Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin January 8, 2021 @ 2:55pm

Nabila Razali Teruja, Sifatkan Pentas AJL Sebagai ‘Golden Ticket’ Untuk Dirinya

Kalau sebelum ini, timbul desas-desus kononnya nyanyian Hael Husaini menerusi lagu Peluang Kedua pada separuh akhir muzik-muzik yang lalu menjadi punca utama lagu tersebut tersenarai antara 12 finalis yang bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) nanti.

Namun, sebagai penyanyi asal lagu tersebut, Nabila Razali atau lebih mesra dengan panggilan Bella menganggap, tercalon dalam Separuh akhir muzik-muzik yang lalu sudah cukup gembira dan ini semua adalah rezeki untuk dirinya dan semua yang terlibat dalam menjayakan lagu Peluang Kedua.

” Lagu Peluang Kedua memang mendapat sambutan di luar jangkaan dan Bella memang bersedia dengan apa yang dilontarkan kepada Bell. Tapi, Hael memang banyak bagi support kat Bella” katanya.

Malah, Bella juga menyifatkan persembahannya di pentas AJL35 nanti merupakan ‘golden ticket’ untuk dirinya sepanjang bergelar anak seni walaupun, umum mengetahui tahap kesihatan Bella tidak mengizinkan dan berharap agar peminat sentiasa mendoakan perjalanannya ke AJL35 nanti berjalan dengan lancar.

“Kalau ikutkan, doktor tak sarankan menyanyi buat sementara waktu kerana Bella masih dalam recovery process. Tapi berkat doa peminat harap ianya dipermudahkan” jelasnya ketika ditemui pada majlis sidang media AJL35 pada Khamis.

Nabila Razali atau nama sebenarnya Nur Nabila Razali, 28, memaklumkan, setakat ini persiapan mental adalah yang paling penting kerana untuk beraksi di pentas berprestij itu nanti pastinya memerlukan fokus yang tinggi lebih-lebih lagi ini kali pertama dirinya berada di pentas AJL35.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 Feb 2026

“Ni Untuk Hentikan Fitnah Nurtizen” – Noor Nabila Jawab Spekulasi Jejaka Misteri Bukan Aliff Aziz 

Noor Nabila tampil menjelaskan spekulasi tular berkenaan jejaka misteri tersebut.

Hiburan Thu, 2 Mar 2023

Bekas Suami Terperanjat Lufya Omar Tuntut Mutaah RM1 Juta

Mut’ah adalah saguhati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai.

Trending Tue, 23 Jun 2020
Featured Sat, 28 Sep 2024
Hiburan Tue, 4 Nov 2025

Nur Fazura Berserah Soal Jodoh Pada Takdir – “Yang Sayang Saya & Fatima, Faham Agama.. Itu Saya Doakan”

Fazura berkata setiap doa yang dipanjatkan hanyalah untuk kebaikannya dan Fatima

Trending Sat, 14 Apr 2018

Jom Balik Mengundi, Air Asia Tawar Tambang Murah!

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata, tambang sehala bagi laluan di Semenanjung dan Sabah, Sarawak ditetapkan pada harga RM99.

Trending Tue, 30 Apr 2019
error: Content is protected !!