Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar May 28, 2020 @ 7:25pm

Malaysia catat 10 kes baharu positif COVID-19, tiada kes kematian

Malaysia mencatat hanya 10 kes baharu positif COVID-19 setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah harian terendah dicatat sejak kes pertama dilaporkan pada 28 Januari 2020.

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan kesemua 10 kes baharu itu adalah penularan tempatan, membabitkan lima kes bukan warganegara Malaysia dan tiada kes import dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sekiranya penurunan jumlah kes positif COVID-19 itu dapat dikekalkan sehingga minggu pertama Jun 2020, Kerajaan mungkin akan mempertimbangkan untuk memberi lebih banyak kelonggaran khususnya sektor sosial selepas 9 Jun 2020.

“Kebimbangan KKM ialah musim perayaan. Jika kita dapat memantau kes harian dan mengekalkan pencapaian hari ini iaitu dua angka atau satu angka, dengan mengambil kira musim perayaan, mungkin Kerajaan akan membuka lebih banyak sektor sosial termasuk sektor pendidikan.

“Kita lihat jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan sudah berkurangan, hanya isu membabitkan warga asing. Jika kita dapat mengendalikan kedua-duanya, kita akan dapatkan menurunkan lagi jumlah kes positif COVID-19,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (kanan) ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan, hari ini. (Gambar BERNAMA)

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 menunjukkan kejayaan apabila Malaysia berjaya melandaikan lengkungan graf kes baharu harian sebelum Kerajaan mengambil langkah berani memperkenalkan PKP Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei 2020.

PKPB yang juga inisiatif Kerajaan dalam membuka semula ekonomi negara secara berhati-hati dan terkawal, di samping memastikan langkah pencegahan dan pembendungan penularan COVID-19 diberi keutamaan, turut membuahkan hasil apabila jumlah kes harian positif COVID-19 terus menurun.

Sejak hampir sebulan penguatkuasaan PKPB dijalankan, didapati jumlah kes positif COVID-19 dari 4 Mei 2020 sehingga 27 Mei 2020 adalah 1,189 kes.

Daripada jumlah itu, kes dalam kalangan warganegara Malaysia adalah hanya 22.7 peratus iaitu 270 kes, manakala 77.3 peratus pula membabitkan kes bukan warganegara iaitu 919 kes termasuk 383 kes bukan warganegara di dalam tiga  Depot Tahanan Imigresen.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, pelbagai aspek perlu diberi pertimbangan sebelum sebarang keputusan diambil termasuk keupayaan masyarakat untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan penularan baharu.

“Masa itu penting, kita perlu lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang perubahan pada polisi yang ada.

“Masyarakat perlu bekerjasama dengan KKM dengan mematuhi SOP, malah tanggungjawab dan disiplin sosial adalah amat penting untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19,” katanya.

Tinjauan Anggota polis membuat sekatan jalan raya (SJR ) untuk memantau pergerakan orang ramai balik ke ibu kota selepas berhari raya, mengikut SOP yang ditetapkan di Plaza Tol Gombak. (Gambar NSTP/KHIS/MAHZIR MAT ISA)

Sementara itu, KKM melaporkan terdapat 86 kes yang pulih dan dibenarkan keluar hospital pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 6,169 kes atau 80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Penambahan 10 kes baharu itu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 7,629 kes, justeru jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,345 kes.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC)  melaporkan tiada kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes, iaitu 1.51 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Begitupun, masih terdapat lapan kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan membabitkan empat kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Apr 2026

“Penuhi Jiwa Dengan Kasih Sayang, Sebab Kita Belum Tahu Takdir Esok” – Fazura

Nur Fazura berkongsi kata-kata positif apabila mengajak orang ramai untuk mengisi jiwa dengan kasih sayang dalam apa juga situasi.

Featured Sat, 11 Dec 2021

Kes Buli Pelajar di MRSM, Polis Tahan 6 Suspek Utama

Polis menahan enam suspek kes buli didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, seperti yang tular di media sosial pada Jumaat. Menurut Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid, […]

Featured Mon, 4 Oct 2021
Featured Fri, 30 Sep 2022
Featured Wed, 5 Apr 2023
Featured Tue, 11 Jun 2024
Featured Sat, 11 Nov 2023

“Tak Sanggup Tengok Isteri Saya, Ada Pembantu Pun Tak Cukup” – Jamal Abdillah Tak Rancang Tambah Zuriat Lagi

Betul juga tu kita yang tengok ni pun susah ek nak jaga anak yang masih kecik-kecil..

Featured Tue, 15 Nov 2022

Belanja Beatbox Ketika Ceramah, Hazwani Helmi Dapat Tepukan Gemuruh Pelajar – “Adik Tu Tepuk Macam Nak Tercabut Tangan”

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan pasangan adik-beradik yang juga aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi dan Datin Seri Heliza Helmi hadir ke sekolah untuk memberikan ceramah. @hazwanihelmiAl kisahnya nak kena ceramah. Tapi tak sangka […]

Featured Wed, 12 Jul 2023
error: Content is protected !!