Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin December 5, 2020 @ 11:56am

Man Bai Tampil Dengan ‘Kau Ilhamku’ Versi 2020 Dengan Terjemahan Berbeza

Sebut sahaja Kau Ilhamku, rata-rata peminat Man Bai yang pernah popular dengan Kumpulan Gersang suatu ketika dahulu mengetahui lagu tersebut.

Mana taknya, lagu ini pernah dijadikan lagu runut bunyi bagi filem Layar Lara yang pernah menjulang trofi Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-13 pada tahun 1997.

Dan sempena sambutan ke-25 lagu popular tersebut, Man Bai tampil memberikan nafas baru kepada lagu tersebut yang diberi judul Kau Ilhamku 2020.

Namun, lagu ciptaan Asmin Mudin ini mempunyai terjemahan berbeza dari rakaman asal. Susunan muzik yang segar oleh Man Bai, bersama penerbit, komposer dan penyusun muzik terkenal Mac Chew, Kau Ilhamku 2020 menjanjikan muzik yang lebih indah.

” Secara peribadi, lagu ini istimewa”

Menurut Man Bai atau nama sebenarnya Abdul Rahman Osman, lagu Kau Ilhamku begitu istimewa buat dirinya.

“Menerusi KAU ILHAMKU 2020, saya cuba memberikan penghargaan sewajarnya kepada lagu yang pernah menaikkan semula nama saya pada suatu masa dahulu. Dengan memberikan nafas baharu kepada lagu ini dengan susunan muzik yang lebih gah, lagu ini menyajikan sajian muzik  yang lebih indah. Sesuai dengan maksud lagu ini yang mengangkat taraf seseorang yang menjadi sumber ilhamnya, saya cuba mengangkat taraf lagu ini ke peringkat lebih tinggi.   Saya berharap menerusi terjemahan terbaharu saya menerusi  KAU ILHAMKU 2020,lagu ini akan kekal relevan sepanjang zaman” katanya.

Jadi, buat semua peminat Man Bai atau peminat lagu Kau Ilhamku, single terbitan Universal Music Malaysia ini juga boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 4 Disember 2020.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Jun 2018

Najib ‘Explains’ Why He Had So Much Cash and Luxury Items

Trust me, you’ll LOVE to see what he had to say.

Hiburan Fri, 30 Jan 2026

Dayana Roza Tegur Netizen Dakwa Ibu Cuai Kes Anak Dua Tahun Maut Dalam Kereta – “Jangan Cepat Menghukum”

Dayana turut menjelaskan kemungkinan si ibu berdepan tekanan emosi tanpa disedari

Selebriti Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Wed, 12 Mar 2025
Eat Travel Tue, 14 Mar 2023
Featured Mon, 5 Apr 2021

Majlis Dihadiri Kaum Keluarga, Uqasha Senrose & Kamal Adli Selamat Bertunang

Setelah hampir 3 tahun menjalinkan hubungan, pasangan pelakon Uqasha Senrose & Kamal Adli selamat melangsungkan pertunangan di sebuah hotel di ibu kota petang Ahad. Menurut sumber, majlis tersebut hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pasangan itu. […]

Featured Thu, 31 Jul 2025
error: Content is protected !!