Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Fadzlena Jafar May 28, 2020 @ 2:00pm

Resipi lemang cawan kertas PKPB, tak perlu susah-susah cari buluh

Bagi penggemar lemang, agak sukar untuk mencari juadah istimewa itu pada Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) ini.

Mungkin kerana sukar untuk mencari buluh sepanjang PKPB. Meskipun kelonggaran diberikan, tetapi mencari buluh di hutan pada detik yang penuh mencabar ini mungkin tidak begitu bersesuaian.

Oleh itu, ramai juga yang menggunakan pengetahuan sains ketika belajar dulu untuk menghasilkan lemang segera ketika tempoh PKPB.

Antaranya, perkongsian pemilik akaun Facebook Mohd Nor Salam Harun mengenai cara memasak lemang menggunakan cawan kertas menarik perhatian ramai warga siber.

Lemang cawan yang sudah siap dikukus. (Kredit gambar Facebook Mohd Nor Salam Harun)

Ketika dihubungi, Mohd Nor Salam berkata, resipi lemang itu diwarisi daripada ibunya, Noraini Aw Sulong dengan penambahbaikan kaedah memasak menggunakan cawan kertas.

“Pada musim PKPB ini, pergerakan menjadi sangat terhad dan menyukarkan kita untuk masuk ke hutan semata-mata hendak mencari buluh bagi memasak lemang. Jika sukar bagi masyarakat yang duduk di kampung seperti kami, apatah lagi yang duduk di bandar.

“Memandangkan ada sesetengah daripada kita bersemangat hendak masak sendiri sesuatu juadah itu walaupun boleh dibeli secara dalam talian. Oleh itu video ini saya buat khas untuk mereka yang hendak cuba memasak lemang sendiri terutama mereka yang merayakan Aidilfitri tahun ini di perantauan,” tulisnya.

Walaupun rasa lemang cawan ini tidak boleh lawan keenakan lemang dalam buluh, sekurang-kurangnya anda pasti berpuas hati kerana berjaya memasak sendiri lemang tahun ini.

Bahan-bahan:

Resipi ini untuk jumlah 5 lemang saiz cawan kecil.

– 2 cawan beras pulut (dicuci dan ditapis)

– 2 cawan santan cair ataupun 1 cawan santan pekat + 1 cawan air

– Garam secukup rasa

– Gula secukup rasa

– Cawan kertas

– Daun pisang (jika tiada, boleh guna kerajang aluminium)

Cara penyediaan:

  1. Basuh dan tapis beras pulut
  2. Masukkan gula dan garam ke dalam santan, kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan daun pisang ke dalam cawan.
  4. Masukkan beras pulut dengan anggaran ¾ daripada saiz cawan.
  5. Masukkan santan lebih sedikit daripada beras pulut.
  6. Kukus selama 1 ½ jam hingga dua jam supaya beras pulut betul-betul melekat.
  7. Apabila masak, keluarkan dan teruskan hentak cawan supaya lemang menjadi sedikit padat. Bagi yang hendak menjadikan lemang sedikit garing, selepas masak keluarkan lemang daripada cawan dan masak sekejap di dalam oven.

Kredit: Facebook Mohd Nor Salam Harun & Instagram: @lamlammakan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 May 2023
Featured Sat, 28 Jun 2025
Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

11 Tahun Tunggu Zuriat Kedua, Oktovia Manrose Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Pelakon Oktovia Manrose selamat melahirkan bayi perempuan pada 6 Disember lalu. Perkongsian tersebut telah dimuat naik sendiri oleh Oktovia atau nama sebenar Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman di laman Instagramnya dengan kapsyen yang cukup […]

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Tue, 9 Nov 2021

Gaji Minimum Baharu Bakal Diumum Tahun Depan

Kajian tersebut dijangka berakhir pada hujung tahun ini

Featured Mon, 22 Feb 2021

9 Tahun Nikahi Gadis Korea, Jehan Miskin Akhirnya Bergelar Bapa

Tahniah diucapkan buat pelakon kacak Jehan Miskin dan isteri Julie Camelia Rhee yang selamat menyambut kehadiran cahaya mata pertama mereka pada 20 Februari lalu. Menerusi laman Instagram miliknya, Jehan memuat naik beberapa keping foto bersama […]

Featured Wed, 5 Dec 2018

Sehingga Kini Tidak Ada Produk Vitamin C Yang Didaftarkan Dalam Bentuk Suntikan Oleh KKM!

Produk yang digunakan secara suntikan tidak boleh dikelaskan sebagai produk kosmetik.

error: Content is protected !!