Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops June 1, 2020 @ 10:00pm

Ibu hamil, jangan ambil ubat ini kerana berisiko menyebabkan bayi cacat

Setiap ibu hamil wajib ambil tahu mengenai jenis ubat-ubatan yang boleh diambil sepanjang tempoh kehamilan. Hal ini kerana jika tersalah ambil ubat, mungkin akan memberi risiko kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Kebanyakan doktor obstetrik dan ginekologi (O&G) melarang sebarang pengambilan ubat-ubatan ketika hamil terutama pada trimester pertama kehamilan kerana pada fasa berkenaan berlakunya proses pembentukan organ-organ penting bagi janin di dalam kandungan.

ibu hamil dilarang ambil ubat

Kredit gambar: The Jakarta Post

Menurut Facebook Kementerian Kesihatan, janin amat sensitif terhadap ubat-ubatan, malah pengambilan sesetengah ubat dalam tempoh berkenaan juga mungkin menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang atau kecacatan janin.

Walaupun sesetengah ubat dikategorikan sebagai selamat untuk diambil ketika hamil, ubat harus diberikan kepada ibu hamil hanya jika perlu dan dalam dos yang minimum.

Berikut antara ubat-ubatan yang perlu dielak oleh ibu hamil untuk mengelakkan risiko kecacatan bayi yang dikongsi oleh portal theAsianparent Malaysia.

1. Aspirin

Ubat yang digunakan untuk merawat sakit kepala dan migrain yang diambil pada awal kehamilan boleh membawa pada peningkatan risiko keguguran. Penyelidik turut percaya pengambilan aspirin dengan dos yang tinggi mampu memberi kesan pada pertumbuhan bayi dan meningkatkan risiko gangguan pada plasenta.

2. Captopil (Capoten)

Ubat captopil yang digunakan untuk merawat darah tinggi itu mampu menyebabkan kecacatan kongenital utama jika diambil pada trimester pertama.

3. Ponstan

Ubat tahan sakit ini tidak disyorkan pengambilannya ketika kehamilan melainkan dianggap penting oleh doktor yang merawat anda.

ibu hamil dilarang ambil ubat

Kredit gambar: Fazlina.com

4. Prozac

Prozac adalah jenama untuk fluoxetine dan digunakan untuk merawat kemurungan. Ubat ini adalah satu kumpulan antikemurungan yang dipanggil inhibitor serotonin reuptake terpilih (SSRIs) yang mana pengambilannya dikaitkan dengan kelahiran pramatang dan berat kelahiran yang rendah, tetapi pakar tidak pasti sepenuhnya mengenai perkara itu.

5. Roaccutane

Ubat yang digunakan untuk merawat jerawat itu jika diambil dalam dos yang rendah dan jangka masa pendek boleh menyebabkan risiko kecacatan bayi yang sangat tinggi termasuk ketidakupayaan intelektual, kecacatan jantung, kecacatan otak dan keabnormalan wajah.

6. Tetracycline

Sejenis antibiotik untuk merawat jerawat dan masalah pernafasan. Jika diambil selepas kehamilan empat bulan akan menyebabkan risiko perubahan warna gigi bayi.

7. Thalidomide

Ubat itu digunakan untuk merawat alahan mengandung atau ‘morning sickness’. Seeloknya, guna cara semula jadi untuk mengatasi rasa mual, pening kepala atau alahan ketika hamil.

ibu hamil dilarang ambil ubat

Kredit gambar: Tentang Ibu

8. Vitamin A (Dos tinggi)

Dos yang disyorkan ketika mengandung adalah 8,000 IU sehari, justeru pengambilan dos yang tinggi boleh menyebabkan risiko kecacatan kelahiran dan keracunan hati.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Jul 2022
Featured Wed, 6 May 2026

“Tak Payah DM Ajak Bertaaruf Bagai” – Ezzanie Jasny Perjelas Luahan Hati Soal Jodoh

Ezzanie Jasny menjelaskan, luahan peribadinya itu hanyalah sekadar perkongsian buat peminat.

Featured Wed, 24 Apr 2024

“Ada Wajah Yang Kita Tak Mahu Berpisah Tapi Terpaksa Melepaskannya” – Datuk Red

Deep betul pesanan Datuk Red. Sebak pula tengok video dia!🤧

Featured Wed, 1 Oct 2025

“Saya Masih Istiqamah Jaga Solat Hingga Hari Ini”- Angeline Tan Mahu Dalami Ilmu Agama

Antara perkara yang paling penting yang menjadi keutamaannya adala  sentiasa menjaga ibadah solat fardu lima waktu.

Featured Sat, 28 Jun 2025

“Tidak Semua Kebencian Datang Dari Kesalahan” – Hantaran Sheila Rusly Cetus Tanda Tanya

Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly mencuri perhatian selepas berkongsi hantaran di ruangan Instagram Story miliknya.

Cahaya Mata Fri, 9 Sep 2022
error: Content is protected !!