Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 18, 2020 @ 6:43pm

Penantian 11 Tahun Terbalas… Zizi Kirana Hilang Kata-Kata, Bersyukur ‘Eh’ Mara Ke AJL35

Penyanyi Zizi Kirana sangat bersyukur kerana jatuh bangun selama 11 tahun dalam industri muzik terbalas dengan penyertaan di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).

Membawakan lagu Eh, Zizi mengakui perjalanan beronak duri dalam bidang nyanyian mengajarnya erti kesabaran.

“Saya sertai program realiti, selepas itu menyertai kumpulan The Fabulos Cat, kemudian tampil solo dan pernah juga menyertai kumpulan Nukilan. Kini, saya kembali sebagai penyanyi solo dan sudah mengeluarkan pelbagai lagu.

“Apa yang saya lalui 11 tahun mengajar saya erti usaha dan sabar. Saya tak boleh cepat berputus asa bila apa yang saya buat tak menjadi.

“Bila saya kembali mengingati perjalanan saya dari awal, pernah buat lagu dan tak dapat sambutan, ke sana sini… Akhirnya apa yang saya buat terbalas apabila Eh berjaya ke AJL35.

“Tiada apa yang dapat saya ucapkan selain bersyukur kepada Allah. Alhamdulillah saya sangat menghargainya,” kata Zizi kepada Xtra.

Terkejut apabila lagunya diumumkan melangkah ke peringkat akhir, Zizi mengakui masih belum mempunyai perancangan mengenai konsep persembahan yang bakal dibawakan.

“Sejujurnya, saya terkejut. Bila saya dengar lagu saya diumumkan sebagai pemenang, saya hilang kata-kata. Saya masih belum fikirkan lagi mengenai konsep persembahan di pentas AJL35 nanti.

“Insya-Allah, selepas ini saya akan duduk berbincang dengan pihak pengurusan saya. Saya mohon doa agar segalanya dipermudahkan,” katanya lagi.

Selain Eh, 11 lagi lagu lain yang layak bertanding di AJL35 diumumkan di akhir episod tiga Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35).

ARTIKEL BERKENAAN: Senarai Penuh 12 Finalis AJL35

Mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP), episod tiga SFMM35 bersiaran tanpa penonton seperti program-program siaran langsung yang lain dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 Aug 2025
Featured Wed, 8 May 2024

Tubuh Faisal Halim Dibalut Seperti Mumia… Sempat Kirim Salam Pada Kawan-Kawan 

Moga FH dipermudahkan urusan dan kembali sihat seperti sediakala!💪💪💪

Trending Sat, 25 Nov 2017

Lebih 235 Maut Masjid di Bom Ketika Khutbah,

Lebih 235 Maut Masjid di Bom Ketika Khutbah, Antara Serangan Paling Teruk Dalam Sejarah Mesir

Featured Tue, 10 May 2022
Featured Fri, 11 Nov 2022

Tular Video Berkebun, Syamsul Yusof Nafi Ada Akaun TikTok & Facebook – “Tu Semua Fake”

Haa tu dia, jangan percaya terus apa yang kita nampak ok! Akaun TikTok Syamsul tu fake 🥵

Featured Thu, 26 May 2022
Trending Wed, 6 Jan 2021
Featured Thu, 18 May 2023

Angel Dolla Jawab Gosip Cinta Dengan Nadhir Nasar – “Saling Berbalas Tweet Tak Beri Makna….”

Kalau couple pun apa salahnya… sama cantik, sama padan😍😍😍

error: Content is protected !!