Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 29, 2020 @ 7:45am

Luah Rasa Cinta, Aizat Amdan Zahirkan Lamaran Romantis

Hampir 12 tahun bergelumang dalam dunia seni, penyanyi Aizat Amdan berjaya membina jenama muziknya sendiri.

Sinonim dengan lagu-lagu cinta, penyanyi dan komposer yang mesra disapa sebagai Aizat ini bagaikan mempunyai sentuhan sakti dalam menghasilkan lagu hits bertemakan cinta.

Memiliki gaya tersendiri dalam bercerita tentang kisah cinta melalui lagu, Aizat pernah popular dengan beberapa lagu-lagu hits bertemakan cinta seperti ‘Hanya Kau Yang Mampu’, ‘Lagu Kita’, ‘Susun Silang Kata’, ‘Waktu’ dan ‘Sampai Ke Hari Tua’.

Menerusi lagu popularnya ‘Sampai Ke Hari Tua’ yang sering menjadi lagu pilihan untuk dimainkan di majlis perkahwinan dan telah mencapai jutaan tontonan dan putaran di platform muzik digital membuktikan kejayaan formula muzik Aizat.

Bagi mengukuhkan lagi statusnya sebagai penyanyi dan komposer lagu berunsur cinta, Aizat menzahirkan lamaran romantis menerusi karya terbaharunya berjudul, Tekad.

Lagu yang berkisar tentang seorang pencinta yang tekad untuk mengabadikan seluruh hidupnya buat sang kekasih menerusi ikatan perkahwinan.

Mengulas tentang karya ciptaan penuhnya ini, Aizat berkata:

“Sekiranya ‘Sampai Ke Hari Tua’ sinonim sebagai lagu untuk orang yang bakal atau sudah berumahtangga. ‘Tekad’ ini saya tulis untuk menggambarkan hubungan bahagia yang membawa ke ikatan perkahwinan. Susah nak jumpa lagu Melayu pasal lamaran ajak kahwin. Sebab itulah saya tulis lagu ‘Tekad’ ini agar ia boleh digunakan untuk situasi sebegitu.

“Saya berharap agar lagu ‘Tekad’ ini bukan saja diterima baik oleh peminat dan mampu mengulangi kejayaan lagu-lagu yang pernah saya hasilkan sebelum ini. Semoga dengan tema unik dalam lagu ini, ‘Tekad’ mampu kekal relevan dan menjadi lagu siulan pasangan bercinta sepanjang zaman,” jelas Aizat lagi.

Tekad merupakan terbitan Kasi Gegar Entertainment dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Single ini  boleh didapati dikesemua pelantar digital bermula 27 November 2020.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 17 Dec 2023
Hiburan Sun, 3 Mar 2024
Hiburan Sat, 4 Oct 2025

Fattah Amin Rai ‘Birthday’ Anak Dengan Tema Unicorn, Momen Amira Othman & Fatima Raih Tumpuan

Fattah Amin dan isteri, Amira Othman sambut birthday Fatima dengan meriah

Trending Mon, 18 Apr 2022

Rugi RM152,500… Lelaki Didakwa Menipu ‘Bakal Isteri’

Seorang lelaki dituduh menipu seorang wanita wang tunai dan barang kemas untuk perkahwinan yang tak wujud..

Trending Thu, 11 Jul 2019

“This Roti Jala is More Structured than My Life”

People are suddenly craving for Roti Jala because of this…

Trending Tue, 24 Nov 2020
Featured Wed, 5 Jan 2022

‘Scammer’ Kini Berani Buat Panggilan Video Palsu Guna Wajah Pegawai Polis

Polis mengesan satu sindiket penipuan dalam talian ‘Macau Scam’ yang disyaki membuat panggilan video palsu menggunakan gambar wajah pegawai polis. Menurut laporan daripada Bernama, anggota sindiket akan memaklumkan mangsa terlibat dengan kes pengubahan wang haram […]

error: Content is protected !!