Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 13, 2020 @ 5:54am

Sebelah Kaki Hampir Dipotong Akibat Kemalangan, Haziq Putera Akui Pernah Alami Tekanan Perasaan

Ibarat mentari muncul setelah gerimis, begitulah kisah Haziq Putera, bekas vokalis Putera Band yang sangat berhasrat untuk kembali aktif setelah melalui fasa kehidupan yang kelam.

Kemalangan yang berlaku pada tahun 2018 hampir mengakibatkan sebelah kaki Haziq dipotong telah menimbulkan rasa keinsafan dalam dirinya dan bersyukur akan nikmat yang Allah kurniakan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Haziq Putera Band Kemalangan Motosikal

“Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya dan ibu. Saya amat takut waktu itu bila dapat tahu bahawa kaki saya akan di potong, saya bersyukur kerana ada ibu yang kuat dan berusaha menghalang dari kaki saya dipotong, jika tidak saya tak tahu apa nasib saya sekarang.

“Pihak hospital ada meminta ibu kebenaran kebenaran untuk memotong kaki saya, tetapi ibu sempat melakukan solat hajat dan memohon keajaiban dari Allah agar ada jalan lain. Saya akui ada melalui fasa tekanan perasaan tetapi ibu selalu ingatkan saya, hanya semangat dan kekuatan dalaman saya sendiri yang dapat membantu untuk sembuh, selain jangan putus berdoa,” kata anak kepada penyanyi Linda Eva ini.

Selepas melalui episod perit, Disember 2020 menjadi satu permulaan baru untuk jejaka pemilik nama Muhammad Haziq Hasbullah ini.

“Syukur Alhamdulillah, berkat doa, dorongan dan semangat yang ibu berikan setiap hari, kini saya mampu berdiri dan berjalan. Saya juga mampu untuk meneruskan kerjaya saya sebagai anak seni dan muncul dengan single solo berjudul Kembali Tersenyum.

“Kalau sebelum ini, bersama Putera Band saya tidak bebas untuk memilih apa yang saya mahukan, tetapi kali ini saya dapat menyanyikan muzik yang saya suka. Terima kasih kepada Haqiem Rusli kerana mencipta lagu yang terbaik untuk saya.

“Lagu dan Lirik dalam lagu ini memang saya minta Haqiem ceritakan mengenai tentang kisah saya, di mana sewaktu saya terlantar tidak berdaya lagi untuk berdiri, saya terpaksa singkirkan orang yang saya sayang, kerana saya tak mahu dia terbeban dan rasa malu dengan keadaan saya yang sudah tidak boleh berjalan waktu itu.

“Perkara itu juga saya luahkan dalam muzik video Kembali Tersenyum. Sebenanrya, ibu yang tolong sampaikan hajat saya kepada syarikat rakaman FMC dan Haqiem agar Haqiem dapat menciptakan sebuah lagu dan lirik yang berkisahkan tentang saya. Saya sangat menghargai Haqiem yang sudi mencipta lagu untuk saya.

“Saya amat berharap single solo saya ini dapat mengubat segala kesedihan yang saya lalui, bukan sahaja tentang kemalangan itu, tetapi juga tentang kisah insan yang saya sayang. Saya telah mengasari insan itu hanya kerana kecewa dengan keadaan diri saya.  Moga peminat terus setia bersama saya dan menyokong lagu ini dan kerjaya saya,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Mar 2023
Hiburan Sat, 23 May 2026

Selepas Pembedahan Bariatrik, Noraniza Idris Ubah Gaya Hidup… Syukur Keadaan Vokal Semakin Baik

Noraniza Idris menjalani pembedahan bariatrik demi kesihatan diri.

Trending Thu, 6 Dec 2018

Gesekan Biola Tun Siti Hasmah Iringi Konsert Duo Jamal Dan M. Nasir. Wow!

Tun Siti Hasmah khabarnya giat menjalani latihan!

Events Fri, 9 Sep 2022

Terpaling Juara: Masih Tak Boleh Move On! Netizen ‘Compare’ Suara Ifa Raziah- “Part ‘Aku’ Tu Macam Bunyi Serigala…”

Walaupun sudah lima hari konsert ketiga Terpaling Juara berlalu, namun kontroversi yang melanda penyanyi dangdut Ifa Raziah masih lagi hangat diperkatakan netizen. Mungkin masih tidak boleh ‘move on’ dengan nyanyian dan ‘attitude’ yang ditunjukkan pada […]

Hiburan Mon, 29 Jul 2024
Featured Mon, 21 Mar 2022
Hiburan Thu, 3 Jul 2025
Hiburan Fri, 6 Sep 2024
error: Content is protected !!