Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd December 28, 2020 @ 7:23pm

Daging Kartel: JAKIM Tidak Tolak Sindiket Seludup Daging Haram

Kebelakangan ini, timbul isu mengenai daging kartel iaitu daging haram yang diimport dari luar negara ke Malaysia.

Rata-rata orang ramai khuatir dengan perkara ini kerana melibatkan status halal dan haram terutama buat kaum Muslim.

Terbaru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak menolak kemungkinan berlaku penyeludupan bekalan daging sejuk beku tidak halal yang kemudian diletakkan logo halal palsu di pasaran negara ini.

Menerusi segmen tanya JAKIM bertajuk SOP Halal: Di mana silapnya yang disiarkan di laman Facebook JAKIM,Pengarah Bahagian Penyelidikannya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, dipetik berkata

“Situasi ini turut berlaku di negara lain contohnya di Singapura jadi tidak mustahil ia turut berlaku di negara ini,” katanya. 

Pada masa sama, Sirajuddin berkata, proses membawa bekalan daging import ke negara ini adalah panjang termasuk prosedur kunjungan ke loji penyembelihan di luar negara yang turut disertai Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Kementerian Kesihatan.

Katanya, laporan audit kemudiannya perlu dikemukakan kepada pelbagai agensi berkaitan sebelum melalui proses perbincangan.
Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 May 2026

“Tak Perlu Kejar Takhta” – Awie Tegas Gelaran ‘Raja Rock’ Selayaknya Milik Amy Search

Bagi Awie, sumbangan besar Amy sebagai pelopor irama rock di negara ini sudah cukup untuk mengangkat legenda itu sebagai figura nombor satu

Hiburan Sun, 10 Mar 2024
Featured Sun, 7 May 2023
Featured Wed, 23 Jul 2025
Hiburan Mon, 9 Mar 2026

Diganggu Akaun Palsu Berbulan-Bulan, Intan Najuwa Akhirnya Lapor Polis – “Individu Itu Seorang Lelaki”

Menurut Intan, individu yang dipercayai seorang lelaki itu didakwa mencipta beberapa akaun palsu

error: Content is protected !!