Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 20, 2020 @ 5:17pm

SFMM35: Nabila Razali Tidak Dapat Membuat Persembahan Peluang Kedua

Penyanyi Nabila Razali tidak dapat menyampaikan lagu Peluang Kedua di Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang bakal berlangsung bermula malam ini.

Pengurus Nabila, Mohd Asrul Abdul Talib memaklumkan perkara terbabit menerusi sebuah kenyataan media.

“Dukacita saya ingin memaklumkan bahawa artis di bawah jagaan saya, Nabila Razali tidak dapat membuat persembahan di SFMM35 atas masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.

“Keputusan ini dibuat atas nasihat doktor, guru vokal Datuk Syafinaz Selamat dan juga komposer lagu Peluang Kedua, Hael Husaini & MFMF,” katanya.

Mohd Asrul Abdul Talib, Pengurus Nabila Razali

Tambah Asrul, beberapa alternatif telah dilakukan untuk memulihkan kesihatan Nabila.

“Pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar namun berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik.

“Ini adalah keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SFMM35 antara yang menjadi impian Nabila sebagai penyanyi.

“Dia sudah menjalani latihan vokal sejak September lalu dengan Syafinaz sebagai persiapan awal. Namun masalah ini dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk,” katanya lagi.

Nabila sepatutnya menyanyikan lagu ini pada hari terakhir penganjuran SFMM35, Ahad ini (22 November).

“Pihak kami masih mengusahakan siapa pengganti terbaik untuk lagu ini. Sebarang perkembangan mengenainya akan diberitahu kemudian.

“Pihak produksi juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini. Segala kesulitan amatlah kami kesali,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: SFMM35: Jom Semak Senarai Terbaru Giliran Persembahan Jumaat, Sabtu & Ahad Ini!

SFMM35 akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut iaitu pada hari Jumaat hingga Ahad, 20, 21 dan 22 November 2020.

Mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP), SFMM35 akan bersiaran tanpa penonton seperti program-program siaran langsung yang lain dan akan bersiaran pada pukul 9 hingga 11 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Lagu manakah pilihan anda? Gunakan tanda pagar #sfmm35 di laman media sosial anda sebagai sokongan lagu kegemaran anda. Untuk maklumat lanjut, layari www.xtra.com.my dan laman media sosial rasmi Facebook, Twitter dan Instagram @TV3Malaysia serta Instagram @senangterhibur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Dec 2022
Featured Thu, 18 Aug 2022

Didakwa Guna Pengaruh Bapa Mertua, Jovian Akui Terkilan

Jovian terkilan dengan sikap netizen

Trending Thu, 22 Feb 2018

KENAPA WANITA SUKAR DIFAHAMI?

Kaum lelaki harus faham, wanita tidak berterus terang dan selalunya menggunakan pendekatan ‘berkias’. Seringkali, lelaki perlu berusaha memahami segala kehendak wanita.

Hiburan Tue, 18 Nov 2025

“Tak Pernah Terlambat Untuk Perbaiki Diri, Hubungan Atau Keadaan” – Diana Danielle

Diana Danielle berkata selagi perubahan itu membawa kebaikan, ia tetap berbaloi untuk dicuba.

Featured Wed, 22 Sep 2021
Trending Thu, 10 May 2018

极似黑武士披风! IKEA「暗黑雨衣」来了

IKEA身为家具龙头,近期疯狂与众多潮流品牌推出联名商品,如Off-White、STAMPD等,除了家具IKEA也推出联名服饰,全新的尝试令人耳目一新。

Hiburan Thu, 11 May 2023

Dikecam Netizen Pakai Crop Top Wanita, DC Willie Tampil Beri Penjelasan

Penyanyi rap baharu, DC Willie dikecam netizen kerana membuat persembahan dengan mengenakan pakaian wanita jenis ‘crop top’, baru-baru ini. Pakaian tersebut meraih perhatian netizen yang memberitahu ia tidak sesuai dipakai oleh lelaki, apatah lagi seorang […]

error: Content is protected !!