Trending By: Salma Syahbuddin December 3, 2020 @ 8:58am

BPN 2.0 : Bayaran Fasa Ke-2 Dibuat Bermula Januari 2021

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz  sebelum ini memaklumkan pembayaran fasa pertama sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.

Manakala, bayaran fasa ke-2 dan permohonan baharu serta rayuan yang diluluskan bagi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan dibuat dalam bulan Januari 2021.

Penerima BPN tidak mempunyai akaun bank

Bagi penerima yang layak mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tetapi tidak mempunyai akaun bank, pengeluaran boleh dilaksanakan di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 26 Oktober 2020.

Sementara itu, bagi Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 pula, pemohon boleh menyemak status permohonan sejak 27 November lalu, manakala pembayaran sudah dibuat sejak 30 November 2020.

Dan, bagi Program Subsidi Upah 2.0 (PSU) bayaran telahpun bermula sejak Oktober 2020. Dan,sebanyak RM164.26 juta telah dibelanjakan bagi membantu  34,479 majikan untuk terus beroperasi disamping mengekalkan seramai 273,767 pekerja.

Permohonan baharu bagi PSU 2.0 masih dibuka kepada majikan sehingga 31 Disember ini.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 14 Mar 2021

SOP Lebih Ketat, AJL35 Harus Dijadikan Rujukan

Tak sabar nak tahu siapa agaknya juara #AJL35 nanti….

Featured Thu, 27 Apr 2023
Hiburan Thu, 18 May 2023
Trending Mon, 17 Jul 2023

Warga Emas Berkerusi Roda & Anak Didakwa Rogol Gadis Bawah Umur Dalam Kereta

Dah lebih umur sepatutnya tambah amal ibadah tapi tulah…

Trending Fri, 2 Apr 2021

Pengeluaran i-Sinar Beri Impak Positif

Semoga ekonomi negara makin kukuh walaupun masih dalam Krisis Covid-19

Featured Mon, 30 May 2022