Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 6, 2021 @ 6:06am

“5 Tahun Berulang-Alik Dari Malaysia Ke Turki, Mesir & Indonesia Demi…” – Hafiz Hamidun

Penyanyi Hafiz Hamidun mengambil masa lima tahun berulang-alik dari Malaysia ke Turki, Mesir dan Indonesia.

Semuanya kerana album selawat Islam moden terbaharunya yang berjudul Marhaba.

Album studio keenam ini adalah susulan dari siri album Zikir Terapi dan sebahagian besar album Marhaba dirakamkan di Istanbul, Turki.

Selain itu, hasil rakaman di studio Hafiz yang terletak di Petaling Jaya juga melibatkan pemuzik dan jurutera yang sangat berbakat dari Turki, Mesir, Amerika Syarikat, Indonesia, dan Australia.

Album Marhaba mengandungi 13 trek seperti Ya Imam Ar-Rusli, Ahmad Ya Habibi, Khairal Bariyyah dan banyak lagi.

13 video muzik akan menyusul selepas pelancaran album ini dan akan dikeluarkan satu setiap bulan mulai Januari 2021.

Sebagai penerbit utama Marhaba, Hafiz mempunyai harapan yang tinggi untuk kejayaan album ini.

“Sejak 2015, saya menghabiskan lebih dari lima tahun berulang-alik dari Malaysia ke Turki, Mesir dan Indonesia untuk menyempurnakan produksi album ini.

“Perjalanan itu sungguh hebat, kerana saya mendapat peluang untuk bekerja dengan beberapa pemuzik dan jurutera terbaik di dunia.

“Saya bangga untuk mengakui projek ini sebagai projek muzik terbesar yang pernah saya ada, dan saya harap ia akan dikenali sebagai karya terbaik dari saya,” kata Hafiz.

Menariknya, 3,000 set kotak yang mengandungi salinan album fizikal telah dijual untuk pra-pesanan sejak 12 Disember lalu menerusi Shopee.

“Semasa menghasilkan album ini, saya selalu mengingatkan diri saya seperti ini adalah album terakhir dari saya.

“Dengan berbuat demikian, saya memberikan cabaran kepada diri saya untuk menjadikan album ini sebaik mungkin.

“Saya tahu album ini mungkin tidak sempurna, tetapi satu perkara yang pasti ia adalah hasil dari titik peluh, darah dan air mata saya dalam pembikinan album ini,” katanya lagi.

Selain itu, album Marhaba juga boleh didengarkan menerusi platform penstriman atas talian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Jul 2018

Bapa Jual Kereta Tampung Kos Dialisis Anak

Menurut bapa kepada enam anak itu, dia kemudian berpakat dengan isterinya, Rubiah Samad, 67, untuk menjual kereta miliknya untuk menampung kos pemasangan tapak dialisis anaknya itu.

Featured Sat, 28 Sep 2024
Trending Wed, 21 Apr 2021

“Berikan Ruang…” – Sajat Jadi Buruan Pihak Berkuasa, Aliff Syukri Mohon Hentikan Kutukan

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat rakannya, Nur Sajat yang kini menjadi buruan pihak berkuasa. Pelantun lagu Abang Nak Tegur itu turut meminta agar orang ramai […]

Featured Tue, 9 Mar 2021
Hiburan Tue, 31 Mar 2026

“Buat Main Anak Orang, Kurang Ajar!” – Abby Abadi Kesal Tindakan Aslam, Fazura Tampil Beri Sokongan

Abby turut mempertikaikan tindakan suami Marissa, iaitu Ahmad Aslam yang didakwa mempermainkan perasaan nak perempuannya itu.

Hiburan Thu, 10 Jul 2025
error: Content is protected !!