Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd November 16, 2020 @ 5:05pm

Lagu Cinta Kita 2: Minggu Terakhir Azwan Ali… Saingan Makin Panas, Jom Recap Episod 2!

Gandingan mantap pengacara popular Elly Mazlein dan Azwan Ali ternyata menghangatkan pentas Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) bagi episod kedua malam tadi. 

Apa yang lebih menarik perhatian ramai ialah persembahan peserta dan komen dari juri cinta ternyata lebih ‘panas’ berbanding minggu lepas.

Ini juga merupakan minggu terakhir Azwan muncul sebagai hos dan bermula minggu hadapan, Elly bakal digandingkan dengan pengacara lain.

Mas Idayu dan Hael Husaini bertindak sebagai juri cinta dan komposer terkenal, Ajai sekali lagi menjadi juri jemputan untuk minggu kedua ini. 

Jom kita recap komen dan persembahan episod kedua LCK2.

Afiff & Hidayah

Pentas Lagu Cinta Kita dibuka dengan persembahan pertama oleh Ariff & Hidayah. Kedua duanya menunjukkan keserasian yang baik menerusi duet lagu Belenggu Rindu. 

Mas Idayu : Mommy tadi tak nak tekan tapi sebenarnya dari segi suara, awak masuk. Mommy nak tengok persembahan seterusnya, penjiwaan awak. Mommy tak nak tengok persembahan syok sendiri. 

Ajai: Keserasian memang nampak. Dia ada penampilan tersendiri. Chemistry tu feeling tu sampai dekat saya. 

Hael: Saya nampak Hidayat menjadi tangga untuk Ariff. Hidayat banyak membantu dari segi performance dan chemistry yang diberi. Bila saya berduet, saya nak pasangan yg bagi saya macam tu. Like “come on!”

Muhaimin & Kodi

Walaupun melakukan persembahan yang di kira baik namun persembahan dari pasangan duet ini tidak dapat mencuri hati juri. 

Mas Idayu : Mommy rasa ada kurang sesuatu, pada mommy biasa saja. Saya suka suara Muhaimin tapi dia kena ada dua dua yang bermain di sini, bukan satu sahaja. So, biasa sahaja.

Ajai: Big point dekat sini, is feeling. Penghayatan Kodi dia terjaga jaga sangat. That’s why Mommy cakap dia rasa pada Muhaimin.

Hael: Untuk nyanyi berdua ni dia kena ada “spark” jadi bila “spark” tak ada, kitorang rasa susah nak tekan button ni.

Fariqwan & Mina

Persembahan pasangan ini ternayata mencuri hati para juri, persembahan kelas A daripada pasangan duet ini yang menyampaikan lagu Seiring Sejalan.

Ajai: Sebenarnya susah nak bawa lagu rancak, tapi dua orang ni macam battery sentiasa aktif. Tone and pitching is very perfect, so nice.

Hael: Ni first time saya tengok performance sampai lupa nak tekan button. Saya rasa terbuai. Persembahan ni buat saya mengelamun.

Mas idayu: Kita enjoy. Tapi, mommy nak cakap mommy nampak ada bunyi “Ajai” di sini, tak payah ikut penyanyi asal. Buat gaya sendiri.

Adly Sofwan & Darling

Persembahan pasangan duet ni membuatkan para juri “terbuai”, keserasian yang ditonjolkan juga sangat bagus ketika mempersembahkan lagu Malam Bulan Di Pagar Bintang.

Mas Idayu : Mommy terbuai dengan suara Darling, cuma Darling kena buka mulut bagi jelas sikit. Mommy suka persembahan awak. Sangat masuk. Macam diberi nafas baru. Mommy rasa ada chemistry, mommy nak tengok lagi.

Ajai: Darling mempunyai tone yang unik. Bila bercakap dan menyanyi sama so itu adalah identiti kamu sendiri. Saya nak bagi Adly peluang untuk lagu lain.

Hael: macam Ajai cakap, kita nak tunggu part yang special tapi bila saya fikir balik ada part harmonize daripada Adly, kat situ saya perasan ada chemistry.

Faez & Sarah

Persembahan lagu Hanya Memuji daripada pasangan duet ini gagal mencuri hati juri. Mungkin terdapat kekurangan daripada segi vokal dan teknikal.

Ajai: suara Faez banyak lagi kekurangan. Mungkin tak biasa lagu rancak, mungkim biasa nyanyi lagu slow. Karakter untuk lagu rancak, it’s not you. So sorry.

Hael: Saya kecewa sebab saya expect persembahan ni akan beri impak. Suara Faez dan Sarah dia macam..tak masuk

Mas Idayu: Malu la orang Johor nyanyi macam ni. Mommy rasa yang bagus Sarah. Faez rupa tu bonus, tapi keserasian pada suara memang tak ada. Mommy tak suka nyanyian dibuat buat untuk jadi sedap. Suara awak tak sedap. Awak struggle la untuk cuba beri juga.

Iss Arfan & Mya

Walaupun pada mulanya persembahan pasangan duet menyanyikan lagu Terima Kasih Cinta ini dilihat biasa, namun akhirnya pentas mereka bercantum. 

Mas Idayu : Mommy rasa on and off, on and off. Mommy kurang suka cara Mya tapi Mommy masih boleh terima dinamik Iss. Lagu ini tak ada energy yang cantik untuk awak dua tapi Mommy nak tengok lagi, bermakna mungkin ada sesuatu untuk lagu yang lain. Jadi, Mommy bagi peluang yang kedua.

Ajai: pada saya perfect, sebab untuk nyanyi lagu ni tak boleh straight note, combination passing note yang ada pada kamu dua is very perfect for this song

Hael: saya rasa overall chemistry yang ada pada Iss  dari segi R&B dan lenggok ada pada Mya juga.

Bagaimanapun, episod kedua LCK2 ini menyaksikan penyingkiran dua pasangan iaitu, Muhamin dan Kodi bersama Faez dan Sara. 

Manakala, pertukaran pasangan antara Akmal dan Fatin yang diberi peluang untuk beraksi dalam pentas LCK2 kali kedua, berakhir di sini. 

Jangan lupa teruskan sokongan anda dalam Lagu Cinta Kita 2 setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3 dan ia turut boleh distrim live HD di www.tonton.com.my.  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 14 Nov 2022

Mas Khan Dikecam Netizen Bela Anjing, Ada Tatu – “Saya Hanya Jadi Diri Sendiri”

Orang dulu-dulu bela anjing untuk jaga kawasan kebun.. So ni lebih kurang ke?

Hiburan Fri, 16 Feb 2024
Trending Thu, 4 Aug 2022

[VIDEO] “Puteri Roh Meresap” – Che Ta Risau Takhta Ratu ‘Dirampas’ Anak Perempuannya?

Wah nampaknya puteri sulung Che Ta bakal ganti takhta ibunya!

Trending Tue, 30 Jan 2024

Fathia Latiff Dedah Punca Dendam Dengan Zahirah Macwilson & Aiman Hakim?

Allahu kalau kena kat diri sendiri pun sedih diperlakukan macam tu..

Hiburan Sun, 8 Dec 2024
Trending Mon, 9 Apr 2018

儿灿笑收「苹果手机」开箱秒变眼神死

英国苏格兰喜剧演员希南(Joe Heenan)日前送儿子「苹果手机」当作复活节礼物,让他露出灿烂的笑容,没想到这居然是老爸用来恶作剧的道具,让儿子瞬间「眼神死」。

Featured Thu, 2 Dec 2021

Pengarah Mr Millennium Akui Sukar Realisasi Babak Era 60-an

Pengarah drama Mr Millennium, Azmi Hata mengakui cabaran semasa sesi penggambaran bagi drama itu sukar kerana mempunyai genre komedi dan penggambaran untuk babak era 60-an. Mengulas cabaran sepanjang sesi penggambaran, Azmi memuji pelakon yang mampu […]

Hiburan Mon, 25 Sep 2023
error: Content is protected !!