Trending By: Padin November 23, 2020 @ 4:16am

“Saya Harap Semuanya Selamat” – Sedih SFMM35 Ditunda, Aina Abdul Yakin Ada Hikmah

Penyanyi dan komposer Aina Abdul yang sepatutnya membuat persembahan pada episod ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) malam tadi mengakui sedih dengan penundaan program terbabit.

Namun begitu, pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani, 27, ini akur dengan keputusan yang telah dimuktamadkan oleh pihak produksi.

Terdahulu, penyanyi Alif Satar yang membuat persembahan pada episod pertama SFMM35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam disahkan positif jangkitan Covid-19 semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: SFMM35 Ditunda, Alif Satar Positif COVID-19

Aina yang bertanding menerusi lagu Semalam ciptaannya sendiri menganggap ada hikmah di sebalik semua kejadian.

“Sejujurnya saya sedih, semua persediaan telah dilakukan. Ada lima individu yang berada dalam team saya dan mereka gigih berusaha untuk menjayakan Semalam di SFMM35.

“Apabila saya dapat tahu episod ketiga SFMM35 ditunda, saya tak fikir mengenai diri sendiri, saya terus teringat team saya yang sudah bekerja keras dan keadaan yang berlaku sekarang.

“Namun begitu, saya anggap semuanya sudah tertulis dan apa yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri. Semua yang terjadi adalah aturan Allah.

“Mungkin penundaan ini adalah untuk membuatkan kita semua sama-sama beringat serta ia juga boleh membendung masalah lebih teruk yang mungkin bakal berlaku jika ia tetap diteruskan,” katanya kepada Xtra.

Tambah pelantun lagu Sumpah ini lagi, dia enggan berfikiran negatif dan turut berharap agar Alif segera sembuh.

“Kita fikir yang baik-baik saja, tak mahu berfikiran negatif. Alhamdulillah, saya dan team sudah membuat ujian saringan Covid-19 malam tadi.

“Saya juga berharap agar keputusan ujian saringan semua tenaga kerja yang terlibat dengan SFMM35 negatif dan saya juga berharap agar Allah permudahkan kesembuhan Alif,” katanya lagi.

Selain SFMM35, Aina juga terlibat dalam Vokal Mania sebagai idol bersama Tomok, Lan Solo dan Indah Ruhaila.

Jangan lupa undi peserta kegemaran anda di www.xtra.com.my/vokalmania dan saksikan Vokal Mania setiap Sabtu, pukul 9 malam, di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 15 Jun 2018

Bukti Seorang Bapa Sanggup Lakukan Apa Saja Demi Anak

Bapa ini mahu berkahwin untuk selamatkan anak, rela jadi pengantin/pekerja seumur hidup untuk membayar hutang sekiranya anda membantu menanggung kos rawatan anak saya…

Featured Fri, 7 Oct 2022

Rebecca Nur Al Islam Berkemungkinan Terpaksa Gugurkan Kandungan Anak Keenam

Allahu kenapa pula tu? Semoga dipermudahkan segala urusan

Trending Mon, 16 Aug 2021
Hiburan Fri, 23 Jun 2023
Events Sat, 6 Aug 2022

‘Bisik’ Pasal Crush, Irfan Haris Hasil Single Ke-8 – “Saya Harap Dia Tahu Lagu Ini Untuk Dia”

Korang yang ada crush tu mungkin boleh BISIK macam Irfan Haris jugak 😂 Apapun tahniah Irfan sebab lagu berjaya masuk carta RIM 👏 Dah jom sendu sama-sama!