Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops April 23, 2019 @ 9:00am

10 kegunaan cecair pembersih yang genius selain membasmi kuman

Jika anda ingin menikmati snek tetapi tidak sempat untuk mencuci tangan di singki kerana kesuntukan masa, pastikan anda ada produk pembasmi kuman berdekatan dengan anda.

Berfungsi untuk menghapuskan kuman, ia memang memudahkan kerja!

Pakar kulit tidak menggalakkan anda untuk menggunakannya secara berlebihan kerana ia boleh mengeringkan kulit.

Bagaimanapun selain membersihkan kulit, ada pelbagai lagi kegunaannya dalam kehidupan seharian yang anda mungkin tidak pernah terfikir.

1. Gilap barangan perak

Menurut Taste Of Home, ia boleh menembusi kotoran pada permukaan perak. Titiskan sedikit formula pembasmi kuman pada kain lembut dan sapu di atas kotoran.

2. Cuci kaca mata

Tidak perlu beli produk pembersih kanta mata! Cecair pembasmi kuman boleh bersihkan cap jari serta penyembur rambut daripada kaca kanta.

3. Gunakannya sebagai deodorant

Ketiak anda berbau disebabkan oleh bakteria. Gosokkan cecair pembasmi kuman pada ketiak, kesannya ia akan menghilangkan bau yang kurang menyenangkan pada ketiak jika anda terlupa untuk memakai deodorant.

4. Ubat jerawat

Foto: Everyday Health

Inflamasi jerawat terjadi disebabkan oleh bakteria pada kulit anda, jadi sapukan sedikit cecair pembasmi kuman untuk kelegaan segera. Ia juga boleh digunakan jika anda digigit serangga.

5. Bersihkan berus alat solek

Setelah mencuci berus anda seperti biasa, gosokkan sedikit formula cecair pembasmi kuman pada bahagian berus berkenaan. Biarkan ia kering secara semula jadi.

6. Hilangkan kotoran pada pakaian sebelum mencuci dengan mesin basuh

Sapukan sedikit pada kotoran, biarkan selama kira-kira tiga minit, pedapkan dengan  kain atau tisu dan kemudian cuci seperti biasa di dalam mesin.

7. Tanggalkan pelekat label

Gam pelekat memang sukar untuk dicuci dengan hanya sabun dan air. Tidak kiralah jika anda ingin menanggalkannya daripada kulit, perabot, dinding, pinggan baru atau beg tangan, cecair pembasmi kuman akan menyenangkan kerja.

8. Tanggalkan plaster tanpa rasa sakit

Foto: WikiHow

Sapukan sedikit  cecair pembasmi kuman pada bahagian pelekat plaster untuk melonggarkannya. Tunggu seminit dan kemudian tarik plaster berkenaan.

9. Bersihkan papan kekunci

Tahukah anda, keyboard anda boleh jadi sekotor tempat duduk mangkuk tandas? Pastikan tangan anda bersih, titiskan sedikit ceair pembasmi kuman ke atas kain (seelok-eloknya microfiber) dan bersihkan papan kekunci anda.

Teknik ini boleh juga digunakan untuk membersihkan tetikus atau permukaan telefon pintar anda.

10. Hilangkan kesan cap jari pada permukaan stainless steel

Kesan cap jari boleh menjejaskan rupa peralatan stainless steel anda, tetapi anda tidak perlu membeli pencuci khas untuk mengatasi masalah ini. Gunakan sahaja cecair pembasmi kuman. Sapukan dengan kain untuk menghilangkan kesan cap jari dan kesan minyak.

Sumber: Reader’s Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Jan 2023

Bantu Orang Kurang Siuman, Wak Doyok Confuse Nama Dikenali

Ikon fesyen dan pelakon, Wak Doyok menceritakan pengalaman memberi sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan.   View this post on Instagram   A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) Menerusi hantaran Wak di laman Instagram, […]

Featured Wed, 2 May 2018
Gaya Hidup Sun, 2 Dec 2018

9 Petanda Anda Sedang Dipergunakan Oleh Pasangan Cinta Anda

Tak kiralah anda dah kahwin atau belum, anda tak patut dibuli!

Featured Fri, 11 Oct 2019

Dr Amani, saintis wanita Malaysia pertama bekerja dengan NASA

Tiada halangan yang tidak boleh diatasi

Featured Mon, 11 May 2020
Gaya Hidup Thu, 31 Jan 2019

Apa nak hairan jadi janda, perpisahan dengan CEO jadikan MacKenzie wanita terkaya di dunia!

Bertuahnya dia, harta tujuh keturunan tidak habis makan! 

Featured Mon, 19 Aug 2019
Featured Wed, 17 Jan 2018

7 Makanan Bantu Tingkatkan Nafsu Seks!

Kita selalu dengar tentang ungkapan kehidupan bagaikan roller coaster. Namun, kita tidak sedar keghairahan nafsu seks wanita juga seperti roller coaster, ada turun dan naiknya. Ada waktu cukup membara, tapi ada ketika, ‘selera’ pun tak […]

error: Content is protected !!