Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 26, 2020 @ 9:43am

Vokal Mania: Sabtu Ini Tetap ‘On’, Aina Abdul Bakal Buat Persembahan Dari Rumah

Penyanyi Aina Abdul yang kini sedang menjalani kuarantin akan tetap bertarung di Vokal Mania dan bakal membuat persembahan dari rumah.

Memetik laporan Harian Metro, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 27, sedang menjalani kuarantin di rumah selepas terlibat dengan episod ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) Ahad lalu.

Siaran langsung episod ketiga SFMM35 yang dijadualkan berlangsung pada Ahad lalu ditunda kerana salah seorang penyanyi yang bertanding di episod pertama, Alif Satar disahkan positif Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: SFMM35 Ditunda, Alif Satar Positif COVID-19

Menurut Pengurus Besar, Produksi Hiburan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad yang juga Penerbit Eksekutif Vokal Mania, Mas Ayu Ali, perkara tersebut merupakan salah satu kelainan yang dipaparkan dalam Vokal Mania minggu ini.

“Memandangkan Aina sedang menjalani kuarantin, jadi dia akan membuat persembahan di rumah. Selebihnya iaitu Lan Solo, Indah Ruhaila dan Tomok akan berada di studio seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Harap Semuanya Selamat” – Sedih SFMM35 Ditunda, Aina Abdul Yakin Ada Hikmah

“Bagi segmen duet pula, rookie iaitu peserta akan menyanyi di studio dan Aina di rumah. Bermula minggu ini pematuhan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat selain sentiasa mengingatkan perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, Mas Ayu menjelaskan yang Vokal Mania tidak akan menggunakan khidmat kru produksi dan pasukan bahagian lain dari SFMM35.

“Kita tidak akan menggunakan kru dan kakitangan dari SFMM 35 sebab mereka masih menjalani proses kuarantin selama 14 hari walaupun semua negatif.

“Pada minggu ini, kehadiran orang akan dihadkan. Penari tidak lebih empat orang dan artis akan bersiap di rumah masing-masing. Artis pula hanya dibenarkan membawa pengurus atau pembantu peribadi sahaja.

“Dalam masa sama, jurutera, kontraktor, jurusolek dan sesiapa yang berkenaan semua orang lain, bukan krew SFMM35. Kita tidak mahu yang ada kaitan dengan SFMM 35 kerana mahu ambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Jangan lupa undi rookie kegemaran anda di www.xtra.com.my/vokalmania dan saksikan Vokal Mania setiap Sabtu, pukul 9 malam, di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 May 2025
Featured Thu, 10 Jun 2021

“Buat Laki Macam Hamba Abdi..”- Penonton Emosi Dengan Lakonan Didie Alias Dalam Drama Cukup Derita Itu

Penangan  Drama Cukup Derita Itu yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 sejak 6 Mei lalu ternyata memberi impak di hati para penonton Lakonan hebat Hisyam Hamid, Ruhainies, Didie Alias , Chacha Maembong dan Farhan Asri. […]

Featured Tue, 15 Aug 2023

“Bazir Masa Nak Fikir Pasal Cinta, Yeah Aku Sakit!” – Muat Naik Video Di IG, Mimi Lana Cetus Spekulasi

Pelakon Mimi Lana sekali lagi mencuri tumpuan selepas memuat naik hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya seolah-olah memberikan gambaran mengenai perasaannya pada ketika ini. Menerusi hantaran tersebut, Mimi kelihatan sedang duduk di atas katil sambil […]

Hiburan Sat, 16 Aug 2025

“Tak Perlu Kutuk Atau Marah, Selepas Ini Tiada Lagi 4U2C” – AC Mizal Sebak Umum Konsert September Sebagai Pentas Perpisahan

AC Mizal menyeru peminat beli tiket konsert menyaksikan persembahan terakhir 4U2C sebagai kumpulan rap era 90-an

Hiburan Thu, 7 Mar 2024
Hiburan Tue, 30 Jan 2024
error: Content is protected !!