Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin December 2, 2020 @ 11:10am

Golongan B40 TIDAK Perlu Dokumen Tangguh Bayaran Pinjaman Bank, M40 Perlu Isytihar kendiri

Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, kerajaan telah mengumumkan semua bantuan yang dihulurkan kepada rakyat adalah untuk meringankan beban mereka termasuklah menawarkan penangguhan ansuran bank.

Setakat ini, beberapa buah bank secara rasminya mengumumkan penawaran moratorium kepada semua pelanggan mereka tidak kira secara individual atau syarikat kecil dan sederhana.

Kelulusan 24 jam dan secara automatik

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, permohonan moratorium bagi golongan B40 dan PKS Mikro akan mendapat kelulusan bank dalam masa 24 jam iaitu secara automatik.

Namun, bagi golongan M40 pula mereka tidak memerlukan sebarang dokumen tetapi perlu self-declaration yang akan mengambil masa selama satu hingga 5 hari dari tarikh permohonan.

Peminjam juga diberi pilihan

Tambahnya lagi, selain menambah baik Bantuan Bayaran Bersasar kepada golongan B40 yang juga merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan bakal penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan kepada perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman yang diluluskan sehingga 150 ribu ringgit, peminjam juga akan diberikan pilihan.

  1. Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan
  2.  Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama 6 bulan

Manakala peminjam yang layak perlu menghubungi bank untuk proses dokumentasi.

Bagi golongan M40, proses bayaran balik pinjaman akan dipermudahkan. Peminjam hanya perlu membuat pengisythiharan kendiri atau self-declaration pengurangan pendapatan untuk, mendapatkan bantuan bayaran balik. Dan bayaran ini akan bermula Disember ini.

Selain itu, ini 8 perkara yang perlu anda tahu mengenai Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Secara Bersasar ;

Sumber : BH, Bank Negara Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Jan 2025

Ameera Khan, Jefri Nichol Hangat Bercinta, Netizen ‘Bitter’ Tinggal Komen Sarkastik – “Touch And Go Je lah”

rata-rata dalam kalangan netizen memberikan pelbagai respons terhadap hantaran mesra pasangan itu.

Featured Sat, 24 Sep 2022
Featured Mon, 9 Jan 2023

[VIDEO] Aeril Zafrel, Wawa Zainal Komen Isu Kahwin Lagi – “Jangan Kau Mengundang, Nanti Penyondol Datang..”

Alamakk, isu sensitif ni. Bak kata Wawa semua orang tengah emo isu kahwin dua, tak pepasal kan dah kena marah tuu 🤣🤣🤪

Hiburan Wed, 11 Oct 2023

“Korang Ingat Tak Berjuta Ke Bapa Aku Invest Dekat Dia?” – Adik Lelaki Tampil Perjelas Isu Rumah Nak Dijual, Shila Amzah Bengang Kena ‘Mute’

Alamak makin panas isu jual rumah ni.. Semoga perkara ni boleh selesaikan dengan cara baik sesama adik beradik

Featured Mon, 7 Aug 2023
Cahaya Mata Fri, 12 Aug 2022

Puteri Sulung Ayie Floor 88 Pelengkap Kebahagiaan – “Belum Sedia Kongsi Wajah Anak Kerana…”

Alhamdulillah.. Bukan senang kan jadi bapa ni sangat mencabar lagi-lagi nak jaga baby tu.

Featured Fri, 3 Sep 2021

Dipanggil Menghadap TMJ 3 Kali, Rupanya Penyanyi Lagu Parodi Ini Diminta Untuk…

Baru-baru ini tular kisah mengenai penyanyi parodi lagu My Sejahtera Way, Azman Naim yang telah dititahkan ntuk menghadap Sultan Johor. Memetik laporan Harian Metro, rupa-rupanya sudah tiga kali Azman dipanggil pihak istana untuk menghadap TMJ. […]

Hiburan Fri, 12 Dec 2025

Raih 124,448,198 Undian, Ernie Zakri Menangis Bawa Pulang Trofi Bintang Paling Popular! Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH 37!

Ernie Zakri menangis, tidak sangka rangkul anugerah bintang paling popular ABPBH37

error: Content is protected !!