Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 17, 2021 @ 7:02am

“Pendapatan Saya Susut Sejak Akhir-Akhir Ini, Tapi…” – Achey

Pelawak popular Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 35, mengakui pendapatannya susut sejak akhir-akhir ini akibat penularan wabak COVID-19.

Namun begitu, Achey percaya usaha serta kerja keras menjadi elemen penting untuk kelangsungan dalam dunia hiburan.

“Semua orang terkesan dengan pandemik yang terjadi, saya juga tidak terkecuali. Sejak akhir-akhir ini, saya akui pendapatan agak susut, tapi itu tidak menghalang saya untuk terus bekerja keras.

“Bukan hanya terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan, tetapi saya banyak tanggungan terutama ibu bapa dan keluarga mertua.

“Jikalau keluarga saya ada masalah kewangan, saya akan tolong. Bukanlah saya boleh tolong semua, cuma sekadar termampu. Saya akan tanya mereka susah dari segi apa, kalau boleh bantu saya akan bantu,” kata Achey.

Achey ditemui pada majlis pelancaran pelancaran produk makanan, Palut’s Superhero di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Turut hadir ialah pelakon Saharul Ridzwan, Zoey Rahman dan Ketua Pengawai Eksekutif Palut’s Food, Ridzuan Ansar.

Dalam pada itu, walaupun Achey sering dipilih menjadi wajah atau duta sesuatu produk, dia berhasrat untuk terus maju dalam bidang perniagaan sendiri.

“Setiap kali dilantik sebagai duta, saya mendapat ilmu dalam bidang keusahawanan. Terbaru, saya teruja apabila berpeluang menjalin kerjasama dengan Paluts Food.

“Selepas ini, saya ada impian untuk terus maju sebagai usahawan dan berhasrat mahu menceburkan diri dalam perniagaan kedai runcit.

“Sejujurnya, semenjak tahun lepas, banyak perancangan bisnes yang tidak dapat dilaksanakan. Sebelum ini, saya nak membuka kedai aksesori motosikal, namun ia tertangguh disebabkan PKP.

“Untuk bisnes kedai runcit, saya sudah mempunyai perancangan dan Insya-Allah, ia bakal menjadi kenyataan. Saya pohon doa orang ramai,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 31 Dec 2024

Hannah Delisha Tak Tolak Tawaran Berlakon Jadi Penyondol – “Tak Semestinya Yang Berhijab Kena Bawa Watak Baik Je”

”watak penyondol ni, it’s beyond my control dan it’s up to stesen tv’ – Hannah Delisha

Featured Sat, 23 Aug 2025
Trending Wed, 27 Jun 2018

Sharnaaz Ahmad Perli Abang Terlajak Laris

Adakah Sharnaaz Ahmad mengeluarkan kenyataan tersebut dengan niat mahu memerli tindakan Abang terlajak laris?

Hiburan Thu, 20 Mar 2025
Hiburan Tue, 15 Apr 2025
Hiburan Sat, 11 Apr 2026
Featured Sat, 11 Nov 2023
Featured Wed, 8 Mar 2023

“Saya Pilih Berdamai Demi Anak-Anak” – Fasha Sandha Anggap Perceraian Bukan ‘Tiket’ Untuk Bermasam Muka

Demi anak-anak dan kebahagian mereka, parents kena tolak tepi ego masing-masing🤍

error: Content is protected !!