Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd December 28, 2020 @ 4:28pm

Adira Suhaimi Kembali Dengan Single Terbaru!

Selepas lebih sedekad dalam industri muzik tempatan, tuah dan rezeki Adira Suhaimi semakin melimpah. Terutamanya apabila membabitkan lagu yang menjadi runut bunyi drama rantaian. 

Terbiasa dengan jolokan ‘Ratu Soundtrack’, penyanyi dengan nama sebenar Siti Adira Suhaimi ini hadir sekali lagi dengan sebuah lagu runut bunyi terbaru berjudul “Kesempatan Bagimu”.

Lagu terbitan Nova Music Malaysia ciptaan gandingan komposer-komposer hangat masa kini, Ikhwan Fatanna dan Wan. Lirik lagu tersebut pula hasil karya Ikhwan Fatanna bersama Arisz Abd Rahman.

“Ada ketika saya rasa bagai ada rahmat tersembunyi dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan hingga kini. Terutama terus menjadi pilihan menyanyikan lagu runut bunyi untuk drama TV. Tapi dalam hati kadang terbit juga rasa, orang tak jemu ke lagi lagi Adira.

“Di saat ramai bakat-bakat baru dan yang sedia ada bersaing di pasaran, rezeki untuk menyanyikan lagu runut bunyi masih menyebelahi saya. Saya lihat semua itu daripada sudut positif sekali gus jadi penghormatan peribadi buat diri ini.


“Tahun ini saja sudah dua lagu runut bunyi saya nyanyikan. Sebelum ini, saya menyanyikan lagu “Maaf” untuk drama ‘Maaf Tak Indah’ yang menghiasi slot Samarinda TV3 pada bulan Februari lalu,” katanya penuh kesyukuran.

“Kesempatan Bagimu” menjadi single solo ketiga kerjasamanya bersama Nova Music selepas lagu-lagu hit, “Pujaan Hati” dan “Maaf”.

Single terbaru “Kesempatan Bagimu” Adira Suhaimi bakal dilancarkan pada 25 Disember 2020 dan boleh distrim di semua pelantar muzik digital termasuk Spotify, Apple Music, Joox, YouTube Music, KK Box dan Deezer pada hari tersebut. Siaran perdana video muzik rasmi single tersebut juga boleh ditonton pada hari yang sama jam 9 malam di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’ di pautan ini. https://youtu.be/knMLdKVtrQY

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 2 Nov 2018

你相信你的眼睛吗?能看见超过四个黑点是超人!

我们常说耳朵听到的不一定是真实的,但是一定要相信自己的亲眼所见,你自己的眼睛不会欺骗你。但事实真的如此吗?

Featured Fri, 13 Jan 2023

[VIDEO] Pertama Kali Live Di TikTok, Jep Sepahtu Teruja Terima Pelbagai Gift Dari Pengikut!

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu sering menghiburkan hati ramai penonton dengan gelagat lucunya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang memaparkan Jep teruja apabila menerima gift oleh pengikutnya di platform TikTok. Menerusi hantaran tersebut, Jep […]

Featured Tue, 8 Nov 2022
error: Content is protected !!