Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin January 13, 2021 @ 2:28pm

PKP : Aktiviti Jualan Makanan Dibenarkan Beroperasi Dari 6 Pagi Hingga 8 Malam

Penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan proklamasi darurat yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam sekaligus memberi kesan terhadap pengoperasian aktiviti jualan makalan.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, aktiviti jualan makanan di restoran, kedai, gerai, kenderaan saji (food truck) dan penjaja tepi jalan di negeri yang terbabit dengan PKP dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam.

Kebenaran sama urut diberikan kepada penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan di tepi jalan, kios, kedai runcit serta kedai serbaneka.

“Aktiviti pembekalan atau penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran.

“Hospital dan klinik pula dibenarkan beroperasi hingga 24 jam, manakala kedai farmasi dan kedai keperluan harian boleh beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam”katanya.

Manakala, stesen minyak dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam, kecuali stesen minyak di lebuh raya yang dibenarkan beroperasi 24 jam.

Bagi pasar harian dan pasar tani, kerajaan membenarkan ianya beroperasi mulai jam 7 pagi hingga 2 petang. Pasar borong pula boleh beroperasi dari jam 12.01 tengah malam hingga 6 pagi dan dari jam 11 pagi hingga 4 petang.

“Klinik haiwan dan kedai makanan haiwan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam

“Kedai dobi kecuali kedai dobi layan diri pula dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 30 Oct 2025

“Saya Keluar Rumah Bersolek Pun Tak” – Alha Alfa Tepis Dakwaan Lelaki Tak Sesuai Pakai Makeup

Alha menegaskan, dia hanya mengenakan solekan ketika bekerja ataupun terlibat dalam mana-mana penggambaran.

Hiburan Tue, 28 Jan 2025
Featured Fri, 22 Apr 2022
Featured Tue, 25 Jan 2022
Trending Sun, 11 Apr 2021

Muncul Dengan Single Baharu, Anuar Zain Gamit Sanubari Menerusi ‘Sendiri’

Penyanyi popular, Anuar Zain kini tampil mengubat kerinduan dengan single baharu, Sendiri. Bekerjasama dengan komposer tersohor, Farouk Roman, dan penyanyi meningkat naik, Aisha Retno selaku penulis lirik, magis jelas tercipta dalam Sendiri. Gabungan nama senior […]

Hiburan Tue, 3 Sep 2024

“Baby Emon Is On The Way!” – Syasya Rizal Sahkan Bakal Timang Anak Sulung

Wah alhamdulillah, tahniah Syasya and husband 😘

Featured Tue, 2 Jul 2024
error: Content is protected !!