Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin December 3, 2020 @ 12:31pm

“So Humble And Cute…” – Pemangku Raja Pahang Siap Promote Gerai & Minum Air Kelapa Tepi Jalan

Pemangku Raja Pahang yang juga merupakan Tengku Mahkota Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sering berkongsi aktiviti beliau bersama rakyat sehingga menjadikan Tengku seorang Putera Mahkota yang sangat disayangi dan disenangi masyarakat.

Terbaharu, menerusi muat naik di akaun instagramnya, Tengku Hassanal telah memuat naik sekeping gambar baginda yang sedang duduk di sebuah gerai air kelapa di tepi jalan.

Malah, muat naik ini nampaknya menerima lebih dari 6,300 tanda suka.

Part time job…

Berusia 25 tahun, pemangku Raja ini turut berseloroh menerusi muat naik di instagram story miliknya dengan mengatakan baginda sedang melakukan kerja sambilan di gerai menjual air kelapa yang terletak di Felda Bukit Goh.

Always my favourite Prince…

Anakanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini merupakan putera yang berjiwa rakyat seperti ayahanda dan bonda baginda.

Bak kata pepatah, “Mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi” kan?

Kehadiran Tengku juga sentiasa mendapat sambutan ramai terutamanya dari rakyat negeri Pahang.

Terdahulu, Tengku Hassanal Shah telah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang pada 29 Januari 2019 dan kini juga menjadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 14 Jun 2021
Featured Wed, 24 Sep 2025

Kolaborasi Aisha Retno, Ade Govinda Sarat Dengan Emosi, ‘Semoga Saja’ Rai Rasa Kehilangan

Tidak seperti kolaborasi sebelum ini, Semoga Saja hadir dengan nuansa lebih segar

Trending Thu, 7 Oct 2021

Perbicaraan Penuh Kes Saman Fitnah Siber Siti Nordiana Ke Atas 5 Sekawan Bermula Pada 15 Oktober, Zoey Rahman Bakal Jadi Saksi

Penyanyi Siti Nordiana akan memberi keterangan dari kandang saksi pada perbicaraan kes saman fitnah di laman media sosial Instagram yang difailkan beliau ke atas lima individu pada bulan Ogos lalu. Hakim Mahkamah Sesyen memerintahkan agar […]

Kisah Viral Thu, 10 Nov 2022

Kesal Isu Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Ditutup Selama 7 Hari, Menteri Pengangkutan Jelas Perkara Sebenar

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong meluahkan rasa kesal dan kecewa ekoran penutupan Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya selama tujuh hari bermula pagi Rabu, 9 November 2022. Beliau memohon maaf kepada orang […]

Kisah Viral Thu, 9 Nov 2023
Hiburan Sun, 14 Sep 2025

AIM 24: Sebak Bawa Pulang 4 Trofi… Air Mata, Jerih Perih Aina Abdul Terbayar

Aina Abdul ungguli AIM 24, bawa pulang 4 trofi utama

Trending Wed, 7 Apr 2021

Tak Mungkin Mendua Menjadi Taruhan Terbaru Fadh Majid

Penyanyi Fadh Majid melancarkan single keduanya, Tak Mungkin Mendua yang mendpat sentuhan Ajai selaku komposer dan Fedtri Yahya selaku penulis lirik. Single kedua Fadh menyusul sesudah setahun single pertamanya, Bukan Takdirku dilancarkan. Dilahirkan dengan nama […]

error: Content is protected !!