Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida April 4, 2018 @ 4:59am

Pengasas Habib Jewels Meninggal Dunia

Al-Fatihah buat pengasas Habib Jewels Datuk Habib Mohamed Abdul Latif  yang meninggal dunia di kediamannya pada jam 4.26 pagi tadi.

Perkara itu disahkan menerusi kenyataan cucu allahyarham, Mohamed Shamer Shahul Hameed di laman Facebook Habib Jewels.

Allahyarham yang berusia 92 tahun merupakan pengasas kepada jenama Habib yang terkenal dengan jualan barangan kemas keluaran Malaysia sejak lima dekad lalu.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Kapitan Keling selepas solat Zohor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak.

Allahyarham mempunyai lima orang anak, sembilan cucu dan seorang cicit.

Allahyarham ketika hayatnya aktif menyumbang kepada pembangunan komuniti Pulau Pinang dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Antaranya melalui Persatuan Liga Muslim Pulau Pinang dan Persatuan Saudagar Emas serta Pengurup Wang Pulau Pinang.

Pada tahun 2015, allahyarham dikurniakan anugerah ‘Tokoh Maal Hijrah” daripada kerajaan Negeri Pulau Pinang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Mar 2023
Trending Wed, 23 Oct 2019
Hiburan Wed, 1 Apr 2026

Cristina Suzanne Larang Anak Masuk Asrama, Akui Bimbang Kes Buli – “Bukan Overprotective, Tapi…”

Menurut Cristina, dia sudah menetapkan sejak awal anaknya bebas menentukan hala tuju hidup sendiri apabila mencecah usia 18 tahun

Featured Tue, 27 Dec 2022
Featured Wed, 5 Oct 2022

[VIDEO] Zahirah Macwilson Senaraikan Nama Bayi Lelaki Untuk Anak Kedua?

Dah ada yang kedua ke tu? Mesti comel kan 😍

Hiburan Sun, 22 Jun 2025

Khai Bahar Luah Rasa Sebak, Dedah Makna Di Sebalik Lagu ‘Beri Sedikit Waktu’

Khai Bahar mendedikasikan lagu Beri Sedikit Waktu sebagai penghormatan kepada arwah ibunya

error: Content is protected !!