambar: Harian Metro

Persoalannya, boleh atau wajarkah kanak-kanak yang merupakan golongan berisiko dibenarkan ke tempat awam?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan (KPK), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sebelum ini pernah berkata KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih mempertimbangkan cadangan untuk menguatkuasakan undang-undang bagi larangan keluar ke tempat awam membabitkan golongan berisiko khususnya kanak-kanak.

PKPB mungkin ditamatkan dan PKP dilaksanakan semula

Kredit gambar: Gulapop

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kerajaan hanya boleh menasihatkan ibu bapa supaya tidak membawa anak kecil ke pusat beli-belah bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Katanya, langkah itu dibuat selepas mengambil kira kesukaran untuk melaksanakan larangan terutama dalam isu membabitkan ibu atau bapa tunggal.

“Memang kita (MKN dan KKM) ada bincang mengenai isu ibu bapa yang membawa anak ke pusat beli-belah. Setakat ini tidak ada prosedur operasi standard (SOP) atau peraturan lagi, tetapi setiap hari pun saya dan KPK akan memberi nasihat.

“Kita sudah bincang dan ada beberapa implikasi lain yang perlu kita pertimbangkan, sebab itu kita tidak memutuskan apa-apa,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 19 Mei lalu.

Ismail Sabri berkata, SOP itu masih perlu dipertimbangkan kerana dalam sesetengah kes, ibu atau bapa tunggal terpaksa membawa bersama-sama anak kecil keluar bagi membeli barang keperluan kerana tiada sesiapa boleh menjaga anak mereka.

larangan bawa kanak-kanak pergi tempat awam

Kredit gambar: WNYC Studios

“Sebagai contoh, ada ibu tunggal yang mempunyai anak kecil, mereka tidak boleh meninggalkan anak di rumah atau dalam kereta kerana boleh membahayakan anak-anak itu. Tetapi jika bawa anak, mereka akan dikenakan kompaun sebagai contoh, oleh itu di mana mereka nak tinggalkan anak mereka.

“Kalau mereka bawa kena saman, kalau tidak bawa atau dikunci dalam rumah, mungkin apa-apa sahaja boleh berlaku. Kalau tinggalkan dalam kereta pula, takut ada kes kematian anak di dalam kereta. Jadi banyak pertimbangan yang kita perlu perincikan. Pihak KKM dan MKN akan bincang semula lebih terperinci agar tidak menimbulkan isu lain,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 20 Nov 2018
Gaya Hidup Mon, 9 Apr 2018

Cabut Bulu Dengan Menggunakan 3 Bahan Ini, Simple dan Gerenti Licin!

Pastinya kalau anda nak cabut bulu menggunakan pencabut bulu itu akan mengambil masa yang lama kan? Ada juga dalam kalangan kita tidak mahu mencukur sebab takut kesan cukur itu akan menjadi hitam.

Gaya Hidup Tue, 23 Apr 2019

10 kegunaan cecair pembersih yang genius selain membasmi kuman

Anda mungkin tidak pernah tahu sebelum ini!

Featured Mon, 14 Oct 2019

Belanjawan 2020 sedia 6 insentif untuk wanita

Peruntukan lebih holistik dengan pelbagai manfaat

Featured Fri, 29 May 2020
Gaya Hidup Fri, 28 Sep 2018
Gaya Hidup Mon, 1 Oct 2018

Doktor Ini Kongsi Tindakan Kecemasan Bagi Merawat Sengatan Tebuan

Kelemahan daya ketahanan dan kesan alergi pada mangsa itu sendiri akan mengorbankan nyawanya.

Featured Wed, 9 May 2018

Periuk Nasi Tempat Bersemadinya Cicak. Biar Betul?

Periuk nasi jadi kubur buat cicak. Gelinya!

Gaya Hidup Tue, 20 Feb 2018

Nak Gigi Kekal Putih Bersih Dan Bersinar? Jangan Makan Atau Minum 7 Bahan Ini

Tak perlu susah-susah dapatkan rawatan teeth bleaching, hanya elak atau kurangkan makanan ini.

Featured Fri, 15 May 2020

Denda RM1,000 atau 6 bulan penjara jika ingkar PKPB

Orang ramai diminta patuh arahan, elak dipenjara

error: Content is protected !!