Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 13, 2020 @ 5:24am

“Saya Agak Kaku, Tapi…” – Amir Hasan Dedah Kisah Cinta Pandang Pertama

Penyanyi baru, Amir Hasan menggarap kisah cinta pandang pertama dari perspektif seorang jejaka pemalu.

Menerusi karya terbarunya yang berjudul iShy, Amir bercerita tentang lelaki pemalu yang mencintai seorang gadis dalam diam.

“Sejak dahulu hingga kini, lelaki selalu diharapkan untuk mengambil langkah pertama dalam hal mencari jodoh, tetapi bagaimana pula dengan lelaki yang bersifat introvert atau pemalu?

“Saya percaya ini adalah kisah yang pernah dilalui oleh kebanyakan lelaki di luar sana, di mana tidak semua lelaki mempunyai keyakinan untuk menyatakan perasaannya.

“Malah bila bercakap tentang kisah menyimpan rasa cinta dalam diam, sesiapa pun boleh melaluinya tanpa mengira jantina.

“Lagu ini ditulis oleh saya dan Mingaling, komposer dan penerbit yang semakin meningkat naik dari kumpulan Hip Hop Malaysia, MassMusic. Berlainan dengan karya sebelum ini yang berunsur pop Melayu, iShy menyaksikan percubaan saya mengetengahkan muzik berentak urban,” kata Amir.

Dalam pada itu, Amir baru sahaja melancarkan muzik video iShy di laman YouTube 9 Disember lalu.

“Penggambaran memakan masa dalam masa selama satu hati dan membabitkan dua lokasi. Muzik video ini bercerita mengenai konsep lagu ini dan memerlukan saya untuk menari. Konsep muzik video ini agak fun, urban dan colorful.

“Sebenarnya, saya hafal rentak tarian dan berlatih dua hari sebelum rakaman muzik video dijalankan. Perancangan asal tak ada babak tarian. Saya tahu saya tak tahu menari, saya agak kaku tapi saya sudah mencuba yang terbaik.

“Akhirnya, semuanya berjalan lancar. Mungkin kelihatan sedikit kelakar dan kaku tetapi saya harap penonton terhibur melihat muzik video ini,” katanya lagi.

iShy diterbitkan dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Nov 2025

Tidak Terasa Hati, Amad Dayyan Anggap Usikan Rakan ‘Jangan Nyanyi Pegang Bahu’ Sekadar Gurauan

Amad Dayyan bersikap positif, tak kecil hati rakan mengusik nyanyi pegang bahu

Trending Wed, 2 Mar 2022

“Menjadi-Jadi Sejak Saya Berkahwin Dengan Heliza Helmi” – Datuk Seri Mahadi Dakwa Scammer Pelaburan Guna Nama, Gambar & Video

Suami kepada selebriti dan aktivis kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman mendakwa namanya digunakan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud. Mahadi yang merupakan pengasas dan Presiden AUF MBZ mengesan pihak dan individu […]

Featured Fri, 9 Dec 2022
Featured Thu, 18 Jul 2024
Featured Thu, 6 Oct 2022
Events Wed, 21 May 2025

Syafiq Yusof Label Ejen Ali The Movie 2 Animasi Terbaik, Siap Bagi Rating 1000/10!

EATM2 dipuji sebagai karya bertaraf antarabangsa🔥

Featured Wed, 13 Apr 2022

Didakwa Bawa Lari Hutang Berjumlah RM720,000, Mawar Karim Dedah Difitnah ‘S’

Menurut Mawar, ini bukan kali pertama dia difitnah oleh individu tersebut..

error: Content is protected !!